4.4.12

Sekarang Adalah MUSIM Cabar Mencabar dan Dedah MenDedah!

IKUTI SKETSA INI

1.PERTAMA

Wan Azizah dicabar jelas siapakah wanita dimaksudkan

KUALA LUMPUR 3 April - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail supaya mempertahankan keperibadian Shamsidar Taharin jika benar isteri Timbalan Presiden PKR itu difitnah melalui pendedahan beliau dan Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini.

Dalam nada sinis, Ummi Hafilda turut bertanyakan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu siapa yang dimaksudkannya apabila menyebut 'perempuan sundal dan jalang'.

Beliau berkata, gelaran yang pernah digunakan oleh Wan Azizah itu bukan sesuatu yang rahsia malah kerap digunakan dalam perbualan bersama bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin dan bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.

"Kenapa ketika itu dia sanggup menggelarkan Shamsidar dengan gelaran seburuk itu? Jadi saya cabar Wan Azizah jawab soalan cepu emas ini. Adakah Shamsidar seorang muslimah sejati yang telah difitnah sebegitu zalim?.

============================

KEDUA,

Cabaran Azmin dedah bukti disahut


DOKUMEN pembelian saham kepunyaan Shamsidar dalam tiga syarikat sekitar 1992 hingga 1998.


KUALA LUMPUR 3 April - Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meminta angka yang tepat mengenai pemilikan saham jutaan ringgit yang dikatakan milik beliau dan isteri, Shamsidar Taharin membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Azmin mungkin 'terlupa' mengenai angka yang tepat berhubung jumlah saham beliau dan Shamsidar kerana mereka sudah memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit tetapi rakyat tidak lupa.

Beliau sentiasa bersedia untuk menghilangkan tabiat 'pelupa' Timbalan Presiden PKR itu melalui bukti-bukti sahih transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dan pemilikan akaun RM8 juta atas nama Azmin, Shamsidar serta proksi mereka.


No comments: