YANG TAK SETUJU DGN BERSIH 3.0!
'Perhimpunan sokong maksiat'
Umat Islam, Melayu biarkan diri diperalat Ambiga sengaja cari dosa
KUALA LUMPUR: Mereka yang mengaku Islam dan Melayu tidak harus menghadiri perhimpunan anjuran BERSIH 3.0 yang dikatakan akan diadakan di Dataran Merdeka, esok kerana ia dipimpin mereka yang menyokong maksiat.
“Kita harus faham siapa Ambiga ini? Dia menyokong LGBT, iaitu maksiat yang secara terang-terangan melanggar hukum Islam. Buat apa umat Islam, terutama belia menyokong perhimpunan yang tidak mendatangkan manfaat itu?
“Apakah dengan duduk sambil membantah sistem pilihan raya di negara ini, penganjur boleh menjamin tiada kekacauan. Kalau kita mengaku kita Islam dan Melayu, lebih baik jangan hadirlah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas keengganan kumpulan itu mematuhi larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka dengan alasan kesuntukan masa untuk mengubah lokasi.
Yusof juga berkata, beliau tidak setuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya rakyat wajib menghadiri perhimpunan itu dan menyifatkannya sebagai lebih bersifat politik.
“Wajib atas dasar apa? Wajibkah umat Islam atau masyarakat bukan Islam di negara ini membuat huru-hara? Apakah dengan memporak-perandakan ibu kota, kita rasa puas?
“Semua itu hanya alasan politik. Perhimpunan itu hanyalah topeng. (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) hanya ingin memperalatkan Ambiga dan begitu juga sebaliknya demi kepentingan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, pembangkang juga melihat pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai peluang untuk mencabar kerajaan dengan menganjurkan pelbagai program mengancam keselamatan dan ketenteraman awam dengan anggapan kerajaan tidak ada landasan kukuh untuk menahan mereka.
=========================
Pemimpin kanan DAP bantah perhimpunan BERSIH
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Ahli Dewan Negara itu juga mendakwa tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.
Tunku Abdul Aziz juga berkata, berdasarkan pengalamannya tinggal di beberapa negara, beliau menyaksikan sendiri perhimpunan yang dianjurkan banyak pertubuhan dan menyedari walaupun bermula dengan aman, ia akan berakhir dengan keganasan.
“Pihak yang menganjurkan perhimpunan itu kemungkinan tidak ada di situ. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan dan kerosakan? Kemungkinannya nanti adalah menyalahkan pihak berkuasa dan saya rasa ini tidak adil,” katanya.
Beliau turut memberi contoh demonstrasi oleh pelajar di London tahun lalu yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan merugikan perniagaan.
“Apabila London ditawan penunjuk perasaan, negara itu berada dalam keadaan kacau bilau dan saya tidak mahu BERSIH 3.0 juga memberi impak yang sama kepada negara,” katanya.
Tunku Abdul Aziz berkata, perhimpunan berkenaan juga umpama mengajak rakyat melanggar undang-undang yang sepatutnya dihormati.
“Kita sepatutnya menjadi penggubal undang-undang dan saya rasa di sini ada percanggahan.
Saya menyokong untuk berhimpun jika ia tidak melanggar undang-undang dan saya menolak perkara yang melanggar undang-undang,” katanya.
Beliau juga berkata, penganjur perhimpunan sepatutnya menerima pelawaan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih selamat.
“Sebenarnya mereka nak protes. Pentingkah di mana protes itu diadakan? Undang-undang membenarkan kita berhimpun tapi siapa yang akan menjaga keselamatan.
Justeru, apa juga yang kita lakukan, kita perlu berbincang dengan polis. Bila polis menasihatkan kita menukar tempat, mungkin kita patut adakan di tempat lain,” katanya.
Beliau juga berkata, pandangannya itu bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
==========================
Ismail Mina : Haram Sokong Ambiga Pejuang LGBT
KUALA LUMPUR 25 April – Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Ismail Mina menegaskan, kredibiliti Ambiga wajar dipertikaikan pengikut perhimpunan tajaan pembangkang itu, gara-gara beliau tidak mempunyai hubungan dan pemikiran yang bersih.
“Di mana bersihnya Ambiga apabila sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau selama ini jelas memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.
“Jika dinilai melalui perspektif mana-mana agama terutama Islam, Ambiga sama sekali tidak layak mengetuai apa-apa disebabkan beliau sudah dikotori najis kekufuran apatah lagi perjuangannya dalam perhimpunan tersebut hanyalah daripada suara minoriti masyarakat dalam negara sahaja,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sudah memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, oleh itu rakyat perlu belajar memahami erti demokrasi.
‘‘Demonstrasi jalanan hanya menyusahkan orang ramai yang tidak terlibat dan sewajarnya Bersih tahun lalu dijadikan pengajaran,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Darul Quran Wal Hadith, Datuk Rameli Musa berkata, kebanyakan penggerak Bersih terdiri daripada ahli Pas, sepatutnya mereka memilih pemimpin yang jelas akidah dan bersih daripada ideologi menyesatkan umat Islam.
‘‘Sejak kebelakangan ini, Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam,’’ katanya.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Manakala Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka pula berkata, beliau akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.
Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Haram sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
===================
YANG MENYOKONG BERSIH 3.0!
Bersih 3.0: Cerita yang mesti dibaca
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 27 Apr 2012 |
Ini hanya cerita rekaan....
Situasi 1:
Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.
Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.
Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :
"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."
Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :
"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”
Situasi 2:
Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.
Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.
Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.
Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.
Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.
Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.
Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:
"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."
Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.
Orang yang betul memahami agama pula berkata:
"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.
Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?
Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."
Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.
Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?
----------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.
==================
“Halal separa” umat Islam
|
26 Apr 2012 |
Umat Islam di Malaysia, dari segi makanan, antara yang halal dan haram cukup dijaga.
Apa yang perlu letak di dalam mulut, dijaga dengan baik, ketat, tegas dan berdisiplin.
Akan tetapi sumber yang digunakan untuk membeli makanan yang dimasukkan ke mulut kurang dijaga.
Secara perbandingan:
Ramai yang tidak terasa jijik apabila menipu wang syarikat dengan membuat claim palsu dan claim OT pada kerja yang tidak lakukan.
Ramai yang tidak terasa jijik untuk berkawan dengan orang yang disangsi kekayaannya - hidup terlampau mewah jika dibandingkan dengan pekerjaan siangnya.
Ramai yang tidak terasa jijik menerima wang hasil daripada mereka yang menindas orang yang lemah.
Ramai yang tidak terasa jijik untuk menerima hasil rasuah, dan menggunakan hasil rasuah untuk menyuapkan isteri dan anak-anak…. jika dibandingkan dengan perkara seperti khinzir, kelakuan seksual tidak senonoh yang dibuktikan dengan pengadilan Islam dan sebagainya.
Jarang kedengaran di negara Malaysia para pejuang Islam berteriak pada mereka yang disangsikan kekayaannya tidak layak menjadi pemimpin, atau mereka yang disangsikan sumber pendapatannya dibandingkan dengan pekerjaan tetapnya, atau terlibat dengan mencuri duit rakyat dan rasuah tidak layak menjadi pemimpin.
Benda ini seolah-olah ok, walhal pemimpin sebegini cukup berbahaya kerana akhlaknya yang buruk ini boleh membawa sengsara kepada jutaan rakyat Malaysia.
Di mana keseimbangan kita dalam hal ini?
Allah mementingkan makan yang halal DAN juga daripada sumber yang halal.
Ramai umat Islam kini hanya pastikan makanan itu halal, sumbernya tidak kisah - dan tidak perlu ditegur walaupun tahu ada mereka yang sedang makan makanan yang halal daripada sumber yang haram.
Islam itu syumul dan menyeluruh. Tapi mengapa umat Islam hari ini hanya mengambilnya dengan separa?
Jika merasa jijik untuk makan makanan haram,
harus juga merasa jijik yang sama terhadap peninggalan ibadah,
harus juga merasa jijik kepada ketidakadilan sosial yang berlaku,
harus juga merasa jijik kepada kezaliman, penindasan dan penipuan,
harus juga merasa jijik terhadap orang yang hanya melihat dan membiarkan kezaliman dan penindasan terus berlaku.
Itulah keseluruhan, bukan separa seperti apa yang ramai amalkan kini.
==========
Sabtu, 28 April ini, cuaca mungkin cerah, mungkin mendung, mungkin hujan, mungkin juga angin bertiup kencang, namun semuanya itu memperkukuh keazaman rakyat prihatin ini. Mengandungi rahmat yang tersembunyi, justru Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sentiasa mengasihi dan berlaku adil kepada hamba-Nya.
Kini orang ramai mulai tiba di Kuala Lumpur dengan pelbagai cara, semuanya dengan belanja sendiri. Mereka membawa keazaman dan harapan bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menelurkan hasil supaya senarai pengundi dibersihkan dan seterusnya pilihan raya yang benar-benar demokratik.
Ini sebuah tuntutan yang sangat munasabah kerana masakah negara sudah merdeka lebih setengah abad lalu tetapi pilihan raya masih sedemikian rupa. Apa eertinya kemerdekaan jika keadaan seperti ini berlaku.
Hampir setiap tahun, sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan diadakan di Dataran Merdeka yang bersejarah ini. Tentu sekali kerana ia adalah simbol kemerdekaan dan kebebasan dari penjajah. Oleh itu, tidak munasabah jika rakyat yang mahukan pilihan raya bersih mengadapi pelbagai halangan untuk menggunakannya.
Himpunan yang dikatakan ‘Ibu Segala Himpunan’ ini memang sangat wajar diadakan di Dataran Merdeka, justru menepati namanya. Kalau tidak boleh maka namakan saja ‘Dataran Penjajah’ seperti kata A. Samad Said.
Mereka yang berhimpun adalah rakyat Malaysia yang cinta damai, sangat mengasihi tanah airnya, akan sama-sama mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman luar. Oleh itu terimalah kehadiran mereka di Dataran Merdeka itu dengan penuh pengertian kerana mereka adalah pendukung setia negara.
Boleh jadi di kalangan generasi lama yang turut berhimpun pada 28 April ini adalah mereka yang ikut sama dalam kemeriahan menyambut kemerdekaan tanah air 31 Ogos 1957 dulu. Dan mungkin juga ramai di kalangan generasi baru yang menyertai Himpunan 3.0 kali ini adalah anak cucu generasi lama yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan tanah air dulu.
Kini generasi baru itu mahu melihat dan menikmati hasil perjuangan orang tua mereka yang berjuang mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan dengan keringat dan air mata.
Kita sedar perjalanan ke destinasi demokrasi masih jauh dan sukar, namun rakyat telah memulakan langkah melalui Lebuh Raya Demokrasi Bersih 3.0 ini dan semoga dengan izin Allah ia akan sampai juga kedestinasinya.
Puluhan, malah ratusan NGO sudah menyatakan sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 ini.
Bermakna Himpunan tersebut didukung oleh rakyat pelbagai golongan, merentasi bangsa dan agama. Mereka, bukan saja golongan petani, aktivis alam sekitar, pelajar, golongan profesional bahkan golongan budayawan, seniman dan sebagainya akan menyertai Himpunan ini.
Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sedang menyaksikan gelombang ini.
Rakyat prihatin bersyukur kepada-Mu kerana memberikan kekuatan dan ketabahan terhadap perjuangan ini. Mereka berdoa supaya mereka yang masih ‘tidur lena’ akan bangkit sama menyertai gelombang ini.
------------------------------------------------------------
Penulis boleh dihubungi menerusi shukurharun@yahoo.com

No comments:
Post a Comment