11.8.11

(NGO) menghadiahkan penyapu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

MB Selangor dapat hadiah penyapu lidi


PENUNJUK perasaan memakai topeng Abdul Khalid (kiri) dan Hasan sambil memegang penyapu dan sepanduk dalam demonstrasi di hadapan bangunan Setiausha Kerajaan Negeri di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan penyapu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama dekat sini, 3 Ogos lalu.

Selain penyapu, kedua-dua NGO itu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) membawa mangkuk tandas, pencuci tandas, penyapu lidi dan batang mop ketika bantahan diadakan di sini semalam.

Kira-kira 30 orang yang berhimpun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mulai pukul 10 pagi itu sambil ada yang memakai topeng wajah Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai tanda sokongan.

Segelintir daripada mereka yang marah dengan sikap Abdul Khalid dan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Abdul Samad pula memakai topeng tanduk berwajah kedua-dua individu itu.

Bagaimanapun kesemua peralatan membersih tersebut akhirnya terpaksa dibawa pulang selepas tiada wakil daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu muncul untuk mengambilnya.

Setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff berkata, pihaknya memuji tindakan berani JAIS yang melakukan pemeriksaan ke atas gereja berkenaan selepas mendapat laporan berhubung ada usaha untuk memesongkan akidah umat Islam.

No comments: