21.8.11

BAHAYA Guna Telefon Masa Hujan Gerimis Di Luar Rumah

Salam,

Bahaya menggunakan telefon bimbit di luar rumah ketika Hujan Gerimis, Mendung Nak Hujan, Kilat sedang menyambar, Guruh... kerana...

1. Telefin bimbit adalah satu alat elektronik yang mgalirkan aliran elektrik.
2. Tahap radiasi yang menarik getaran elektrik ke arahnya.
3. Padanya tiada pendawai bumi jadi andalah sebagai penggantinya.....
4. Penggunaan bawah binaa besi/zink lagi merbahaya kerana anda menjadi sebagian daripadanya.....

BERHATI-HATILah!...... kalau ada panggilan masuk, jangan jawab (walaupun orang tersayang yang telefon), HANYA SMS kpdnya dgn menyatakan...ada kilat n guruh... tak leh nak jawab by calls.

=====================

Maut kena petir waktu guna telefon

Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.


TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.

No comments: