PELAJAR agama Pakistan berkumpul di depan rumah tempat Osama dibunuh, di Abbottabad, semalam.
ISLAMABAD: Al-Qaeda semalam mengesahkan pemimpinnya, Osama bin Laden mati, sekali gus menghapuskan kekeliruan berhubung kematiannya.
Kumpulan itu juga berikrar untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Barat berikutan pembunuhan Osama dalam serangan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan, Ahad lalu.
Pengumuman itu, yang berikrar untuk menyiarkan perutusan Osama yang dirakam sebelum ini, dijangka melenyapkan keraguan yang disuarakan oleh beberapa pihak mengenai kematiannya.
Dalam kenyataan dalam talian menerusi laman Internet yang sering digunakan oleh kumpulan pejuang Islam, ia berkata, ‘darah Osama lebih berharga kepada kami dan kepada setiap umat Islam.’ “Insya Allah, ia akan kekal menghantui Amerika dan konconya, baik di dalam mahupun di luar negara mereka,” katanya. Sehubungan itu, al-Qaeda menggesa rakyat Pakistan bangkit menentang kerajaan mereka sebagai jalan untuk ‘membersihkan’ negara itu berikutan pembunuhan Osama serta ‘kekotoran’ yang dibawa oleh Amerika.’ “Sebelum Sheikh (Osama) meninggal dunia dan sebelum beliau boleh berkongsi dengan negara Islam kegembiraan revolusinya dalam berdepan dengan penindas, beliau merakam ucapannya, mengucapkan tahniah dan nasihat. “Ia akan disiarkan tidak lama lagi, Insya Allah,” kata kumpulan itu.
“Kami memberi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak mengapa-apakan mayat Sheikh (Osama) atau melayannya secara buruk atau mengancam anggota keluarganya, baik yang sudah mati atau yang masih hidup, dan menyerahkan mayat mereka kepada keluarga mereka,” katanya.
Pegawai Amerika sebelum ini berkata, mayat Osama dikebumikan di laut. - Reuters
===========================
ISLAMABAD: Seorang daripada tiga isteri Osama bin Laden berkata, dia tidak pernah meninggalkan tingkat atas rumah yang menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda itu sepanjang enam tahun menetap di situ.
Wanita warga Yaman, Amal Ahmed Abdulfattah berkata demikian kepada pegawai perisik Pakistan yang menyoal siasatnya.
Amal dan dua isteri Osama ditahan pasukan keselamatan Pakistan berikutan serangan terhadap kediaman Osama di bandar Abbottabad Ahad lalu.
Pihak berkuasa Pakistan juga menahan lapan atau sembilan anak pemimpin al-Qaeda itu setelah komando elit Amerika meninggalkan rumah berkenaan. Turut ditemui di rumah terbabit selepas serangan itu ialah mayat tiga lelaki.
Kenyataan ketiga-tiga isteri Osama itu akan membantu mendedahkan bagaimana Osama menghabiskan masa dan bagaimana beliau mengelak daripada ditangkap sepanjang tinggal berhampiran sebuah akademi tentera.
Kenyataan mereka juga penting dalam mendedahkan operasi tentera Amerika di situ.
Seorang pegawai Pakistan berkata, pegawai CIA tidak dibenarkan menemui semua wanita berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai perisikan Pakistan terbabit tidak memberitahu sama ada Amal yang cedera di kaki dalam operasi itu turut mengesahkan Osama tinggal di rumah itu sejak 2006.
“Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka,” kata pegawai yang enggan dikenali itu.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan perisikan berkata, Osama berdepan dengan masalah kewangan pada hari-hari terakhirnya dan al-Qaeda berpecah kepada dua dengan kumpulan yang besar dikuasai oleh Ayman al-Zawahri.
Pemimpin al-Qaeda itu tinggal di Abbottabad tanpa sebarang pengawal. Pengikutnya juga tidak berada di kawasan berhampiran untuk membantu mempertahankannya. - Agensi.
==================================
LONDON: Sumber keselamatan Amerika Syarikat semalam berkata, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengintip Osama bin Laden selama beberapa bulan dari dalam rumah persembunyiannya sendiri.
Dalam satu daripada operasi perisikan paling rumit dalam sejarah CIA, perisik dilaporkan berpindah ke sebuah bangunan berhampiran kediaman Osama untuk mengenal pasti pola hidup pemimpin al-Qaeda itu.
Disebabkan operasi berkenaan terlalu rumit, CIA terpaksa mendapatkan kelulusan Kongres bagi memperoleh pembiayaan bernilai berpuluh juta ringgit.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan jumlah ejen yang terbabit dalam operasi mengintip itu, tetapi mengakui ia sangat sukar.
Katanya, Osama pasti melarikan diri serta-merta sebaik saja mengesan ada sesuatu yang mencurigakan berhampirannya.
“Perisik terbabit menggunakan segala kaedah yang ada untuk mengumpul maklumat, termasuk melalui warga Pakistan, imej satelit, gambar dan alat curi dengar,” katanya.
Sumber itu berkata, Osama sangat mahir menyembunyikan diri sehingga CIA mengagumi komitmennya mengelak dikesan.
“Anda perlu memuji kepintaran Osama,” katanya.
Mengenai premis yang menjadi pusat pengintipan CIA itu, sumber berkenaan berkata, ia tidak terbabit dalam operasi membunuh Osama dan ia kini ditutup.
“Bagaimana CIA boleh berpindah ke pusat operasi rahsia itu samalah dengan kemampuan Osama berjaya bersembunyi di bangunan berkenaan tanpa disedari sesiapa,” katanya.
Abbottabad bukan kubu pengganas seperti Quetta atau Peshawar, sebaliknya bandar itu sering dijadikan tempat percutian.
Keadaan itu menjadikan kadar populasi di Abbottabad sentiasa berubah dan ia memudahkan ejen CIA menyelinap masuk. - DM.
WASHINGTON: Presiden Barack Obama semalam menemui anggota komando tentera Amerika Syarikat yang melancarkan serangan di Pakistan dan membunuh orang paling diburu negara itu, Osama bin Laden.
Pertemuan dengan sebahagian anggota operasi itu berlangsung di pangkalan tentera Fort Campbell di Kentucky.
Obama mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Ia langkah terbaru Obama untuk meraikan kematian Osama. Beliau sebelum ini memberi penghormatan kepada mangsa serangan 11 September dengan meletakkan kalungan bunga di Ground Zero di New York. - AP.
=====================================
LOS ANGELES: Perkahwinan diraja Britain menjadi satu daripada 10 berita utama pada abad ke-21 ini, tetapi ia mula disuramkan dengan laporan pembunuhan Osama bin Laden.
Kajian Global Language Monitor menunjukkan, kurang seminggu selepas Presiden Barack Obama mengumumkan kematian Osama, berita pemimpin al-Qaeda itu disebut dalam lebih 81 juta kali dalam media cetak dan elektronik di seluruh dunia, selain di rangkaian laman sesawang sosial serta Internet.
Menurut agensi itu, berita kematian Osama kini adalah yang ketiga paling diikuti dalam abad ini. Sebaliknya, perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton pada 29 April lalu berada di tempat kelima dengan 63 juta petikan di seluruh dunia.
====================
Di WASHINGTON, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadikan sebuah rumah di Abbotabad, Pakistan sebagai pusat pengintipan terhadap Osama bin Laden selama beberapa bulan untuk memburu dan membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut.
Menurut akhbar Washington Post memetik laporan pihak berkuasa AS, rumah tersebut menjadi markas bagi pengumpulan maklumat risikan yang menggunakan pemberi maklumat rakyat Pakistan dan lain-lain untuk membentuk 'corak kehidupan', potret penghuni dan kegiatan harian di kawasan kediaman di mana Osama dikesan,'' kata pegawai.
Usaha pengintipan dipertingkatkan selepas kawasan itu ditemui Ogos lalu dan mendorong CIA memohon kelulusan Kongres untuk menyusun semula peruntukkan dana bernilai berpuluh-puluh juta dolar dari bajet agensi lain untuk membiayainya.
Antara usaha-usaha yang dijalankan ialah menggunakan teknik pengimejan melalui satelit dan merakam suara penghuni di dalam kediaman tersebut.
Laporan tersebut berkata, rumah intipan itu tidak digunakan semasa serbuan oleh pasukan pembunuh elit AS pada Isnin lalu yang membunuh Osama.
''Tugas perisikan telah lengkap dan ia adalah giliran tentera pula untuk menghapuskan sasaran (Osama),'' kata Post yang memetik pegawai AS. - Reuters
(CIA menggunakan konsep profailing dalam mengumpul data)
=======================
Al-Qaeda sahkan kematian
2011/05/07
Kumpulan militan 3 negara janji balas dendam pembunuhanISLAMABAD: Kumpulan al-Qaeda semalam mengesahkan ketuanya, Osama bin Laden.
Dalam satu kenyataan disebarkan secara online, al-Qaeda berkata: “darah Osama bernilai kepada kami dan seluruh umat Islam dan tidak akan disia-siakan begitu saja.”
Kumpulan itu menggesa rakyat Pakistan untuk bangun menentang kerajaan mereka bagi membersihkan negara itu daripada rasa malu yang dibawa oleh serbuan dan pembunuhan Osama (di Pakistan) dan ‘kekotoran Amerika yang menyebar rasuah.’
“Sebelum sheikh (Osama) meninggal dunia dan sebelum beliau dapat berkongsi dengan negara Islam kejayaan revolusi dibawanya, beliau sempat merakamkan pesanan tahniah dan nasihat yang akan kami siarkan, insya-Allah.”
“Kami memberi amaran kepada Amerika agar tidak merosakkan jenazah sheikh atau mendedahkannya kepada penghinaan atau untuk mengancam mana-mana anggota keluarga beliau yang mati atau hidup dan kami menggesa jenazahnya diserahkan kepada keluarga.”
Washington sebelum ini berkata, mayat Osama sudah disemadikan di dalam laut.
Kumpulan militan di selatan Pakistan juga berjanji untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Osama. Taliban di Afghanistan dan kumpulan pemuda di Indonesia turut membuat ancaman sama.
Sementara itu, seorang daripada isteri Osama, Amal Ahmed Abdulfattah, memberitahu penyiasat Pakistan, suaminya itu sudah menetap selama lima tahun di rumah yang diserbu pasukan elit tentera Laut AS, SEAL yang membunuh pemimpin al-Qaeda itu, Ahad lalu. – Reuter.
Penyiasat PBB minta AS dedah lebih banyak gambar
2011/05/07
GENEVA: Penyiasat bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap pembunuhan di luar undang-undang menggesa Amerika Syarikat (AS) mendedahkan lebih banyak lagi maklumat mengenai serbuan terhadap rumah persembunyian Osama bin Laden di Pakistan bagi membolehkan pakar menilai pembunuhan beliau.Profesor undang-undang Afrika Selatan, Christof Heyns dalam satu kenyataan berkata Washington perlu mendedahkan fakta sokongan bagi membolehkan penilaian dibuat sama ada serbuan itu mematuhi standard undang-undang hak asasi kemanusiaan antarabangsa.
Heyns berkata adalah penting untuk mengetahui sama ada operasi itu turut membabit rancangan untuk menangkap Osama hidup-hidup dan bukan semata-mata untuk membunuhnya.
Washington mendakwa serbuan itu adalah sah di sisi undang-undang AS dan antarabangsa.
Sementara itu pegawai AS dalam satu pendedahan yang akan terus memalukan dan menjejaskan hubungan Washington dan Islamabad dan agensi risikan negara terbabit, mendakwa Agensi perisikan Pusat (CIA) membuat pemantauan secara rapi ke atas rumah persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan dari sebuah rumah berhampiran yang digunakan oleh agensi itu sebagai pusat operasinya sebelum melancarkan serbuan oleh pasukan elit tentera laut AS, SEAL yang membunuh pemimpin Al-Qaeda itu Ahad lalu.
Pegawai AS terbabit yang dipetik Washington Post berkata rumah berhampiran yang digunakan sebagai pusat operasi CIA itu adalah pangkalan bagi pengumpulan risikan yang bermula selepas rumah persembunyian Osama dikesan Ogos lalu.
CIA meminta Kongres memperuntukkan berpuluh juta dolar bagi membiayai pusat operasi terbabit.
“Tugas CIA adalah untuk mencari dan melengkapkannya,” lapor Post yang memetik seorang pegawai AS.
Amerika SS lain New York Times risikan diperoleh dari fail komputer dan dokumen yang dirampas dari tempat Osama mendapati beliau merancang serangan al-Qaeda selama beberapa tahun dari bandar Pakistan itu dan mungkin merancang satu siri serangan terhadap perkhidmatan kereta api di AS tahun ini sempena ulang tahun ke 10 serangan 11 September 2001 (9/11).
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan Pakistan mendakwa tentera AS membunuh pemimpin al-Qaeda tidak bersenjata itu tanpa ‘belas kasihan’.
Seorang pegawai AS mengakui Osama tidak bersenjata apabila ditembak di kepala selain pengebumian mayat beliau di laut adalah jarang dalam amalan Islam, yang turut mengundang kritikan di dunia Arab dan Eropah di mana ada yang memberi amaran untuk melakukan serangan balas. – AP/Reuter.
========================================
No comments:
Post a Comment