IKUTI CERITA PROF DR. KAMAL PERISTIWA YANG BELIAU ALAMI
Assalamu’alaikum wr. wbt.
Jazakallahu khairan kepada Akh Hasbullah dan Ukht Hjh Azmi atas edaran berita yang dihantar mengenai sedikit musibah yang menimpa.
Selepas menunaikan solat Isya’ di Musolla Al-Amin malam tadi, ana telah ke Farmasi di Fasa 4 Tambahan (dan disantuni oleh Ukht Syifa’ anak Akh Hj Jamal Amin yang berkerja di situ). Kemudian ana ke klinik Rakan Medik juga di Fasa 4 Tambahan untuk pemeriksaan rutin tekanan darah (Alhamdulillah OK).
Dalam perjalanan pulang melalui Jalan Reko, selepas melepasi traffic light Hentian Kajang, kereta ana dilanggar dari belakang. Dalam keadaan itu, ana membuat keputusan untuk berhenti di tempat yang agak cerah iaitu di hadapan Village View Restaurant. Setelah keluar dari kereta, memandangkan kelihatan ramai dalam kereta Camry hitam yang melanggar, memberi tanggapan bahawa mereka adalah sekeluarga menyebabkan ana agak comfortable untuk berbincang. Rupa-rupanya 3 lelaki berketurunan India keluar dengan seorang lagi terus berada dalam kereta.
Dengan mengesyaki bahawa ini adalah planned accident, ana cuba berundur ke kereta tetapi dicekik dan dijerut dengan tangan oleh salah seorang lelaki India yang agak tinggi dan berbadan tegap. Dua yang lain turus memegang dan menumbuk muka dan badan. Dalam pergelutan itu ana terjatuh dan disepak. Kunci kereta ana Camry kelabu WTS 2434 diambil dan dibawa lari.
Beberapa pengunjung ke Village View Restaurant datang membantu dan memberikan handphone untuk ana hubungi isteri dan anak di rumah. Selepas itu, kami membuat laporan polis di Pondok Sg. Tangkas dan kemudiannya di Balai Polis Kajang.
Iktibar untuk ana khususnya dan Ikhwah dan Akhawat:
2. Selain itu, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila dilanggar kereta dalam kes seumpama ini. Sebaliknya terus ke Balai Polis atau pulang kerumah bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.
3. Semua barang, pemberian, kereta dll adalah anugerah Allah SWT yang dipinjamkan sementara kepada kita. Sayangnya kita kepada barang-barang tidak seharusnya mendahului dan melebihi cinta kita kepada Allah SWT.
4. Segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Jazakumullahu khairan kepada semua Ikhwah dan Akhawat yang menghantar e-mail, call, sms, datang ziarah yang memberi kekuatan semangat kepada ana, isteri dan keluarga. Musibah ini kecil berbanding dengan pengorbanan besar yang dilakukan oleh Ikhwah dan Akhawat lain, terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan ummah di Palestine, Iraq, Fattani, Syria yang bukan sahaja kehilangan kereta tetapi hilang orang-orang yang dikasihi kerana gugur syahid di jalan Allah SWT.
Kepada Allah SWT kita berserah dan kepadaNya jua kita serahkan segala urusan.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment