23.4.12

Seminar LGBT DI UIA

Saya gabungkan berita-berita mengenai Seminar Menentang LGBT yang sedang menularkan di Malaysia akibat "konon"nya perbuatan Kaum Nabi Luth ini mendapat sokongan PADU individu yang ada karismatik berserta the gengnya....

Ikuti laporan berita ini dgn openminded dan openness yang tinggi kerana pada isu ini ada unsur emosi dan ada isu kepolitikan supaya kita mampu melihat fakta-fakta saintifik dan fakta-fakta yang menjauhkan kita dgn emosi yang bergolak dijiwa. Selamat MEMBACA!

===================

Semua pihak perlu berganding bahu tangai isu LGBT

22 April 2012
KUALA LUMPUR - Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di sini hari ini.
Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.
Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.- Bernama

===========================================


NASARUDDIN TOLAK ANWAR DENGAN BERANINYA!

oleh PEWARIS ANAK BANGSA\

Syukurlah , keberanian Nasarudin Mat Isa bertindak dengan beraninya menentang Anwar Ibrahim ! Kegiatannya menyokong LGBT seharusnya ditolak sama sekali untuk menaikkan dirinya menjadi Perdana menteri malahan melucutkan kelayakkannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsip asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.
 Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.
Ambiga yang menyokong LGBT, dan sesiapa sahaja yang menyokong serta mengamalkannya, tak layak ditempatkan kedudukan sebagai kepimpinan. Mengikhtiraf mereka samalah seperti mengagungkan sek songsang. Kasihan sungguh pu3 yang sanggup memberi laluan Ambiga dalam kempen BERSIH 3.0 dan BANGKIT 2.0.  Nak kata penyokong Pejuangn Islam. Minaci seorang yang yang sahnya antara dalang peguam membela mereka murtad serta aktiviti songsangpun korang layan. 
Astagfirullah.

======================================

KUALA LUMPUR 22 April - Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.
Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.
Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender
==========================


No comments: