31.12.09

SAMBUTAN TAHUN BARU UNTUK APA? APAKAH AKIBATNYA?

Hari ini adalah 31 Disember 2009, Malam ini muda mudi di Malaysia meraikan kedatangan tahun baru 2010.... bukan sahaja muda - mudi malah bapak menteri, orang dewasa dan sesiapa sahaja cuba melahirkan kegembiraan dgn kedatangan tahun baru dengan menyambutnya tepat JAM 12 tengah malam.....ada yang meraikan sehingga 2-3 pagi!

Kenderaan awam juga menyediakan kesefahaman dgn menambah bilangan tren atau bas sehingga 2 pagi... bagi memudahkan rakyat pulang ke rumah masing-masing setelah menyambut tahun baru sama ada di dataran atau di kelab atau di pub-pub... Oh! MALAYSIA... negara yang diperintah oleh orang Melayu Muslim.

Kebebasan muda-mudi akan memberikan impak negatif dalam membina perhubungan kemanusiaan.... malam ini di KL... mat-mat rempit berkeliaran..membawa bohsia-bohsia... merempit di jalanan sebagai upacara menyambut tahun baru...... Polis terpaksa mengerah lebihan anggotanya untuk menghalang/mengekang upacara ini....

Di pub/kelab atau di pinggiran Bangsar, anak-anak muda Muslim yang jahil tentang agama, yang hanya Islam pada nama atau Islam pada keturunan akan meneguk arak sambil mengucapkan "peace" n "happy new year!"



1_463685208l.jpg



Pada malam ini juga, selepas menyambut tahun baru di dataran, maka akan banyaknya Dara-dara menyerahkan kehormatan pada kekasih dengan alasan "Cinta sejati....Hidup semati" maka jika diuji dan menjadi.... maka... lebih banyak janin yang digugurkan dan lebih banyak bayi yang baru lahir akan dibuang.... dibuang kemana?... tong sampah, ditinggalkan di surau, masjid atau di padang...atau di mana sahaja..... pusat pelindungan wanita/gadis akan sentiasa didatangi peserta baru!

Malam ini, syaitan akan berpesta sebab banyak tajaan untuk meraikannya... semua budaya terpendam keluar ke ibu kota atau ke bandar-bandar utama.... budaya kuning, hijau, biru dan kelabu....

Malam ini juga GERHANA berlaku.... apakah ertinya semuanya ini..... ujian tuhan pada hambanya...bersyukur atau kufur....

Apakah erti Sambutan tAHUN bARU sebenarnya...? apakah ianya tempat melahirkan anak haram? adakah ianya menunjukkan kebolehan remaja/beliau melayu muslim minum anak, berzina, memakai pakaian menjolokkan mata, menambahkan dosa tanggungjawab mak n ayah, membebaskan diri dan nafsu?

Ya! apakah erti menyambut tahun baru?

Mayat bayi dibuang bagai sampah


INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.


Ini Budaya Kita!



Music Myspace Comments


Misteri lubang tandas tersumbat terjawab

PULAU PINANG 30 Dis. - Siapa pun tidak menyangka bahawa sebuah tandas yang tersumbat di sebuah kilang di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di sini berpunca daripada mayat seorang bayi yang dibuang.

Bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang tukang cuci tandas yang sebelum itu menerima aduan mengenai tandas tersumbat di kilang tersebut pada pukul 2.15 petang ini.

Tukang cuci itu terkejut apabila mendapati punca tandas tersumbat disebabkan terdapat mayat seorang bayi yang tersangkut dalam salah satu lubang tandas.

Dia segera memaklumkan penemuan mayat terbabit kepada pihak pengurusan kilang yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi itu.

"Disebabkan keadaan bayi yang tersangkut dalam lubang tandas itu, kita terpaksa meminta bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru untuk mengeluarkan bayi itu.

"Pihak bomba terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan bayi perempuan itu yang ditemui cukup sifat," katanya.


28.12.09

Kenapa Graduan Tak Dipanggil Untuk Interview?

Ramai graduan universiti bertanya, "saya dah hantar banyak resume kepada pelbagai syarikat tak kira besar, sederhana atau kecil TETAPI tak dipanggil untuk interview...kenapa? apa kekurangan kami graduan?... kalau tak de pengalaman maka berilah peluang kepada kami mendapatkan pengalaman. Kalau kata tak de kemahiran maka berilah peluang kpd kami mendapatkan kemahiran?"

Itulah antara soalan yang sukar untuk kami sebagai penceramah/trainer untuk menjawabnya, namun..

ADA beberapa PERKARA yang harus difikirkan oleh GRADUAN...

1. Graduan kena fahami bahawa zaman sekarang masih lagi dianggap zaman gawat... walaupun ada pihak cuba menidaknya.

2. Majikan sekarang lebih berhati-hati dalam memilih pekerja baru...sebab permintaan melebihi penawaran..mereka dah boleh memilih pekerja baru dalam kriteria yang ketat... Majikan boleh menyombonglah katakan...

3. Majikan sekarang memerlukan seorang pekerja yang tak perlu dilatih. Masuk kerja dah boleh buat itu dan ini tanpa perlu disuruh atau perlu dipantau. Kalau beri latihanpun sekadar asas sahaja..yang lain tu pekerja boleh belajar sendiri dan mahir sendiri. Apa maksudnya?.... Pekerja itu seorang yang kreatif, inovatif, boleh cari ilmu dan kemahiran yang dikehendaki syarikat sendiri tanpa perlu disuruh. Pekerja baru yang cepat faham kehendak majikan dan cepat sesuaikan diri.

4. Majikan mencari pekerja yang sanggup berkorban untuk syarikat dan bersedia bekerja walaupun gaji yang kecil daripada usaha/tenaga yang diberikan. Maknanya pekerja yang mengejar pengalaman dan kemahiran diri melebihi gaji yang diterima.!

5. Majikan tak nak bazirkan duitnya untuk hantar pekerja pergi kursus itu dan ini maka kemahiran perlu dicari oleh graduan sebelum ceburi bidang yang diminati.

6. Semasa hantar resume...graduan kena konsen byk perkara:
a) alamat email anda kadang kala kelakar dan tak menggambarkan anda seorang yang profesional
contoh : girlpink@yahoo.com, badansasa@yahoo.com, cute2000@gmail.com,

sepatutnya letakkan nama anda seperti azmil2020@yahoo.com, rina@gmail.com...

b) Bila letak kemahiran berkomputer, jangan buat kerja tak cerdik dengan membuat andaian majikan atau barisan panel buta IT.
Sebagai Contoh:
Kemahiran dalam komputer ialah adobe acrobat reader!, apa...! adobe acrobat reader kena belajar ker?

Lagi KELAKAR ialah kemahiran komputer saya ialah melayari internet, menggunakan IE 8, Firefox, Opera dan Google Chrome... kelakarnya...adakah ini dikira sebagai seorang graduan....

Zaman sekarang semua yang kat ofis boleh dan tahu melayari internet.... malah tukang sapu pun kadang-kadang boleh bermuka buku (facebook).

c) Minta GAJI yang bukan-bukan,
Anggaran gaji (expected salary) ialah RM3000.00! Wow! belum bekerja dah demand gaji mahal.... apakah kemahiran dan bukti yang kukuh menyatakan anda layak untuk gaji sebanyak itu?...lebih-lebih lagi kalau mintakpada company kecil...lainlah kalau hantar resume ke petronas, shell, ESSO, PNB, MSC Companies...

d) Tak nyatakan kemahiran yang dimiliki atau kursus yang telah dimiliki malah terkini

Contoh: Dalam IT, saya boleh menggunakan software Adobe pagemaker, Adobe ilustrator, Flash, Grafik, Web design, Microsoft Office 2003 dan 2007, OpenOffice, Ubuntu, Kubuntu.

Kemahiran yang saya pelajari atau kursus yang telah saya ikuti ialah Mindmapping, NLP, Mindpower, Innerpower, Reiki, Time Management, Stress Management, Management at Work, Teamwork, Teambulding, Komunikasi Berkesan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan..... seperti yang telah dinyatakan oleh sebuah akhbar tempohari

"Menurutnya, mahasiswa perlu mempunyai kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan sebagai persiapan diri bersaing di pasaran kerjaya." METRO

Justeru itu, Graduan perlu mengkaji dan membaiki diri sehingga boleh meletakkan diri dalam kesesuaian yang yang diperlukan oleh majikan.... janganlah mengejar kerja yang relax dan mewah serta selesa tetapi kejarlah kerja yang memberikan banyak kerja, banyak pengalaman yang boleh mendirikan kita menjadi manusia yang punya banyak potensi.... kerana itulah yg diingini oleh MAJIKAN masa kini.


27.12.09

SATU CADANGAN :How to Make Firefox Load Pages Faster !

Satu Cadangan yang menarik dan boleh dicuba khas buat peminat Firefox!

Steps

  1. 1
    Type "about:config" into the address bar and hit return.
  2. 2
    Look for “network.http.keep-alive”. If it’s false, double-click that line and to change it to true.
  3. 3
    Make sure “network.http.version” is set to “1.1″.
  4. 4
    Look for “network.http.pipelining”. If it’s false, double-click that line and change it to true.
  5. 5
    Set "network.http.proxy.pipelining" to true by double-clicking it.
  6. 6
    Set "network.http.pipelining.maxrequests" to 8 by double-clicking it. This means it will make 8 requests at once. There is no point setting it higher then 8 as it is capped at 8 max. The default value for this setting is 4.
  7. 7
    Optional: Right-click anywhere and select New-> Integer. Name it "nglayout.initialpaint.delay" and set its value to "0". This value is the amount of time the browser waits before it shows you the information it receives. It doesn't actually make the page load faster, though.

23.12.09

PERSONALITI BERDASARKAN EMOSI

Mengapa emosi menjadikan seseorang sebagai unik? Kerana manusia pada dasarnya mempelajari ilmu yang sama. Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar dalam kelas yang sama, di ajar oleh guru yang sama, tetapi pada akhirnya memberikan prestasi yang berlainan dalam bidang akademik. Kerana pelajar bukan robot. Mereka yang beremosi ini mempunyai tahap penerimaan maklumat yang berlainan. “Mood” sebagai contohnya adalah contoh bagaimana emosi menjadikan keunikan manusia dapat dilihat.

Sungguhpun setiap manusia adalah unik, tetapi pakar telah bersetuju bahawa personaliti manusia boleh dipecahkan kepada 4 jenis kumpulan:-

1) Driver / Pemaksa
- sangat fokus kepada sesuatu objektif
- tahu apa yang diingini dan bagaimana mendapatkannya
- berinteraksi dengan cepat dan pantas ke arah tujuan sebenar
- bersetuju dengan “matlamat menghalalkan cara”
- rajin, bertenaga, kurang malu

2) Expressive / Penunjuk
- seorang jurujual secara semulajadi atau pencerita
- seorang yang sangat ramah dan mesra
- seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang
- selalu tokok tambah cerita, melebih-lebihkan dan tiada fakta
- gemar bercakap tapi tidak membuat

3) Amiable / Si Bersopan-santun
- sangat baik hati dan mengelak dari konflik
- boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan
- bermasalah dalam membuat keputusan
- suka kepada seni, sajak dan sangat sensitif
- pendiam dan bercakap lembut

4) Analytical / Pemikir
- sangat suka kepada perkara-perkara kecil
- tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi
- selalunya sangat baik dari segi pengiraan atau pembuatan
- sangat kritikal
- suka menjangka perkara buruk
- percaya pada pandangan sendiri

Apakah faedah untuk mengenali personaliti seperti ini? Sebenarnya ia boleh membantu kita untuk menerima hakikat bahawa dalam urusan seharian, kita tidak boleh lari dari konflik. Seteruk mana konflik itu berlaku banyak kaitannya dengan pemahaman kita pada 4 personaliti yang berbeza ini. Dari segi cara kita menyelesaikan konflik, memahami kesannya, menerima seadanya dan pelbagai faedah lain yang dapat mengurangkan “damage” yang berlaku dari sesuatu konflik dengan orang-orang di sekeliling.

PERSONALITI BERDASARKAN WARNA

Kadangkala dalam kita berkawan atau bekerja, kita melampaui batas sehingga bergaduh berselisih faham dan sebagainya. Kadang-kadang dengan pasangan suami/isteri atau adik-beradik atau ibu-bapa juga boleh bertengkar.

Salah satu sebabnya ialah kerana tidak cuba memahami perbezaan personaliti.

Pakar physchology membahagikan manusia kepada 4 jenis personaliti, iaitu:

1. Merah
2. Hijau
3. Kuning
4. Biru

Setiap jenis personaliti di namakan dengan warna untuk memudahkan kita mengingatinya. Jadi bukanlah personaliti warna hijau melambangkan orang yang suka warna hijau, ia sekadar label sahaja.

Menurut Carl Jung, setiap manusia mempunyai setiap personaliti ini. Cuma peratusan jenis personaliti itu berbeza di antara seseorang.

Merah
Orang yang mempunyai peratusan Merah yang tinggi pada hakikatnya pandai mempengaruhi atau memotivasikan orang lain. Mereka mempunyai bakat kepimpinan. Kebiasaannya mereka juga mempunyai beberapa orang pengikut atau pekerja. Mereka juga adalah jenis “doers”, iaitu orang yang melakukan sesuatu itu dengan cepat.

Walau bagaimanapun, mereka mempunyai ego yang tinggi, kurang sabar dan akibatnya mudah melepaskan kemarahan. Mereka juga agak sukar untuk di pengaruhi atau belajar melainkan dengan orang-orang tertentu.

Mengikut sesetengah pakar physcology, orang-orang yang boleh mempengaruhi atau menjadi mentor kepada orang merah ini ialah orang yang mereka berpendapat sebagai mempunyai kredibiliti tinggi.
Mereka juga menilai sesuatu pendapat berdasarkan kredibiliti orang yang memberi pendapat tersebut. Mungkin juga kerana mereka memang mahir dalam menilai kredibiliti seseorang dan kurang mahir dari segi menilaikan kandungan yang diucapkan.

Oleh kerana mereka jenis kurang sabar, maka pastikan apabila bercakap dengan mereka ini, gunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat. Pastikan anda terus masuk ke topik. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ayat yang anda tahu boleh menyinggung mereka, kelak buruk padahnya. Walau bagaimanapun, mereka biasanya adalah orang yang berfikiran terbuka.

Keserasian: Kurang serasi dengan Hijau dan Biru.
Kerjaya: Pemimpin masyarakat, ketua jabatan/organisasi, pemimpin politik, mereka yang memegang tanggungjawab besar, mereka yang mempunyai pekerja sendiri.

Hijau
Golongan dengan peratusan ini adalah mereka yang banyak bergantung kepada fakta, ilmu dan pembacaan. Oleh itu, biasanya golongan ini adalah yang gemar membaca.

Mereka gemar membuat penyelidikan atau pembacaan untuk memastikan keputusan yang mereka buat adalah tepat. Malangnya ia kadangkala membuatkan mereka sering lambat di dalam membuat keputusan atau sesuatu kerja itu bertangguh. Mereka bukanlah “doers”.
Mereka menilai kredibiliti berdasarkan apa yang diperkatakan, bukan siapa yang mengatakannya.

Apabila bercakap dengan golongan ini, hendaklah bersabar dan bersedia dengan fakta-fakta, bukan andaian.

Keserasian: Kurang serasi dengan Merah.
Kerjaya: Engineer, IT (komputer), Doktor.

Kuning
Mereka ialah golongan yang suka menolong/membantu orang lain. Mereka berasa gembira jika dapat membantu orang lain. Mereka juga mempunyai ramai kawan.

Agak sukar untuk mencari kelemahan golongan ini kerana semua orang dan semua personailiti suka kepada mereka ini.

Walau bagaimanapun, mereka perlu di motivasikan untuk membuat sesuatu yang mereka kurang faham.

Seperti merah, mereka juga tidak suka dihidangkan dengan sesuatu yang kompleks. Mereka juga orang yang suka mengikut peraturan.

Apabila menerangkan sesuatu perkara dengan golongan ini, hendaklah mengikut turutan dan tidak di hidangkan kesemuanya.

Keserasian: Semua jenis personaliti
Kerjaya: Nurse, Doktor, Guru, sukarelawan.

Biru
Mereka ialah orang selalu gembira dan suka menikmati kehidupan atau pekerjaan. Menikmati kehidupan di sini tidak semestinya suka enjoy.
Tetapi boleh juga suka bercucuk tanam atau apa-apa juga hobi.
Golongan ini juga tidak suka sesuatu yang kompleks.

Jika berbicara dengan mereka, berbicara dahulu mengenai keluarga atau apa-apa juga yang mereka suka. Jangan terus masuk kepada topik sebenar.

Keserasian: Kurang serasi dengan Merah.
Kerjaya: Apa-apa kerjaya yang mereka boleh berseronok. Contohnya marketing (kerana boleh melancong), perhotelan, agensi pelancongan, nursery.

Mengikut Carl Jung, setiap manusia mempunyai ke empat-empat personailiti ini. Tetapi peratusan personaliti adalah berbeza di antara seseorang.

Misalnya George Bush mungkin mempunyai Merah:50%, Hijau:20%, Kuning:20% dan Biru:10%. Bagi nurse pula, mungkin Kuning:40%, Hijau:40%, Biru:10%, Merah:10%.

PERLU PERGI "USRAH"?

“Buat apa pergi usrah? Dapat apa?”
“Usrah online? Saya biasa dengan yang real je. Online nie tak berapa efektif.”

Saya cuba bawakan kerana bukanlah istilah ‘usrah’ yang penting. Bukan duduk berlima atau berenam yang penting. Yang lebih penting memahami asas usrah dan mengapa ia perlu dilaksanakan. Setelah faham, anda bisa menilai.

Usrah bermaksud keluarga. Dalam bahasa Arab, ia diterjemahkan sebagai جنة (junnah) yang bermaksud perisai atau keluarga. Apa kaitan keluarga dan perisai? Keluarga merupakan perisai fizikal, intelek, emosi dan spirituil. Empat elemen ini perlu dijaga baik-baik agar tidak tersasar dari jalan kebenaran.

Perisai fizikal

Kalau keluarga biasa, si ayah akan memberi belanja untuk ke sekolah atau kalau anda ingin beli sesuatu. Ada nilai fizikal di situ dari aspek kewangan.

Kalau kita bergaduh dengan kawan semasa kecil dahulu, si abang atau ayah diyakini boleh membantu. Sebagai perisai.

Perisai intelek

Ahli keluarga boleh menjadi tempat sumber ilmu. Kecil-kecil dahulu, dari mana kita belajar membaca, berjalan, makan dan pelbagai kemahiran lain? Sudah tentu ia rapat dengan penjaga anda. Intelek bukan sahaja pada ilmu dalam kepala, tetapi kemahiran-kemahiran seperti menulis, mengira, membaca dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan otak.

Perisai emosi

Sebagaimana dijelaskan di atas, kalau emosi kita terganggu, keluarga adalah tempat rujukan. Tidak disangkal dewasa ini, ramai di kalangan remaja merujuk kepada kawannya kalau bermasalah. Namun setelah semua tidak mampu memberi pertolongan, penjaga kita akan menjadi ‘pelindung’ atau pemberi semangat kepada diri kita. Itulah perisai emosi yang ampuh.

Perisai spirituil

Setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan fitrah. Si penjaganya yang akan membentuk dirinya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kalau penjaganya benar-benar menjaga didikan, barulah seseorang itu terjaga dari anasir luar dan mendapat sinar Islam. Bukankah ini menunjukkan si syah atau ibu bertindak menjaga spirituil kita di kala kecil dahulu? Mereka amat penting dalam membina kekuatan spirituil hingga sekarang.

Kalau keluarga asal penting..

Maka itu sebabnya usrah yang melibatkan beberapa orang ahli ini amat penting. Ia bukan sekadar duduk 5,6 orang membincangkan satu dua halaman buku tertentu. Ia adalah perisai untuk membina dan melindungi kita daripada pelbagai bahaya.

Jika anda masih merasakan usrah tidak ke arah itu, atau anda rasa perlu dibaiki, maka perhatikan balik perkara di atas. Usrah amat penting dalam membina ukhuwah persaudaraan yang ditanamkan dengan iman. Iman dan ukhuwah ini perlukan platform melaksanakan aktiviti tarbiah dan dakwah. Ini akan membaiki sistem masyarakat. Inilah peranan usrah.

PERSONALITY PLUS

MEMAHAMI MANUSIA

Manusia juga ibarat puzzle. Setiap daripada kita mempunyai keunikan personaliti yang tersendiri. Berdasarkan kajian, personaliti manusia boleh dikelaskan kepada empat jenis profil iaitu Popular Sanguine, Perfect Melancholy, Powerful Choleric dan Peaceful Phlegmatic.

Apabila kita mengetahui profil personaliti, kita akan sedar istimewanya diri dan lebih penting lagi kita dapat menghargai personaliti dan sikap orang lain. Tiada satu profil personaliti yang lebih baik atau lebih buruk. Setiap personaliti mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.

Ceria bersama Popular Sanguine
Jika ada dikalangan kawan anda yang popular dengan sifat ceria dan “happy go lucky”nya, maka dia memiliki personaliti ini. Kehadiran dia dalam mana-mana majlis pasti akan memeriahkan suasana. Sifat periang, peramah, suka bercerita, berjenaka, menjadi perhatian merupakan kriteria yang ada pada dirinya. Cuma kelemahannya kadangkala terlalu banyak cakap, mudah terlupa, tidak pandai mengurus, dan tidak serius.

Belajar mengurus dari Perfect Melancholy
Umumnya individu yang mempunyai personaliti ini seorang yang berfikiran tajam, organized dan artistik. Oleh sebab terlalu terperinci dan pentingkan details, kadangkala individu ini mudah mendapat tekanan dan perlu bersendirian. Walaupun begitu, kehadiran mereka sangat diperlukan dalam tugasan mengurus kerana mereka sangat pentingkan kesempurnaan. Malah artis, pemuisi, penulis sajak lahir dari golongan ini.


Berpandangan jauh seperti Powerful Choleric
Kebanyakan pemimpin mempunyai personaliti ini. Mereka jenis yang berani kehadapan, berkeyakinan tinggi, bercita – cita besar dan sukakan cabaran. Lazimnya mereka bijak dalam membuat keputusan dan membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Cuma kelemahannya, mereka agak degil, sukar menerima pandangan berbeza dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.

Relax bersama Peaceful Phlegmatic
Individu yang mempunyai profil ini adalah seorang yang easygoing dan diplomasi. Mereka mudah bergaul dengan semua orang dan mempunyai ramai kawan. Kehadiran mereka diperlukan untuk mencapai perdamaian antara dua pihak di samping menjadi pendengar yang baik. Cuma lazimnya mereka tidak sukakan risiko dan cabaran. Lebih suka lakukan perkara yang mudah dan santai.

Jika mahu mengetahui profil personaliti anda, bacalah buku “Personality Plus” tulisan Florence Littauer yang akan memandu anda untuk memahami diri sendiri seterusnya memahami orang lain.

MENGHARGAI KEPELBAGAIAN

Ulasan di atas jelas membuktikan Allah menciptakan setiap individu berbeza personaliti kerana ada hikmah yang besar di sebaliknya. Seorang manusia tidak dapat menghasilkan banyak perkara bila berseorangan. Hasil daripada kerjasama dan sinergi antara manusialah yang menjadikan kehidupan kita lebih jauh bermakna. Ibarat puzzle yang berlainan bentuk, berbeza posisi sekiranya digabung-jalinkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya, akan memberikan satu gambaran baru yang jauh lebih besar, menarik dan jelas.

Jadi berusahalah untuk menghargai keunikan dan perbezaan pada diri anda dan setiap manusia. InsyaAllah dengan kekuatan sinergi itu dapat menghasilkan integrasi dan membuahkan hasil yang optima untuk kebaikan sejagat.

Firman Allah swt “Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang seperti satu binaan yang tersusun rapi.” (Surah As-Saff : 4)

22.12.09

Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
(Naib Presiden HELWA)

Pendahuluan
Image Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya’ dan ulama’? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak 'advance'? Kenapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala social yang memalukan di kala besarnya? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan kita memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara penyelesaiannya?Justru itu suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh imannya.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum untuk kanak-kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

  • · Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak
  • · Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak , samada digalakkan atau ditegah
  • · Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri
  • · Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
  • · Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan
(NCB, 1989, p.11)

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science, 1990).

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar

Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka. Terkadang-kadang kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah membasuhkan tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar, maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih penting dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu tidak membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin kerana ia merasakan yang membaca buku lebih penting dari membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun pada hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum yang tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami

Binaan Kurikulum Integratif

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Kurikulum integratif juga boleh memberi maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek yang di ajar.

Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum yang integratif kepada tiga aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam ertikata lain ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan seolah-olah ada ‘batasan’ dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan ‘subjek’ maka sudah pastinya perasaan dan naluri ingin tahu mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek dan mereka akan menjadi ‘rigid’ sebaliknya jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. “ Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.

Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya tadika aliran agama adalah diajar berasaskan subjek dan bukannya berasaskan penggarapan aspek perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid atau pembaharuan yang perlu dilakukan.

Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang digarap di peringkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-kanak di peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Setiap aspek perkembangan kanak-kanak perlu digarap dengan sempurna tanpa melebihkan satu dari yang lain kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron dalam otak yang tidak dirangsang dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang menjurus kepada sesuatu aspek, ia akan mati begitu sahaja. Andai ia digarap dari segi intelek tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah begitu saja sedangkan neuron itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi pemangkin kepada sesuatu perubahan kepada umat manusia. Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik yang perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar dengan itu potensi mereka dapat digarap sebaik mungkin kerana mereka adalah aset utama sesebuah negara.

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam dalam mendidik anak-anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .

Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan pelbagai bentuk kurikulum seperti ‘Montessori’, ‘Reggio Emilio’, ‘Early Learning Goals’, ‘High Scope’ dan sebagainya. Manakala di Timur di Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New Zealand sebagai contoh, ‘ Te Wariki’ menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.

Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi sumbangan kepada ilmu pengasuhan perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak. Ibnu Miskawaih misalnya begitu menekankan pentingnya pendidikan akhlaq dan pembentukan sahsiah yang mulis manakala Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, begitu menekankan aspek belajar melalui bermain sebagai asas pengasuhan.

Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.

Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:



1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah,

2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak,

3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.

5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang mereka mahu dan mampu lakukan.

6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran fizikal kanak-kanak.

7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat

8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan bersih.

9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata


Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan.

Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya “tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa mutaba’ah (Observation and imitation), i’tiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian

Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.

Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik, pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin budiman. Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ١لطفل ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.

Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama’ yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.

I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.

Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”



Wallahua’lam



Rujukan



A’bdul Jabbar, M. M. and Al- Naabaabtah, M.S. (1988)(2nd ed.) Saykuwloujiyah Al- La’ab Wa – al- tarwih, Al-Riyadh, Maktabah Al-safahaat Al-Al-dhahabiyyah.

Abu Hilal, A et al (1993) Al-Marji’ fi Mabadi At- Tarbiyyah, Amman, Dar As-Syuruq.

A’li, S. I. and An- Naqib, A (1984) Falsafah At-Tarbiyyah I’nda Ibnu Sina, Cairo, Dar- Aththaqafah.

Abul Quasem, M (1975) The Ethics of Al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam, Selangor, Malaysia, Central Printing Sdn. Bhd.





Al-A’udat, M. A’. (1992) ‘Child Rights in the Islamic Law’, At- Tarbiyyah (Journal), No. 102, pp.183-193.



Al-Barjis, ‘A. M. (1980) al-tawjih al-islami li- nash ‘ fil-falsafah al-Ghazali, Cairo, Dar-al-andalus.



Al-Khatib, R (1985) Tarbiyathu al-“iflu al-rawdah, Cairo, Ma“ba’ Al- Hay΄ah Al-Misriyyah.



Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West: An Islamic Perspective, Maryland, Amana Publications



Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder & Stoughton.

Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality, London, HMSO.



Drummond, M. J., Lally, M and Pugh, G (1989) Working with Children: Developing A Curriculum for the Early Years. National Children Bureau . Leics: NES Arnold.



Gammage, P (1999) ‘Early Childhood Education in the Postmodern World’, in Abbott, L and Moylett, J (Eds). Early Education Transformed,London, Routledge Falmer, pp.153-163



Katz, L (1999) ‘Another Look at What Young Children Should be Learning’, Archive of ERIC/EECE Digest, Early Childhood and Parenting Colloboration, University of Illionis.



Katz, L. G. (2003) ‘The Right of the Child to Develop and Learn in Quality Environments’, International Journal of Early Years Education, Vol.35, Iss.1/2, pp.13.



Mastura Badzis (2002) ‘Planning an Affective Education for Pre-school Children: within Islamic and Western Perspective’, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 10, No. 2, pp.65-78.



Mastura Badzis (2002) ‘Child Educatiojn: What Should be Optimal, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 12, No. 1, pp.77-90.



Mursi, M. S. (1998) Fann Tarbiyatu Al-Aulad fi al-Islam, Cairo, Dar At-Tauzig’ wa- an-nasyr al-Islamiyah.



Quraishi, M. A. (1983) Some Aspects of Muslim Education, Lahore, Universal Books.



Sylva, K and Ingrid, L (1982) Child Development: A First Course, Oxford, Blackwell.

20.12.09

Krisis lelaki pertengahan usia - 40 tahun ke atas!




Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun

LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.

Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.

Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Dr Muhamad Muhsin

“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

INFO: Simptom lelaki alami krisis pertengahan usia

  • Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya

  • Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.

  • Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya .
  • Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya

  • Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka

  • Keinginan menjalin perhubungan baru. (Ramai Lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan untuk berkahwin dgn anak dara. Yang lebih parah bila memilih anak dara seusia anak sulongnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas)

  • 18.12.09

    Hati-Hati Ketika Menerima Phone Call Daripda CreditCard Centre!

    Dua hari lepas saya mendapat satu telefon daripada AMbank Credit Card Centre, +60321788888, dapat mesej drpd suara yang dah ditape/ dirakam menyatakan yang saya terhutang credit card sebanyak RM3668. Tergamam saya dibuatnya tetapi saya rasa pelik sebab credit card saya ok je...katanya maklumat lanjut sila tekan 9.

    Saya pun tekan 9, disambut oleh suara lelaki cina tapi nampak mcm dia gelabah!... lalu dia minta no card saya...so saya bagilah tahu...tapi saya rasa pelik sebab dia tak seperti perunding/telefonis Ambank sebelum ini...talian tak cukup cantik...dan saya dengar dia berbisik dgn seseorang... lalu..saya katakan padanya yang talian tak bagus...dia kata you call back.... lagi pelik? biasa telefonis yang akan call semula customer! (Mungkinkah fraud yang diceritakan oleh rakan-rakan dalam internet?)

    Akhirnya, saya call balik dan disambut sebenarnya oleh telefonis ambank... setelah melalui langkah2 seperti biasa... saya dinyatakn oleh telefonis yang itu adalah FRAUD yang dilakukan oleh lanun maya untuk curi duit atau curi 3 nombor credit card yang mnjadi security....pada card... terkejut saya,
    Ramai pelanggan ambank dah kena...alhamdulillah..saya
    terselamat....
    So kalau anda terima panggilan seperti saya maka berhati-hatilah.....

    KAta telefonis itu ialah ambank tak akan call customer dgn no panggilan itu..+60321788888... ia adalah nombor khas untuk pelanggan call ambank sahaja..... Mereka akan menggunakan nombor telefon yang lain yang diakhiri dgn 3 "0" di belakang.

    Kalau mereka call, mereka akan menyatakan bahawa panggilan ini akan dirakamkan untuk tujuan keselamatan, mereka akan berinteraksi dgn anda sambil melihat sistem... antara soalan yang dikemukankan ialah

    1. Adakah encik tinggal di........?
    Jika Ya, sila berikan alamat surat menyurat encik?

    2. Nyatakan kata laluan panggilan encik? biasanya kita ada kata laluan atau kod untuk mempercepatkan proses pengenalan diri kita ketika berhubung dgn telefonis TETAPI ianya bukan Password/kata laluan kad kredit DAN BUKAN juga kad ATM Bank!

    3. Nyatakan transaksi terakhir encik dan untuk apa?

    Soalan-soalan ini boleh kita tanya juga untuk verify yang panggilan di terima itu betul-betul daripada telefonis ambank atau mana-mana bank.

    Hati-hati juga kalau terima call sama ada suara yang telah ditapekan atau suara yang menyatakan bahawa kad credit anda telah digunakan oleh org lain..... sebab itu maybe lanun.... apa yg perlu anda buat ialah putuskan hubungan dan anda sendiri call centre....itulah yg terbaik....

    JANGAN BIARKAN anda dikontrol oleh mereka, biar anda mengontrol mereka...

    HATI-HATI!

    17.12.09

    Bila Berlaku Kemalangan... Apa yang perlu dibuat?

    Ptg semalam jumpa adjuster insurance, byk info yang diberikan berdasarkan situasi kemalangan. Antaranya ialah ramai ulat-ulat menanti untuk pura-pura membantu mangsa-mangsa sama ada di jalan raya atau di hospital-hospital sebab membantu bererti PENDAPATAN.

    Ada lawyer yg tak amanah dan tak integriti, cari makan dgn membantu mangsa kemalangan dapatkan duit drpd syarikat insuran sebab mereka akan dapat INCOME 20%.

    Lawyer ni akan menyaman sesiapa sahaja yang terlibat dgn mangsa kemalangan iaitu sesiapa yang membuat laporan polis tak kiralah ianya betul2 bersalah atau mangsa keadaan. Duit claim dari syarikat insuran.

    Bila anda buat laporan polis pasal kemalangan, sila buat secara sedetail-detailnya sampai betul-betul faham bila org awam membaca laporan tersebut... kalau tak detail, ianya membuka peluang kpd lawyer mangsa menyaman anda walaupun anda tak bersalah dan mangsalah yang betul2 bersalah.... sebab lawyer nak duit..kes kalahpun mereka stil dapat duit...if menang dapat lebih 20%....

    Hati2....

    Kita memerlukan majoriti peguam yang mengamalkan Etika INTEGRITI peguam. Sebab itu lah di Malaysia ramai orang yang tak mahu jadi saksi dalam kes2 jenayah & kes2 kemalangan..bila mereka melihatkan dgn mata mereka sendiri ...persoalan...demi persoalan berhubung etika guaman ini....

    Etika n Integriti adalah soft skill manusia berdasarkan hati nurani yg bersih. Hanya mereka yang ingat pada mati, alam kubur dan alam akhirat yang akan amalkannya sebaik mungkin.

    Berapa ramai ulat-ulat itu beretika dan ada pada diri mereka perasaan takutkan mati dan persoalan di alam kubur dan alam akhirat....

    Bagaiman pula dgn ulat-ulat muslim n non-muslim.... begitu juga persoalan yang sama ditujukan kpd peguam yang mengendalikan kes....

    Bila saya ajukan persoalan ini kpd peguam yang saya kenal, beliau bersetuju dgn apa yang saya perkatakan..... lantas beliau berkata,"kita perlukan lebih ramai barisan lawyer yang amanah, jujur dan bekerja dgn penuh integriti dan bukan monetori base.

    Oleh itu, kepada org awam..... hati-hati bila berlaku kemalangan.... pastikan terus adakah anda terlibat directly atau indirectly serta menjadi mangsa/victim kpd kemalangan....

    Pastikan laporan yang dibuat (if necessary) kpd polis hendaklah lengkap.....

    Wassalam

    Undang-undang Baru - Tentang DUIT-

    Disertakan 7 video bersiri Rich Dad dalam membicarakan "New Rules Of Money".

    Ianya membuka minda kita dengan konsep yang berlainan malah berlawanan dgn undang-undang kewangan yang kita ada....

    Selama ini kita percaya kerana diberitahu dan dimomokkan setiap hari oleh suara-suara disekeliling kita sama ada drpd yang terdekat atau momokan media massa seperti

    1. Pergi ke SEKOLAH dan belajar rajin-rajin supaya dapat result bagus UNTUK dapat Security Jobs/Position dan akan dapat High SALARY.

    2. Bekerja bersungguh-sungguh (work hard) for getting a lot of money..../income....

    3. Perlu sentiasa berjimat cermat dan buat Simpanan...(Save Money).

    4. Belanja Berhemah!

    5. Buat diversify - invest dalam risk yang rendah.... invest dalam MUTUAL FUND! maka lahirlah pelbagai syarikat yang dibelakangnya ada perkataan MUTUAL.

    TAPI hakikatnya kita lupa pada Financial IQ yang sepatutnya kita perkasakan..... kita belajar dan buat secara Active Learning.


    Video 1


    Video 2


    Video 3


    Video 4


    Video 5


    Video 6


    Video 7



    Semoga ianya memberikan manfaat buat kita semua supaya celik Finance


    16.12.09

    Cinta Itu BUTA!

    Benarkah cinta itu buta!

    Adakah ianya kebenaran atau persepsi semata-mata?

    Ada gadis muda yang berumur 23 tahun sanggup bercinta dgn lelaki tua yang berusia 43 tahun!

    Ada pula lelaki muda 30-an bercinta dgn perempuan dewasa yang berusia 80-an...

    Betulkah cinta itu buta?

    adakah application cinta itu buta khas untuk manusia sahaja? atau haiwan juga mengalami masalah yang sama?

    Artikel di bawah ada jawapannya.....


    Monyet bercinta dengan ayam betina


    GAMBAR menunjukkan seekor monyet memeluk ayam betina di Desa Pasirian, Jawa Timur.



    du_01

    LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

    Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

    Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

    Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

    Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

    "Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.

    Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

    Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

    Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

    Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi

    Teknologi pencetus dilema - Kenal Bakat Pada Usia DNA!

    Kini setiap individu dapat mengenal pasti penyakit yang bakal dihadapi pada masa depan menerusi ujian genetik yang juga mampu mengesan bakat dan kebolehan kanak-kanak, namun kedua-dua ujian ini mengundang pelbagai persoalan!




    LUMRAH setiap manusia inginkan kehidupan normal tanpa sebarang penyakit selain inginkan zuriat yang bijak serta sihat.

    Ini kerana kedua-dua faktor tersebut merupakan antara agenda penting yang menjamin keharmonian sesebuah keluarga kerana kehidupan yang dilingkari penyakit serta anak yang bermasalah pasti mengundang pelbagai cabaran dan dugaan.

    Namun dengan kepantasan ilmu sains dan teknologi kini seseorang dapat mengenalpasti penyakit yang mereka alami kini dan di masa akan datang, sementara bakat dan kebolehan kanak-kanak termasuk dari segi IQ, kawalan emosi, fokus, memori, dan banyak lagi boleh diketahui sejak mereka kecil lagi.

    Pelik bukan tetapi itulah kaedah yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat pembekal produk perubatan, Genetic Centre (M) Sdn. Bhd. kepada penduduk negara ini baru-baru ini dengan menampilkan dua jenis ujian genetik iaitu ujian gen kecenderungan penyakit serta ujian potensi gen kanak-kanak.

    Ironinya, kedua-dua ujian tersebut cukup mudah. Hanya sampel yang dipanggil bukal iaitu air liur yang mengandungi sehingga 10,000 sel yang diambil dari sebelah dalam pipi digunakan sebelum ia dihantar ke makmal pembekal teknologi Genetic Center iaitu Shanghai Biochip Corporation (SBC) di China bagi penjujukan dan pemetaan asid deoksiribonukleik (DNA).

    Teknologi biochip

    Melalui ujian gen kecenderungan penyakit, lebih 100 jenis penyakit dapat dikesan antaranya yang membabitkan sistem pernafasan, pencernaan tubuh, darah, endokrin, masalah penyakit berkaitan lelaki mahupun wanita serta HIV dan AIDS.

    Selaras dengan ini, ia membantu mengenal pasti penyakit dan potensi penyakit yang bakal menyerang seseorang individu pada masa akan datang bagi membolehkan mereka mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

    Ketua Pegawai Operasi Genetic Centre (M) Sdn. Bhd., Susan Cheong ketika ditemui Jurnal baru-baru ini di Kuala Lumpur memberitahu, keputusan kedua-dua ujian tersebut dapat diperolehi dalam masa 45 hari selepas pengambilan sampel bukal dilakukan.

    "Mungkin ia agak lambat. Ini kerana sampel itu perlu dihantar makmal di China. Buat masa ini makmal sebegitu tidak disediakan di negara ini.

    "Teknologi yang digunakan ialah melalui kaedah biochip iaitu kaedah makmal yang boleh membuat ratusan tindakan biokimia terhasil membolehkan pengkaji membuat analisis biologi untuk diagnosis penyakit dan potensi gen seseorang.

    "Malah, kaedah saintifik ini diperakui oleh Persatuan Kemajuan Sains Amerika pada 1998 sebagai antara kaedah terkini mengenalpasti struktur genetik seseorang untuk tujuan perubatan," ujarnya.


    KETUA perunding perubatan Genetic Centre (M) Sdn. Bhd. Dr. Li Ming menunjukkan sampel bukal sebelum disimpan dalam plat.


    Namun kedua-dua kaedah ini pasti mengundang polemik terutamanya berkaitan maklumat peribadi pelanggan.

    "Usah khuatir kerana maklumat peribadi pelanggan dirahsiakan. Sampel dihantar ke China tidak mendedahkan maklumat peribadi seseorang. Ia dihantar menggunakan sistem barkod moden.

    "Maklumat keputusan hanya diberi pada pesakit dan hanya orang tertentu sahaja boleh mengakses keputusan terbabit. Malah ketepatan ujian ini 99.9 peratus," tegasnya.

    Bakat anak

    Berhubung ujian gen bakat dan kebolehan kanak-kanak, kaedah yang sama turut digunakan. Ia dianalisis mengikut tahap kepandaian, emosi dan fokus seseorang kanak-kanak.

    "Ada kod-kod tertentu berdasarkan gen yang dapat mengenal pasti bakat seseorang kanak-kanak dengan 99.9 peratus ketepatan hasil ujian. Tetapi saya tidak dapat mendedahkannya kerana ini merupakan rahsia syarikat.

    "Ujian ini hanya terdapat di China kerana SBC merupakan pelopornya. Mengapa China? Ini kerana populasi penduduknya yang ramai dan lebih memudahkan ibu bapa mengenal potensi anak-anak mereka.

    "Sebagai contoh, atlet sukan yang bakal dilahirkan boleh dikenalpasti melalui kaedah ini yang lebih praktikal dan menjimatkan kos," ujarnya.


    UJIAN genetik boleh dilakukan dengan peralatan yang terdapat pada kotak ujian gen keluaran Genetic Centre (M) Sdn. Bhd. ini.


    Katanya lagi, setakat ini SBC telah menganalisis lebih 75,000 individu untuk kedua-dua ujian di China dan Hong Kong.




    "Kedua-dua idea ini diilhamkan dari Projek Genome Manusia iaitu sebuah kajian antarabangsa untuk mengenalpasti kandungan gen manusia untuk tujuan kesihatan serta potensinya,

    "Bagi ujian kecenderungan penyakit kosnya ialah RM3,880 manakala RM2,200 untuk ujian potensi gen kanak-kanak. Kosnya kelihatan mahal, namun kita giat untuk menjalinkan usaha sama dengan agensi kerajaan untuk pemindahan teknologi ujian genetik.

    "Sekiranya makmal sepertimana di China dapat diwujudkan di Malaysia, kos ujian genetik akan menjadi lebih murah dan ramai akan mendapat manfaatnya," jelasnya.

    Senjata biologi

    Mengulas mengenai kemunculan teknologi ujian genetik di Malaysia, pakar DNA Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin berpendapat, ujian genetik dan ujian kebolehan seseorang berdasarkan DNA tidak semestinya seratus peratus tepat.

    "Mutasi gen boleh berlaku. Contohnya struktur penyakit juga boleh berubah kerana gen sendiri tidak stabil.

    "Mungkin realiti syarikat swasta bermotifkan keuntungan. Saya sendiri tidak pernah mencuba, jadi saya tidak tahu realitinya bagaimana serta apakah keputusannya.

    "Bagi saya, mengatakan lebih 90 peratus ketepatan ujian agak sukar dicapai kerana banyak perkara lain perlu diambil kira. Ini kerana cara hidup, faktor pemakanan, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya boleh mengubah ciri-ciri seseorang," ujarnya.


    DR. LI menunjukkan pengambilan sampel bukal diambil untuk ujian potensi gen kanak-kanak.


    Beliau juga khuatir sekiranya maklumat peribadi seseorang individu jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab, malah digunakan bagi mencipta virus yang mendatangkan masalah kepada manusia.

    "Secara peribadi, ujian ini jika diambil oleh ramai individu membolehkan ciri-ciri genetik penduduk sesebuah negara dapat dikesan, selain mungkin boleh dijadikan senjata biologi yang berkesan oleh pihak musuh pada akan datang," tegasnya.

    Jelas sekali, ujian genetik telah menimbulkan persoalan tentang isu moral dan implikasi sosial. Pensyarah di Jabatan Kajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Siti Nurani Mohd. Nor pula melihat ujian yang dilakukan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mengenal pasti bakat dan kebolehan mereka sebagai satu perkara yang wajar dilakukan.

    "Jika ibu bapa sendiri membenarkannya ia tidak menjadi masalah. Namun apa yang ingin ditegaskan, hasil maklumat yang diterima hanya ibu bapa sahaja yang tahu dan tidak tersebar pada pihak lain untuk kajian serta tujuan lain," katanya.


    HASIL keputusan untuk ujian potensi gen kanak-kanak direkodkan dalam buku laporan yang diperolehi dalam masa 45 hari selepas dihantar ke makmal di Shanghai China.


    Menurutnya lagi, ibu bapa dapat mengenal pasti bakat dan kebolehan anak mereka dan dapat menumpukan masa depan anak-anak mereka ke arah kehidupan lebih baik.

    "Cuma jangan membezakan kasih sayang pada anak jika berbeza tahap kepandaian, selain turut membenarkan proses pembesaran dan tahap intelektual mereka berlaku secara semulajadi," katanya.

    Elak Maksiat

    Siti Nurani menegaskan, bagi ujian mengenal pasti penyakit dapat menggalakkan individu mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

    "Namun, jangan sampai maklumat itu diperoleh pihak tidak bertanggungjawab. Isu ini hangat diperbincangkan di peringkat antarabangsa dengan andaian dibuat jika maklumat individu itu jatuh ke tangan pihak insurans.

    "Mungkin ia akan menyukarkan individu terbabit, malah ramai yang akan mengambil insurans kesihatan termasuk di negara ini. Jika banyak penyakit, permohonan seseorang individu itu tidak akan diterima kerana syarikat insurans yang bermotifkan keuntungan tidak ingin rugi menanggung kos pampasan.

    "Kemudian jika penyakit itu merupakan penyakit berbahaya, tiada tuntutan insurans akan diberi selain maklumat keluarga lain juga diketahui yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan promosi," jelasnya.


    KEMUNCULAN teknologi ujian genetik di Malaysia memerlukan fatwa untuk mengelakkan kekeliruan terutamanya di kalangan umat Islam.


    Tambahnya, kedua-dua ujian ini merupakan kaedah sains kesihatan yang baru di negara ini dan untuk mengelakkan keraguan terutama di kalangan umat Islam seharusnya adanya fatwa dikeluarkan berhubung isu ini untuk mengelak kekeliruan.

    "Saya juga khuatir sekiranya ujian ini dilakukan oleh pasangan bakal berkahwin pasangan mereka sama ada bakal suami dan isteri mempunyai penyakit dan lemah genetik contohnya, leukemia tidak akan berkahwin.

    "Ada baiknya kerana mereka dapat melakukan pencegahan awal tetapi perkahwinan sebenarnya lebih dituntut untuk mengelakkan maksiat.

    "Isu ini perlu banyak lagi diperdebatkan kebaikan dan keburukan selain unsur diskriminasi serta ketidakadilan perlu diambil kira supaya tidak menimbulkan polemik masa akan datang," ujarnya.

    15.12.09

    Apakah methodologi terbaik melaksanakan Hukum Syariah Islam

    Perlaksanaan hukum syariah Islam merupakan tuntutan yang wajib bagi semua umat Muslimin. Banyak nas-nas al Quran n as-Sunnah yang disebut oleh Ustaz-ustaz sama ada di surau, masjid, program agama, ceramah, bengkel malah menerusi media elektronik.

    Namun begitu, kita kekurangan model contoh yang menghayati apa yang telah dilaksanakan di zaman Rasulullah, Para Sahabat, Khulafa' ArRasyidiin dan zaman selepasnya. Tiada dokumen atau gambar atau lukisan, bagaimanakah pendekatan yang telah diambil bagi melaksanakan hukum ini terutama hukuman rejam sampai mati bagi penzina yang terdiri dripada golongan yang sudah berumah tangga.

    Filem "Semerah Padi" menunjukkan bagaimana penduduk dan memerintah melaksanakan hukuman rejam sampai mati dan hukuman sebat bagi penzina yang berkahwin dan penzina bujang. Namun persoalannya ...adakah ianya menepati kaedah yang dianjurkan oleh Islam.

    Begitu juga satu hukuman rejam sampai mati yang dilaksanakan oleh Penduduk dan Pentadbir Satu Kawasan Di Somalia...

    Anda boleh membaca serta melihat gambar-gambar yang disertakan dan BERFIKIR... adakah ini KAEDAH/METHOD PERLAKSANAAN yang selari dengan kehendak Islam yang sebenarnya?

    *************************************************

    DUNIA

    Penduduk lihat hukuman rejam


    MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


    MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

    Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

    Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

    "Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

    "Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

    "Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

    "Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


    SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


    Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

    Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

    "Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

    "Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

    Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

    Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


    BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


    Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

    "Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

    Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

    Antara SuperPower, Niat, Kehendak Diri dan Aura

    Ilmu tenaga dalam merupakan satu cabang ilmu yang popular di Malaysia. Anjurkan apa sahaja kursus yang berkaitan dgn perbagai nama sama ada diberi nama sebagai tenaga dalam atau tenaga alam atau menggunakan nama yang saintifik seperti supersonic energy, Reiki, Prana, Tenaga Alam Semesta, Rauch, Kundalini, Usui, Tenaga Hikmah, Tenaga Ariff, Tenaga Alif atau pelbagai nama klasik.

    Semuanya merujuk kpd Aura/Gegaran Tenaga yang memperkasakan diri dgn satu kekuatan yang luar biasa dan berbeza dgn orang biasa.


    Semuanya bermula dengan niat dan keinginan serta kehendak diri ingin melakukan sesuatu yang berbeza dgn persekitaran.... kehendak yang hebat, jelas dan tersusun.....

    lihat sahaja Kosmo Hari ini.... kehendak yang hebat daripada kanak-kanak sehingga menjadikan tindakannya juga mengkagumkan....

    Budak enam tahun tarik kereta Mercedes E240



    SANTOSPERUMAL menarik kereta Mercedes E240 dinaiki empat lelaki dewasa dengan berat keseluruhan 1,955 kilogram di Kampung Jawa, Klang semalam.



    KLANG - Biarpun baru berusia enam tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah digelar hero apabila mampu menarik sebuah kereta jenis Mercedes Benz E240 yang dinaiki empat lelaki dewasa dengan berat keseluruhan 1,955 kilogram sejauh 120 meter dalam masa dua minit.
    Kejayaan T. Santosperumal (gambar kecil) menarik beban yang hampir 56 kali ganda berat badannya dengan hanya satu lilitan tali di pinggang berjaya dicatatkan sebagai rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
    Sebaik berjaya sampai ke garisan penamat, anak sulung daripada empat adik beradik itu sempat melaungkan 'Satu Malaysia' sambil melompat kegembiraan.
    Santosperumal ketika ditemui menyatakan dia berasa gembira kerana berjaya menarik kereta tersebut walaupun tidak menjalani latihan harian.
    "Selepas ini, saya mahu tarik kapal terbang," katanya pada sidang akhbar di premis besi buruk milik bapanya, N. Thiagu, 42, di Kampung Jawa di sini semalam.