16.6.09

Singa Di Zoo Kecoh Lagi!







AlKisah di sebuah taman "animal" yang lebih dikenali dengan nama "Zoo"... diadakan satu perjumpaan tergempar di antara penjaga dengan ke semua 11 Singa-singa yang dibela.
Ada singa yang dah lama kat zoo, ada yang pertengahan lamanya dan ada yang baru aje berada.

Perbincangan kali ini membincangkan secara sehala tentang keadaan kegawatan ekonomi dengan kelembapan kehadiran pengunjung di taman zoo.

Akibat daripada itu, pendapatan semakin berkurangan sedangkan perbelanjaan setiap bulan tetap sama. Makanan untuk singa-singa tetap sama, kebersihan sangkar tetap sama dan perlbagai lagi perbelanjaan yang perlu dibayar.

Perbincangan ini sedikit beremosi kerana penjaga singa-singa ini mengakui akan kelemahan dari pelbagai dimensi diri.
Kenapanye? Itulah yang akan diperbahaskan oleh singa-singa yang handal nanti.....

Semasa ucaptama penjaga singa, didapati ada singa yang asyik menguap-guap, ramai pula yang sekadar menundukkan diri, ada singa yang terasa boring, ada singa yang terlentuk sendirian, ada singa yang mula berfikiran kreatif kerana merasakan susunan ayat yang diluahkan pernah didengari....."di mana ye.....", ada singa yang menggosokkan muka dan mata, ada singa yang berair mata...dan pelbagai reaksi spontan yang dipersembahkan.

Antara intisari ucapan penjaga singa khas buat singa-singa di zoo yang ingin berfikir panjang atau "long term thinking" - kata orang puteh supaya sedar....sedarkan diri....."tempat anda bukan selamanya di sini tetapi bebas dan mekar di dalam hutan sana - hutan yang tebal dan penuh cabaran tersendiri atau mengikuti jejak sang singa sebelum ini..... kini.... hidup bebas mengendalikan diri sendiri....".

Antara ucapan itu ialah

1. Si Penjaga Singa mempu hidup sendiri dengan menjana kewangan sendiri.. kalau untuk keluarganya mudah sekali.... potensi hidupnya diri, kehebatan diri sentiasa diperlukan oleh orang lain....

2. Beliau memikirkan bagaimana untuk mencari peluang rezeki halal untuk memajukan zoo ini supaya pendapatannya melimpah ruah... supaya semua singa dapat menikmati hidangan setiap hari.

3. Atau jika kepenatan, perlukan beliau mengambil pelbagai cadangan antaranya ialah

a) menjual saham zoo ini kepada dunia luar

b) menjual saham zoo kepada sang singa di zoo sendiri supaya mereka boleh menguruskan diri dan zoo ini bersendirian atau berkumpulan

c) Mengurangkan kuantiti makanan yang perlu dibahagikan kepada singa - singa

d) Mmberikan peluang kepada singa-singa di zoo, belajar dalam beberapa jam atau hari pergi memburu sendiri di hutan... selebihnya boleh makan di zoo (disediakan).

e) Memberi makan kepada singa berdasarkan jumlah pengunjung yang datang

f) Mengajak singa-singa berhenti berada di zoo ini.... mereka di beri 2 bulan stok makanan..... ini bermakna mereka boleh menggunakan stok makanan itu di samping belajar sendirian cara berburu

g) mencari investor baru yang mampu memberikan sumber kewangan untuk zoo terus beroperasi

h) Kalau tak mampu jugak terpaksalah zoo ini di tutup.......dan terus ditutup......


Nampak terkejut singa-singa yang ada setelah ucaptama penjaganya berbicara........

3 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Singa - singa di zoo akan sentiasa kecoh bila dana tak de..... rotation masa sentiasa berulang.... repeat rotation.....

Ada singa mencari-cari peluang bizness... pelbagai idea dilontarkan... nampak untung atas kertas... tapi pada realiti..belum tentu kerana tiada pengalaman

Ada singa yang mengaum-ngaum tanpa tentu arah....

Ada singa buntu dalam pemikiran sehingga kering atau hilang kesegaran rerambut di atas.... ada yang gugur di depan, ada yang gugur di belakang dan ada di tepi dan ada juga dah mula nampak .....cahaya memancar

Ada singa yang nampak cool dan steady...... mcm dah ready menghadapi apa sajer...

Ada yang akan terus berada di dalam sangkar zoo sampai tempoh bersara... nak ke mana lagi.... tiada zoo lain yang sudi menerima... dah berumur agaknya atau sudah 35 tahun ke atas.....

Heee...heee... jangan marah ye....

idz_nsh said...

mungkin ada ibarat yg boleh saya sampaikan di sini.

Seorang yang baru hendak masuk ke laut utk mandi laut..

biasanya akan rasa malas nak 'berbasah-basah'. Suasana 'kering' lebih selesa...

kalau pun nak masuk ke laut, dicuba-cuba dgn mencicah-cicah di muka air..cicah kaki dan tarik semula..

sampai suatu masa, mahu mengambil keputusan utk masuk ke laut (samada pilihan sendiri @ dipaksa)
terus terjun..

mula-mula terminum air masin, ternggelam timbul...

bila dah lama-lama, datang keseronokan...

disuruh naik ke darat yg dianggap 'selesa' dulu pun dah tak mahu lagi...

saya dah seronok mandi, dan nampak mcm2 di dasar laut...walaupun masih terminum air masin....

jom kita "mandi laut"!

fikirkan!

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Wah, cantik sungguh peribahasa dalam konteks penceritaan....

sekarang ni... sedang cicah dan cecah air laut... untuk rasa-rasa kebasahan... manalah tahu desire merangsang diri dgn perasaan meluap-luap untuk terus terjun mandi...