Ahlan Wasahlan...

Jawatan Kosong Untuk Gadis Bawah 27 Tahun

Minuman Kesihatan dan Kekuatan

Minuman Kesihatan dan Kekuatan
Belum Cuba ..Belum Tahu... Cuba dulu baru tahu..

Kedai Komuniti Bernas-save more-semalam kata nak jual-hari ini kata nak struktur semula?

Save More distruktur semula


Bakry Hamzah


KUALA LUMPUR 20 Mei - Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) sedang dalam proses penstrukturan semula operasi rangkaian kedai komunitinya, Save More bagi meningkatkan kecekapan supaya lebih kompetitif.

Langkah ini diambil berikutan terdapat perubahan hala tuju perniagaan Save More terutamanya dalam memperkenalkan konsep baharu bidang peruncitan yang menghadapi persaingan lebih mencabar, kata Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah.

''Konsep baharu ini akan terus mengekalkan beras sebagai produk utama yang ditawarkan di samping memperkenalkan produk-produk serta perkhidmatan tambah nilai yang inovatif,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Bakry berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyatakan Bernas kini berada dalam proses menutup kesemua 27 buah cawangan Kedai Komuniti Save More selepas beroperasi sejak 2009.

Bakry berkata, penubuhan Save More adalah sebagai salah satu saluran untuk membekalkan beras subsidi kerajaan kepada rakyat sebagaimana yang telah disarankan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani krisis beras pada tahun 2008.

Beliau menjelaskan, berikutan daripada beberapa perkembangan yang berlaku di peringkat Kementerian Pertanian, Bernas tidak lagi dipertanggungjawabkan sebagai pembekal utama beras subsidi kerajaan kepada rakyat.

Sebaliknya, Kementerian Pertanian akan menyalurkan beras subsidi kerajaan terus kepada golongan yang layak menerima beras tersebut melalui program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR).

Di peringkat BERNAS pula, kata Bakry, penambahan pegangan ekuiti di dalam syarikat Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine) daripada 51 peratus kepada 61 peratus telah memberi alternatif kepada BERNAS bagi memastikan bekalan beras mencukupi serta menjamin kestabilan harga.

''Syarikat Jasmine sehingga kini mempunyai 7,500 rangkaian pengedar di pasaran,'' ujarnya.

Tambah Bakry, BERNAS juga merancang menjalin hubungan strategik dengan beberapa rakan niaga yang lain untuk mengukuhkan lagi rangkaian pengedarannya yang dijangka berjumlah 25,000.

Beliau berkata, langkah ini adalah lebih menyeluruh dan bertanggungjawab dalam menangani sebarang masalah terutamanya ketika berlaku sebarang krisis bekalan pada masa hadapan.

No comments: