23.8.11

Kenapa MB Selangor Berdusta di Bulan Ramadhan?

Kenapa MB Selangor menceritakan perihal yang begitu kontradik dgn apa yang dimaklumkan oleh Sultan Selangor?

Apakah tekanan yang beliau hadapi? Oleh siapa? Rakan Seperjuangan? Kerana Undi? Atau Pengundi?

Di Bawah adalah penjelasan oleh Istana.........

Sultan Selangor tidak cadang Majlis Penasihat Syura


2011/08/23

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Abdul Khalid, dalam kenyataan akhbar semalam, berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lalu.
Katanya, Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

Mohamad Munir berkata, apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.


Ini, kata Abdul Khalid, bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.


"D.Y.M.M. Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS," katanya.

Oleh yang demikian, Mohamad Munir berkata, isu baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar.

"Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor," katanya. - BERNAMA

No comments: