28.4.12

BERSIH 3.0 ANTARA SUARA RAKYAT, KEGEMBIRAAN, KEKECEWAAN DAN KEMUSNAHAN HARTA AWAM...SATU PENGIKTIBARAN..

Salam Semua,


Saya kumpulkan maklumat yang dibuat oleh wartawan KLPOS yang berada di dataran merdeka dan kawasan sekitarnya melaporkan ttg Bersih 3.0

===============================


BERSIH 3.0 'Tewas' Dalam Menang

E-mail Print
alt
 
KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pihak penganjur BERSIH 3.0 dilihat gagal mengotakan janji apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.
 
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan yang pernah mengadakan pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail didakwa pernah berjanji perhimpunan kali ini akan berlaku dengan aman.
 
Sebelum itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula dari 28 April hingga 1 Mei 2012 dengan alasan  perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
 
Perintah mahkamah yang dikeluarkan ini juga telah diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini yang merujuk Ambiga dan penganjur BERSIH sebagai "Responden".
 
Para penyokong BERSIH 3.0 merempuh benteng yang dibuat selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain termasuk Ambiga tiba.
alt
 
Polis FRU melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.


Dipercayai pada waktu kejadian, 50,000 penyokong BERSIH 3.0 telah membanjiri sekitar Dataran Merdeka.



Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wong Chin Huat telah mengarahkan supaya para penyokong beredar dari sekitar Dataran Merdeka bagi mengelakkkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 
Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.
 
Polis mengusir penyokong BERSIH 3.0 sehingga ke pusat beli belah Globe di Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Puduraya.
 
Sehingga akhir perhimpunan, 20 penunjuk perasaan ditahan setelah merempuh benteng di Dataran Merdeka. Jumlah yang ditahan sehingga jam 6.00 petang ini masih belum diketahui.
 
Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 50,000 penyokong BERSIH 3.0 berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka walaupun mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara.
 
Namun begitu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
alt
 
alt
Dalam satu kejadian lain, perhimpunan yang sepatutnya bertukar aman bertukar menjadi medan para penyokong BERSIH 3.0 merosakkan harta awam termasuk kenderaan pihak polis dan beberapa kenderaan orang awam.
 
Difahamkan para penyokong menterbalikkan kereta polis sebagai tanda protes dimana kejadian tersebut berlaku di sekitar kompleks beli belah Sogo. Satu paparan video dari portal Malaysiakini menunjukkan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh para penyokong BERSIH 3.0
========================

Saya Mengaku Gagal Kawal Penyokong BERSIH 3.0 - Ambiga

E-mail Print
alt


KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

 
Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.
 
"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.
 
"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral sebentar tadi

====================================

Kemaskini: Bersih 3.0 Dikuasai Penyokong Cina

E-mail Print
alt
 
[TERKINI - 12.45 Tengah Hari]
KUALA LUMPUR, 28 Apr - Jumlah penyokong BERSIH 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat  sejak awal pagi tadi.
 
Angka terbaru dan maklumat yang diperolehi oleh KLPOS menunjukkan bilangan penyokong BERSIH 3.0 sudah mencecah hampir 20,000 orang. Tiga kumpulan terbesar datangnya dari arah Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.
 
Maklumat baru yang diperolehi mengesahkan pihak pengurusan Kompleks Sogo telah menutup premis tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
 
Menurut sumber diperolehi KLPOS, majoriti penyokong BERSIH 3.0 kali ini dikuasai oleh orang Cina (hampir 67 peratus) dan dipercayai kebanyakkannya dari badan-badan NGO.
 
Turut kelihatan, beberapa pemimpin utama pembangkang sudah pun menyertai penyokong Bersih, termasuklah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.
 
Kehadiran penyokong BERSIH 3.0 ini mengalami peningkatan secara berperingkat sejak awal pagi tadi.
alt
 
Kemaskini Terdahulu
9.35 pagi -  Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka. Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.



9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta



9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.



10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.


Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.



10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.



10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.



10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.


Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.



10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.



10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.



10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.



10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.



10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.



10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.



9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.



9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.


Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.



9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.



9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.


Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.



9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.



9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup


==============================

Penyokong Semakin Ramai - PDRM Terus Kawal Kawasan Dataran.

E-mail Print
alt
 
KUALA LUMPUR 28 April - Beberapa Kumpulan Penyokong BERSIH 3.0 dilihat sudah mula berhimpun di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek  dan laluan utama persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.sejak awal pagi tadi.
 
Mereka dijangka akan berkumpul sehingga jam 1 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka bagi memulakan perhimpunan tersebut.
 
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah memulakan tugas mengawal laluan masuk ke Dataran Merdeka  susulan perintah larangan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas penganjur Bersih 3.0 dan orang awam, semalam.
 
Pihak PDRM malam tadi juga telah melaporkan beberapa Penyokong yang telah mula berhimpun malam tadi melakukan provokasi dan bertindak menghasut dengan melemparkan penghinaan terhadap anggota petugas yang tiba lewat malam tadi di sekitar kawasan menuju Dataran Merdeka.
 
Tindakan tersebut didakwa PDRM sengaja dilakukan bagi menguji emosi anggota tersebut agar bertindak menyerang mereka dan seterusnya dilihat melakukan keganasan yang mampu mencemar imej Polis.
 
9.35 pagi -  Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.


Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
 
9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta
 
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
 
10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
 
10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.
 
10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.
 
10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.
 
10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.
 
10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.
 
10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.
 
10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.
 
10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.
 
10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
 
9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.
 
9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
 
9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.
 
9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.
 
9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.
 
9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

================================

Terkawal - PDRM

E-mail Print
alt


KUALA LUMPUR
, 28 Apr - Polis Kuala Lumpur melaporkan melalui laman facebook mengesahkan menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan BERSIH 3.0, bagi memberi laluan kepada perarakan penyokong kumpulan itu.
 
Kesesakan jalan yang teruk dilaporkan berlaku di pinggir pusat bandar setelah pihak polis terpaksa menutup jalan dan laluan tertentu.
 
Polis Kuala Lumpur turut melaporkan laluan tesebut ditutup secara berperingkat sejak 6 pagi dan beberapa batang jalan pula dilencongkan.
 
Dalam pada itu, pihak polis turut melaporkan keadaan di sekitar Dataran Merdeka masih terkawal sehingga pukul 2 petang tadi.
 
Setakat ini, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku walaupun hampir 50,000 peserta BERSIH 3.0 mula berarak ke Dataran Merdeka.
 
Polis Kuala Lumpur turut melaporkan akan terus memantau keseluruhan gerakan peserta perhimpunan dan memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak terganggu





No comments: