31.5.11

PRO and Contra Dalam Taariiif Elektrik Baru - Mei 2011




PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.

Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.

Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.

Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.

“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.

“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.

“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.

Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:

* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan

================================

Tarif baru elektrik
Oleh Johari Ibrahim, Norfatimah Ahmad dan Sazarina Shahrim

2011/05/31

pix_gal0
4.4 juta pengguna domestik tak terlibat semakan kadar tenaga

PUTRAJAYA: Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.
Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar.

Mereka akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan antara tujuh sen hingga RM30.30 atau 0.1 peratus hingga 10 peratus.

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.

"Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini semalam.

Fah Kui juga menjelaskan pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

"Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kWj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan," katanya.

Menjawab soalan, beliau menolak andaian bahawa semakan tarif akan menguntungkan Stesen Tenaga Bebas (IPP) dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat IPP seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh PETRONAS untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Mengenai kemungkinan semakan tarif akan melonjakkan kadar inflasi, Fah Kui berkata kajian mendapati ia hanya akan meningkat 0.27 peratus kadar inflasi.

"Kenaikan kadar inflasi itu dianggap minimum kerana kurang daripada satu peratus," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menetapkan sebanyak satu peratus daripada kutipan bil elektrik bulanan yang melebihi 300 kWj disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu bagi menampung kos tinggi penjanaan elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui oleh pemaju bebas atau individu.

INFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB
  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)

  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap

  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan

  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri

  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.


Kerajaan Prihatin
  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung
Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Azizah Zulkifli

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Saatijh
Salam utk rakyat Malaysia.
Akhirnya naik juga takrif elektrik. Saya berpendapat ada sedikit tekanan kepada rakyat yang mempunyai anak ramai tambahan lagi yang tinggal di rumah kos murah dan kawasan bandar. Dengan kenaikan itu menambahkan beban pebelanjaan sedangkan kenaikan harga barang begitu melambung. Saya rasa konsep RAKYAT DIDAHULUKAN tidak wujud sepenuhnya. Besar harapan rakyat supaya kerajaan menimbangkan semula takrif kenaikan tersebut. Kalau saya sekarang menanggung +-RM120 sebulan bayangakan kalau dengan kenaikan.

aizat
kenaikan tarif elektrik memang tidak dapat dielakkan lagi kerana harga bahan api yang tidak menentu di pasaran dan sumber yang makin berkurangan. harap semua dapat menerima dengan hati yang terbuka. terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana masih mengekalkan pemberian elektrik percuma kepada pengguna yang bilnya di bawah RM20. ramai yang telah mendapat manfaat dari usaha murni kerajaan ini. terima kasih banyak-banyak kerajaan malaysia.

==========================================



No comments: