12.6.09

Kenapa Boikot KFC?


Tanya kawan saya, "kenapa kita perlu boikot KFC?." Saya menjawab, "aik, bukankah mengikut PPIM, KFC sebaris dgn Mc D, CoCa Cola dan apa jua barangan US?"

"Meh! Baca Pandangan J Corp di Majalah - i, keluaran Mac 2009"


Soalan Kepada CEO J Corp:
Tan sri ada menyebut sedikit tentang KFC tadi dan kaitan dgn ekonomi. Ada segelintir NGO tempatan yang bertindak memboikot KFC yang dikaitkan dgn krisis di Palestin, Apa komen Tan Sri?

Jawapan:
Sebelum Boikot, kita kena fikirkan adakah tindakan kita betul atau tidak.
Pihak Kami hanya membayar 6% sahaja kepada Franchisor di US, selebihnya adalah harta rakyat Malaysia sebanyak 94%. Peratus kecil itu hanyalah bayaran jenama sahaja.

Pada Jun 2006, Kami berjaya mengambil alih KFC Malaysia, kemudian Singapura dan Berunai.

Pemilikan KFC adalah langkah Taktikal.... kenapa kami ambil KFC? , kerana ianya sudah terkenal dan merupakan strategi jalan pintas jadi mudah untuk kita Islamisasikan jenama ini.

Kita akan lahirkan lebih ramai usahawan muslim dalam dunia pemakanan ini.

Pihak kami juga dalam usaha mengambil alih KFC US dan induk....

KFC Malaysia adalah halal bermula dari ternakan ayam sampailah ke mulut pelanggan.

Kempen boikotyang dijalankan bagi saya tidak lebih kepada sandaran emosi dan ianya tidak menyelesaikan masalah. Masyarakat perlu berfikir dengan bijak.

===================================================================

Lepas ni... bolhlah netter fikirkan sama ada nak teruskan jugak kempen boikot KFC... Sya secara personal.... nak dengar komen dari PPIM dan Sekutunya.....
=========================================================

Pandangan dari
http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/01/jangan-boikot-kfc-malaysia.html

Tuesday, January 27, 2009

Boikot KFC Malaysia, JCorp Boleh Bangkrap!





Jangan Boikot KFC Malaysia! Kenapa? Kata orang makan di KFC kita menyumbang satu peluru kepada rakyat Palestin di Gaza. Sabar dulu, sila baca artikel daripada blog http://azlishukri.blogspot.com dan blog http://waadat.blogspot.com.

Board Of Directors (KFC Malaysia)
Tan Sri Dato'Muhammad Ali Hashim (Chairman)
Ahamad b Mohamad (Deputy Chairman)
Jamaludin Md.Ali (Managing Director)
Hassim Baba (Independent Director)
Kua Hwee Sim (Independent Director)

Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu BERNAMA, "Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun"
"Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.

Azli Shukri menulis :

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

http://waadat.blogspot.com. pula menulis:

Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.

BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Sekian, Terima kasih banyak-banyak

===========================================================

Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar. Email beliau adalah seperti berikut.

Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd



No comments: