3.6.09

VITAMIN C BERASAP?

Sempena Hari Tembakau Sedunia, mari kita lebih mengenali Rokok atau lebih dikenali di kalangan trainer sebagai Vitamin C Berasap ini.

Sejarah Rokok
Pakar Perunding Kardiologi dan Pengarah Klinikal Pemulihan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim menceritakan bagaimana rokok mula diperkenalkan sebagai ubat asma, alahan dan nafas berbau pada awal abad ke-20.

"Pada awalnya, para doktor sendiri mengesyorkan rokok untuk bermacam jenis penyakit pada 1920-an dan 1930-an. Bagaimanapun, dengan penemuan risiko dan kesan rokok, doktor mula menolak amalan merokok," katanya.


Kesan Rokok Yang Sungguh Tragis!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 100 juta maut sepanjang abad ke-20 akibat penggunaan tembakau dengan jangkaan lebih 1 bilion lagi akan mati sepanjang abad ke-21 jika jumlah perokok kekal, atau semakin bertambah dengan perokok muda.

Kini, dianggarkan seorang perokok (atau perokok pasif) meninggal dunia setiap 6 saat akibat penyakit berkaitan tembakau. Sebanyak 5.4 juta menemui ajal setiap tahun akibat tembakau, jauh lebih banyak daripada jumlah bersama maut akibat tibi, HIV, malaria, kemalangan, dadah atau pembunuhan.

Sedihnya kita kat Malaysia nie...kerana
"tabiat merokok di Barat mengalami penurunan mendadak, bilangan perokok di negara membangun seperti di Asia dan Malaysia pula makin meningkat"

"Dengan lebih 4,000 bahan kimia serta 250 bahan toksin dan juga karsinogen (penyebab kanser) dalam tembakau, tidak menghairankan enam daripada lapan punca kematian utama dunia berkaitan dengan tembakau,"

Secara umumnya, merokok meningkatkan risiko serangan jantung dua kali ganda, kematian mengejut akibat penyakit jantung (empat kali ganda) dan strok (tiga kali ganda). Merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 20 kali ganda dan menjadi punca 90 peratus kanser paru-paru dan 75 peratus penyakit sumbatan pulmonari kronik (COPD).


Kasihan kat Badan kita kerana kezaliman kita apabila merokok.... kenapa ye?
"Badan memerlukan 15 tahun untuk membuang sepenuhnya toksin tembakau dari dalam badan. Berhenti merokok juga dilihat jauh lebih berkesan daripada ubat atau senaman untuk meningkatkan kesihatan diri."Lebih banyak manfaat dapat dinikmati jika perokok berhenti dengan segera, sebelum berlaku kerosakan kekal dan ketagihan tegar,"

Rokok adalah Wadah Untuk Kematian Cepat Di Malaysia
Kajian mendapati komplikasi akibat merokok adalah punca kematian 10,000 rakyat Malaysia setiap tahun. Jika dipecahkan mengikut etnik menunjukkan 55.6 peratus membabitkan orang Melayu, Cina (34 peratus) dan India (33 peratus).

Angka itu tidak begitu menghairankan kerana pada 2002, WHO pernah menyifatkan Malaysia sebagai negara yang mempromosikan merokok secara tidak langsung. Ini berikutan statistik 1997 yang memperlihatkan pengiklanan jenama rokok mencecah hingga AS$90 juta manakala pada 2000, dua firma rokok saja mengeluarkan kos pengiklanan mencecah AS$40 juta.

Kayanya Rakyat Kita
Persatuan Perubatan Malaysia bertajuk “Action on Smoking and Health” melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka menghisap rokok hampir 10 batang sehari.

Laporan itu juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion.

Kesan Rokok Pada Generasi Akan Datang
Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok individu, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang. Antara contoh yang perlu diberi perhatian adalah seperti di bawah:
  • Satu kajian yang dijalankan di kalangan 5,000 lelaki Cina menunjukkan bahawa 60 peratus daripada mereka yang merokok lebih daripada sekotak sehari berkemungkinan mengalami disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang tidak pernah merokok.

  • Wanita yang merokok lebih berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengandung, komplikasi ketika hamil dan risiko keguguran yang lebih tinggi.

  • Satu kajian dijalankan di Pusat Biologi Perinatal di California menemui bukti bahawa wanita yang terus merokok ketika hamil memberi kesan negatif pada jantung janin.

  • Menurut kajian yang dijalankan di Finland mendapati asap daripada rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Circulation, membabitkan 400 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun. Selain itu, asap daripada rokok juga menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan dan masalah telinga. Serangan penyakit itu lebih teruk dan kerap di kalangan kanak-kanak yang menghidap asma.

    Semua ini menunjukkan kesan rokok bukan terbatas kepada generasi semasa, tetapi harus ditanggung oleh generasi yang akan datang. Malah, WHO menganggarkan bahawa ketagihan tembakau akan membunuh kira-kira 10 juta orang setahun menjelang 2020, dengan 70 peratus kematian berlaku di negara membangun.

  • No comments: