26.5.11

KEBOCORAN PADA SISTEM KEMASUKAN PENDATANG ASING KE MALAYSIA

BUKAN NAK MENGATA TETAPI ITULAH HAKIKATNYA...

Laporan sejak semalam menggambarkan bahawa pegawai kita boleh dijual beli utk memasuk atau mengeluarkan pendatang asing ini....seolah-olah TIADA Integriti dan Meritokrasi.... walaupun sebahagian kecil melakukannya tetapi IMPAKnya pada seluruh jabatan dan negaraamnya.....

Sedih!... dengan kebocoran ini....

++++++++++++++++++++++++++++

011/05/26

MUKA depan Berita Harian semalam.
MUKA depan Berita Harian semalam.
Warga emas, wanita Indonesia dalang proses dokumen ditahan

SEREMBAN: Pendedahan Berita Harian mengenai kegiatan pengeluaran pas pekerja palsu kepada warga asing dengan harga RM1,000, mendapat tindakan segera pihak berkuasa apabila pengarah syarikat dipercayai dalang kegiatan itu dan seorang wanita Indonesia ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Emas, Senawang, semalam.

Penahanan lelaki berusia 70-an dan wanita lingkungan 30-an itu dilakukan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 10 pagi. Kedua-duanya dijangka direman hari ini

khbar ini semalam mendedahkan kegiatan haram sebuah syarikat berlatarbelakangkan perniagaan pembekalan dan penyediaan pekerja asing yang beroperasi sejak 1999, mendakwa mendapat kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan pas pekerja yang sah selama setahun dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit.

Syarikat itu turut menyediakan pakej lengkap membabitkan perkhidmatan penghantaran pulang pekerja asing dengan bayaran RM1,200, tidak termasuk tiket kapal terbang yang dibelikan majikan.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, SPRM menyerbu pejabat di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu kira-kira jam 10 pagi, ketika ia baru memulakan operasi.
“SPRM menahan pengarah syarikat dan seorang wanita Indonesia untuk siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati sejak Januari lalu, syarikat itu sudah mengeluarkan lebih 500 pas pekerja yang nilainya mencecah RM500,000.

“Lelaki berkenaan masih ditahan di lokap SPRM negeri dan dijangka direman esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ketika serbuan, lelaki berkenaan sibuk mengendalikan permohonan wanita Indonesia untuk mendapatkan pas pekerja palsu itu.

“Mungkin pejabatnya baru dibuka untuk pelanggan pagi semalam, menyebabkan hanya dia saja yang berada di pejabat ketika itu. Malah, tiada kakitangannya yang hadir bekerja menyebabkan pengarah syarikat itu yang menguruskan permohonan wanita itu,” katanya.

Sumber itu berkata, SPRM juga merampas beberapa dokumen, komputer dan peralatan laminasi yang digunakan untuk menghasilkan pas pekerja palsu itu.

Katanya, SPRM tidak menolak kemungkinan syarikat berkenaan meraih keuntungan mencecah jutaan ringgit sejak mula beroperasi.

Mengenai penggunaan nama Undang Luak yang didakwa lelaki itu memberi kebenaran menggunakan cop rasminya, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang, Datuk Jemal Kasim, berkata pihaknya akan membuat laporan polis kerana semua Undang Luak tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kaitan dengan urusan pekerja asing.

“Tindakan syarikat itu mengaitkan nama Undang Luak di negeri ini dalam proses pengeluaran pas pekerja asing palsu itu sebagai usaha licik untuk memperdayakan masyarakat,” katanya.

Dalam dokumen pengenalan diri pekerja asing yang dikeluarkan syarikat terbabit, cop Y.T.M. (Yang Teramat Mulia) Dato Kelana Putra, iaitu gelaran Datuk Undang Luak Sungai Ujong digunakan pada pas berkenaan.

Selain itu, turut dicatatkan `Salasilah Keturunan Pembesar Sg Ujong/Jelebu/Rembau/Johol' yang merujuk kepada Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol.

No comments: