19.5.11

KENAPA nak Bunuh Diri...Bukankah Rahmat Allah berada di mana-mana?

Membunuh diri adalah satu kelaziman bagi masyarakat Cina, India, Jepun dan Korea...

Bagi Islam itu adalah perbuatan yang terkutuk malah hukuman di akhirat amat pedih dimana pelaku akan melakukan aksi bunuh diri itu berpanjangan di alam sana....mati...dihidupkan semula...bunuh diri pula...dihidupkan semula...bunuh diri pula....(azabnya org bunuh diri ini)

Bagi Muslim, setiap ujian yng menimpa, di situ adanya rahmat Tuhan kerana sifat Ar=Rahman dan Ar=Rahimnya...hanya yg perlu ialah sebuah pencarian......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Detik-detik cemas wanita mahu bunuh diri


LEHER wanita itu sempat ditarik daripada jatuh oleh seorang pegawai tempatan.


CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.

Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.

Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa. - Agensi


No comments: