Sudah Tiba Masanya Apple Melatih Masyarakatnya dan Teamnya Menjadi Kreatif dan Inovatif tanpa kehadiran STEVE JOBS......
+++++++
Apple diramal hadapi era suram tanpa Steve Jobs
2011/08/26
STEVE JOBS menunjukkan iPad baru ketika mengumumkan produk itu di San Francisco, Januari lalu.
Peneraju iPhone, iPad letak jawatan, Tim Cook ambil alih
SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, meletakkan jawatan itu semalam atas alasan beliau tidak lagi mampu meneruskan tugas tetapi akan terus terbabit dalam mengemudi syarikat, salah sebuah firma teknologi paling berpengaruh dunia.

Tetapi, Trip Chowdhry, penganalisis firma Global Equities Research, menyifatkan pendirian Jobs yang benar-benar memastikan produk dikeluarkan bermutu adalah faktor memisahkan Apple daripada syarikat lain.
Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple. - Trip Chowdhry, Penganalisis firma Global Equities Research
Katanya, operasi pengeluaran Apple tidak akan terjejas buat beberapa tahun akan datang tetapi syarikat itu akan mengalami masalah menghasilkan produk pada masa depan.
“Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple, dan Steve Jobs mewakili inovasi. Anda boleh ajar bagaimana untuk jadi berkesan, upah perunding untuk lakukannya tetapi hanya tuhan mencipta inovasi. Apple tanpa Steve Jobs tidak memberi apa-apa makna,” kata Chowdhry.
Tindakannya dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang belum diketahui selepas beliau mengambil cuti bagi tempoh yang tidak dinyatakan sejak Januari lalu. Ketua Pegawai Operasi (COO) Apple, Tim Cook, dinamakan sebagai CEO.
Dalam suratnya kepada lembaga pengarah syarikat dan ‘masyarakat Apple,’ Jobs berkata: “Saya selalu berkata, saya akan beritahu jika saya tidak lagi mampu memenuhi tugas dan harapan sebagai CEO Apple. Malang sekali, detiknya sudah tiba.”
Syarikat itu berkata, Jobs memaklumkan peletakan jawatannya dan menyarankan Cook sebagai pengganti dan peneraju utama.
Apple berkata, Jobs dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah dan Cook salah seorang ahlinya.
Pelabur Apple sudah lama bimbang dengan kesihatan Jobs yang dianggap sebagai ‘tukang tilik industri’ kerana seolah-olah tahu apa yang diperlukan pengguna lebih awal daripada orang lain.
Selepas pengumuman itu, nilai saham Apple jatuh 5.4 peratus dalam urus niaga selepas waktu pejabat.
Pengarang Urusan berita online The Mac Observer, Jeff Gamet, berkata peletakan jawatan Jobs lebih bersifat sentimental dan menjangka ia tidak akan menjejaskan Apple.
“Apa yang dilakukan oleh Apple ialah mengesahkannya dan sekarang Tim mengendalikan hala tuju Apple dan Steve masih terbabit memastikan produk dikeluarkan memenuhi taraf Apple.
“Saya jangka meskipun ramai ketika ini bersedih atau takut kerana Steve tidak lagi menjadi CEO, pada akhirnya semuanya kembali seperti biasa,” kata Gamet.

++++++++++
CEO Apple, Steve Jobs meletak jawatan
2011/08/25
PENGASAS Apple, Steve Jobs berdiri di hadapan foto dirinya dan rakan sejawatnya, Steve Wozniak (kanan) ketika zaman awal pembabitannya sebelum muncul sebagai syarikat kedua gergasi dunia dalam bidang teknologi ketika melancarkan tablet iPad di San Francisco, California pada Januari tahun lalu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pengasas Apple, Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) hari ini selepas sekian lama tercetus spekulasi dia akan berundur berikutan penyakit kanser yang dihidapinya.
Dalam satu kenyataan bertulis, Apple, yang kini muncul syarikat kedua gergasi dunia dalam bidang teknologi, mengumumkan Ketua Bahagian Jualan dan Operasi, Tim Cook akan mengambil alih jawatan CEO.

Bagaimanapun, Jobs terus kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.
“Kepimpinan dan visi Steve yang mengagumkan menyelamatkan Apple sehingga memastikan syarikat berada dalam kedudukan kukuh dan inovatif sebagai syarikat berasaskan teknologi terunggul di dunia," kata ahli lembaga pengarah, Art Levinson dalam satu kenyataan.
“Lembaga Pengarah juga amat yakin dengan Tim sebagai orang paling tepat untuk menjadi CEO kami selepas ini,” katanya.
Tiada sebarang sebab diberikan mengapa Job meletakkan jawatannya tetapi ia berkaitan masalah kesihatan termasuk mengambil cuti sakit yang panjang bagi melakukan pemindahan hati pada 2009.
Malah, kebelakangan ini beliau jarang kelihatan di majlis umum sehingga timbul spekulasi dia bakal meninggalkan syarikat yang dipimpinnnya sejak 1976 itu. - AFP

Saham Apple susut 5.3 peratus ekoran pengunduran Steve Jobs
2011/08/25
NEW YORK: Sebaik pengesahan mengenai peletakan jawatan Steve Jobs sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Apple, saham syarikat itu terus merudum kepada 5.3 peratus selepas beberapa jam didagangkan hari ini.
Saham syarikat pembuat iPhone dan iPad itu merosot AS$356.10 selepas dagangan biasa untuk ditutup pada AS$376.18, berikutan pengumuman mengenai pengasas itu mengundurkan diri.

Meskipun kebimbangan mengenai tahap kesihatan Jobs sejak awal tahun ini sehingga beliau dikatakan tidak mampu mengetuai syarikat, saham Apple masih meningkat berikutan kejayaan hebat dua produknya, iPhone dan iPad, dengan lonjakan 16.6 peratus sejak 1 Januari sehingga pasaran ditutup hari ini.
Apple unggul untuk mengetepikan ExxonMobil sebagai syarikat paling bernilai di dunia dua minggu lalu sebelum kembali semula ke kedudukan nombor dua hari ini dengan nilai AS$349 bilion.
No comments:
Post a Comment