Berita Harian.
PUTRAJAYA: Empat teras yang dicadangkan dalam Laporan Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan semalam, mampu mewujudkan satu lonjakan besar yang dapat mentransformasikan ekonomi dengan lebih bermakna dan mapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) itu jika dilaksanakan secara bersepadu dan selaras, berupaya memberikan impak lebih berkesan sekali gus mengubah ekonomi dan kehidupan rakyat dengan lebih baik
Beliau berkata, pelaksanaan teras berkenaan juga mampu membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020 dan menangani cabaran pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan.

Katanya, teras MBE yang pertama ialah mewujudkan persekitaran yang berdaya saing, mapan dan inovatif yang dapat mencergaskan semula pelaburan swasta.
Bagi mencapai matlamat itu, Malaysia perlu meneruskan program liberalisasi ekonomi secara terurus kerana langkah itu dapat memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan dan menggalakkan firma tempatan bersaing di peringkat global," katanya ketika melancarkan Laporan Akhir MBE, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi MPEN, Tan Sri Amirsham A Aziz.
Najib berkata, teras kedua MBE adalah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan tenaga kerja yang berkualiti antaranya dengan mewujudkan kumpulan pakar bagi memodenkan dan menyelaraskan undang-undang dan peraturan buruh supaya konsisten dengan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa.
Teras ketiga pula, katanya, berkaitan keperluan mentransformasikan kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) bertumpu kepada isu sosio-ekonomi manakala SRI (Inisiatif Pembaharuan Strategik) MBE mengenai Transformasi Kerajaan lebih fokus kepada aspek ekonomi yang penting dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam sebagai penggerak ekonomi utama.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, teras keempat MBE, mengenai keterangkuman dan keperluan merapatkan jurang bagi membolehkan rakyat menikmati pertumbuhan dan kemakmuran, antaranya dengan meneruskan program bantuan sosial tambahan bagi keperluan pengangkutan dan perumahan.
Adalah penting bagi perpaduan sosial, keharmonian dan kestabilan wujud bagi membolehkan pertumbuhan berlaku, kerana tanpa pertumbuhan, tiadalah pembahagian kekayaan, katanya.
Beliau berkata, cadangan empat teras berkenaan untuk menangani lapan isu dan cabaran ekonomi semasa dan masa depan.
Katanya, antara isu dan cabaran yang mesti ditangani termasuk memperbaiki kelemahan jentera pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menjadi semakin perlahan walaupun sebelum krisis ekonomi global pada 2008.
Kita juga mengenal pasti keperluan menangani undang-undang dan peraturan lapuk mengenai menjalankan perniagaan yang didapati tidak mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi menarik pelaburan, katanya.
Najib berkata, pada masa sama, kerajaan akan memastikan teras yang digariskan bagi menangani cabaran kelemahan ekonomi itu dapat dipercepatkan pelaksanaannya menerusi langkah yang dilaksanakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau berkata cabaran lain ialah momentum pertumbuhan pelaburan swasta yang lembap sejak sedekad lalu; kekurangan insentif dan usaha pengguna-an teknologi tinggi di kalangan perusahaan tempatan; tahap pelaburan yang amat rendah dalam kegiatan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Selain itu, amalan pengurusan modal insan yang usang menyebabkan kesukaran membangunkan dan mengekalkan bakat yang diperlukan bagi menggerakkan ekonomi ke hadapan, pasaran buruh yang tidak berfungsi sepenuhnya yang menghalang pertumbuhan aktiviti menyebabkan kebanyakan pekerja masih kekal dalam pekerjaan kemahiran rendah dan bergaji rendah
Cabaran lain, sistem kawalan harga dan pemberian subsidi menghasilkan ketidakcekapan dan memperuntukkan sumber kepada golongan tidak sepatutnya; dasar pengagihan yang berjaya mengeluarkan ramai dari kemiskinan tetapi pelaksanaannya mewujudkan masalah membantu golongan yang tidak menyumbang kepada peningkatan nilai ekonomi.

No comments:
Post a Comment