Makin tua makin lemah
hmetro.com.my
KUALITI HIDUP TERJEJAS... tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada kurang keinginan seks.
PERUBAHAN KETARA... tubuh yang dulu cergas dan aktif bersukan, kini cepat letih.
SEJAK kebelakangan ini, mood Zaki kerap kurang baik. Ada saja yang
tidak kena hingga membuatkan dia cepat melenting biarpun perkara kecil.
Pertanyaan anak yang sepatutnya dijawab dengan baik, dirasakan soalan
bodoh yang membuatkannya ‘angin satu badan’. Akibatnya, kemesraan dengan
si kecil semakin berkurangan.
Tubuh yang dulu cergas dan aktif bersukan, kini cepat letih.
Perubahan paling ketara ialah setiap kali selepas makan tengah hari, dia
rasa mengantuk. Malah lebih teruk, dia makin cepat lupa hingga
merasakan dirinya semakin tua walaupun baru melangkau empat dekad.
Kata orang, kehidupan lelaki bermula pada usia 40 tahun dan jika ini
yang dialami, ternyata cakap-cakap indah yang selama ini didengar tidak
tepat kerana dia mengalami sebaliknya.
Apa sebenarnya berlaku pada Zaki? Jika wanita mengalami menopaus atau putus haid, inilah fenomena yang lebih kurang sama dialami lelaki tetapi ia dipanggil andropaus, viropaus atau lewat mula hipogonadisme (LOH) disebabkan tahap testosteron rendah (TDS) yang dikaitkan dengan usia lanjut.
Apa sebenarnya berlaku pada Zaki? Jika wanita mengalami menopaus atau putus haid, inilah fenomena yang lebih kurang sama dialami lelaki tetapi ia dipanggil andropaus, viropaus atau lewat mula hipogonadisme (LOH) disebabkan tahap testosteron rendah (TDS) yang dikaitkan dengan usia lanjut.
Penurunan tahap hormon testosteron dialami lelaki berusia 40 tahun ke atas. Testosteron ialah hormon seks lelaki paling penting yang bertanggungjawab terhadap perkembangan seorang budak lelaki untuk menjadi dewasa dan hormon itu diperlukan sepanjang hayatnya demi kesihatan dan kualiti hidup lelaki.
Keadaan ini semakin diterima berlaku di kalangan lelaki berusia lanjut di Asia. Ia keadaan yang kerap berlaku tetapi selalunya kurang dikenal pasti dan dirawat.
Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin, berkata LOH tidak mudah dikenal pasti kerana gejala dialami tidak jelas dan mudah disalahertikan sebagai masalah lain.
Ia juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam kualiti hidup dan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya.
“Tiga gejala utama yang biasa dialami lelaki berusia lanjut ialah kelesuan, kurang nafsu dan perubahan mood. Antara lain, ia menyebabkan mati pucuk, kekuatan dan jisim otot berkurangan, peningkatan lemak badan, pengurangan ketumpatan tulang dan kemurungan,” katanya pada majlis pelancaran terapi penggantian testosteron (TRT) anjuran Orient Europharma (M) Sdn Bhd.
Penyelidikan Kesihatan Lelaki Subang 2007 mendapati kadar kewujudan LOH sebanyak 18.5 peratus di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di negara ini.
Wanita mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang membentuk payudara dan kitaran haid manakala lelaki cuma memiliki satu hormon iaitu testosteron yang bertanggungjawab membangunkan otot kasar dan misai/bulu.
Apakah testosteron?
Hormon seks utama lelaki yang dihasilkan oleh testis. Ia berfungsi sebagai:
Secara purata, tubuh lelaki dewasa menghasilkan 10 kali ganda lebih testosteron berbanding tubuh wanita dewasa tetapi wanita lebih sensitif terhadap hormon.
Tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada:
Menurut Dr Zulkifli, terapi penggantian testosteron (TRT) antara pilihan paling baik bagi menangani gejala LOH. Banyak data klinikal menunjukkan TRT berkesan dan selamat. TRT membantu mengembalikan fungsi seks, nafsu dan kesejahteraan.
Penggunaan TRT juga mengoptimumkan ketumpatan tulang untuk menghalang osteoporosis dan meminimumkan risiko patah tulang serta meningkatkan komposisi badan dengan mengurangkan peningkatan obesiti dan meningkatkan fungsi otot.
“TRT sepatutnya menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pengurusan LOH. Aspek pengurusan lain termasuk mengubah gaya hidup, mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam, berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan alkohol,” katanya.
Ujian makmal bagi mengukur tahap testosteron akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah itu. Terapi testosteron dimulakan pada 1940 dengan penggunaan picagari.
Teknologi bagi penggantian terapi hormon semakin berkembang dari semasa ke semasa hingga mendorong penciptaan pil, koyok dan kemudian, gel pada 2000 dan yang terbaru gel yang dikeluarkan Orient Europharma.
Pengurus besarnya, Tham Kong Weng, berkata lelaki Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan menderita dan patut berusaha meningkatkan kualiti hidup dengan peningkatan dan pengetahuan terhadap masalah itu dan rawatan sedia ada.
“Pada umumnya, lelaki mungkin sukar menerima hakikat mereka boleh menghadapi perubahan hormon kerana ia mencabar kejantanan.
“Oleh itu, kesedaran dan pemahaman terhadap LOH akan membantu lelaki memahami keadaan mereka dengan lebih baik dan membolehkan mereka membuat keputusan bijak untuk memastikan kualiti lebih baik.
“Terapi penggantian hormon testosteron memberi penyelesaian kepada lelaki berusia lanjut untuk menghadapi LOH dengan pembekalan testosteron secara berterusan, bantuan menangani gejala fisiologi, seksual dan psikologi secara berkesan serta kaedah aplikasinya yang mudah,” katanya.
Seorang pesakit dikenali sebagai Andrew, 40-an berkata, dia memulakan rawatan TRT pada November, tahun lalu, selepas diperkenalkan seorang rakan dari Singapura.
“Saya sangat rapat dengan anak lelaki berusia 10 tahun. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, emosi saya tidak stabil. Saya sering marah-marah hinggakan anak bertanya soalan pun, saya memarahinya kerana menganggap dia tanya soalan bodoh.
“Saya juga cepat letih. Jam 2 atau 3 petang iaitu selepas makan tengah hari, saya mula mengantuk. Saya aktif bersukan tapi apabila asyik letih, ia mengganggu kehidupan seharian saya.
“Selepas mendapatkan terapi, saya dapat membuang sikap suka marah-marah dan kembali cergas seperti dulu,” katanya.
Selepas menjalani TRT, berlaku peningkatan:
No comments:
Post a Comment