Salam,
Saya suka cara ameno world ulas peristiwa kononnya "kereta polis langgar pendemo, cedera, pompuan cina bawah kereta...
Saya tengok pelbagai video yang memaparkan isu yang sama tetapi masih belum berjaya melihat "pompuan cina" tu...
Akhirnya saya jumpa ulasan ini... yang saya kira agak kritikal orangnnya....
(tak kira ianya daripada parti mana tetapi logik dan rasional ada padanya...)
================================
" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "
" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.
Pakcik india potpet2 sambil berjalan 
depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab 
aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih 
maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 
Jadi strategi aku memakai baju putih = 
baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai 
baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect 
sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 
yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.
Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.
Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?
Punca provokasi sebenarnya sebab mereka 
kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde 
kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek
 dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok 
pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid 
jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat 
dia shutdown tadi.
Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia
 mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas 
digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku 
dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar 
citer.
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;
Ini part 1. Yang neh pun dah cukup 
sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal 
langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 
sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. 
Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi 
kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].
Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;
- Ada kon
- Ada batu
- Lampu kereta pecah 
- Kereta kemek
- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.
- Cermin kereta pecah. Baling botol 
air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin
 pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?
Lihat gambar kat bawah neh pula ;
Individu neh secara tidak sengaja di 
langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis 
bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut. 
Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.
Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.
Anak panah merah ialah pembelasah. Anak 
panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab 
dengan dia2 sekali kena tibai. Azri
 juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi 
diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek 
tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti 
bersih.
Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa 
yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g
 belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa 
suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?
Anak panah merah = pembelasah kereta 
polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada 
lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. 
Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman 
yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. 
Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.
Dan diharapkan dengan gambar neh 
penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan 
mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.
Anak panah hijau = penghenti provokasi. 
Anak panah hijau = penghalang / 
pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia 
tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia 
letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada
 dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 
Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;
Ada pendemo bersih yang balon si azri 
neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar 
pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang 
terlanggar plak apa ke hel?
Individu yang baling kon tue = individu 
yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat 
terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah
 kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi 
apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju 
oren tue hah?
Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan 
buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada 
pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini
 sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu 
neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.
Anak panah merah = yang cuba melindungi 
polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau 
menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat
 semudah ABC jek.
Kesimpulannya kat sini ialah ;
1. Aku tak kenal siapa yang buat 
provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka 
biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita 
boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita 
dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh 
bersama2. 
2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai 
pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. 
Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. 
Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 
Oleh kerana dia tatau bahawa kita 
dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun 
yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang 
berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then 
rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah 
pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah 
provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 
Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa 
yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan 
mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda 
terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa 
kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so 
what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB
 gak kot? 
3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu 
lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal 
tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk
 provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa 
pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah 
selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang 
terbuka. 
Ia perkara normal sebenarnya. Selalu 
sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang 
lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah 
sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh
 kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak 
sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah. 
Aku sangat percaya memang wujud sb di 
mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia 
adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan
 kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai 
kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun 
kita tetap boleh terbabas. Renungkan.
Updated ;
Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.
Updated ;
Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.
Updated ;
29 / 4
Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.
29 / 4
Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.
Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq














No comments:
Post a Comment