12.12.10

Bukti Daripada Kitab Syiah...Thnx To Darulkautsar.net

Syi’ah- Abu Bakar Dan Umar Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia







Terjemahan
Syi’ah: Abu Bakar Dan Umar Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia
Hannan daripada ayahnya daripada Abi Ja’far a.s. (Muhammad al-Baqir), katanya (perawi iaitu ayah Hannad): saya berkata kepadanya: “Apakah anak-anak Ya’kub itu adalah nabi-nabi? Beliau (Abu Ja’far) menjawab: “Tidak! Tetapi mereka adalah keturunan anak nabi-nabi. Mereka tidak meninggalkan dunia kecuali dalam keadaan bahagia, bertaubat dan mengingati apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya syaikhain (dua orang syaikh. Maksud syaikhain di dalam kitab-kitab Syi’ah ialah Abu Bakar dan Umar) telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak mengingati apa yang mereka berdua lakukan terhadap Amir al-Mukminin (Ali) a.s.. Maka la’nat Allah, malaikat dan sekalian manusia ditimpakan keatas mereka berdua”.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 246)
Kesimpulan:
Ø Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. telah melakukan kezaliman terhadap Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat di atas dosa tersebut.
Ø Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. dila’nat oleh Allah, malaikat-malaikat dan sekalian manusia.

No comments: