28.6.09

Rezeki Kita Di Tangan Pencipta Yang Maha Kuasa!

Semalam, penjaga zoo berbincang secara informal dengan singa-singa-singa pemburuan ketika perlaksanaan operasi mencari rezeki di Shah Alam.

Penjaga membicarakan rezeki yang dioffer di negara Br yang pada asalnya selama beberapa bulan dipanjangkan menjadi setahun... prpposal yang lebih detail telah diserahkan, menunggu pengesahan pihak autoriti....sekiranya itulah rezeki Allah makan habuan halal akan dinikmati oleh semua singa-singa di zoo.

Disamping itu, mereka juga bertanya berapa ramai sesinga yang mampu buat Train 4 Trainers... di maklumkan ada 5 ekor....

Terpinga-pinga sesinga pemburuan kerana sebelum ini dikatakan masalah kewangan yang runcing... maybe secara persoalan - persoalan telah dikemukn sebelum ini dgn pelbagai option supaya semua singa berfikir pasal periuk nasik memasing.... tapi semalam pula, gaya percakapan dan penceritaan penjaga zoo pula seolah-olah meminta semua sesinga jgn keluar dari zoo.... kerana zoo boleh terus hidup.... bukankah rezeki itu di tangan Allah...pencipta sekalian alam!

Wassalam

22.6.09

Pekerja Dalam Generasi Y

Apa itu generasi Y? Siapakah mereka? Sikap Mereka bagaimana pula? Susah ke nak deal dgn mereka?

Perbagai isu dan komen yang dilontarkan untuk generasi Y yang kini sedang membesar dan telah memasuki alam pekerjaan... pada merekalah tanggung jawab untuk mendidik generasi selepas mereka iaitu generasi Z supaya lebihh cekal menjaga alam ini.

Generasi Y ialah generasi yang hidup di dalam siber, maya, IT, YM, IM, Facebook, blog, internet, broadband, handphone atau lebih dikenali sebagai pintu kepada generasi Millenium/millenial.. mereka lahir ketika bermulanya zaman Digital Revolution.

Ada yang menyatakan bahawa Generasi Y ialah individu yang lahir daripada tahun 1979 sehingga 1994. Ada yang memberikan pandangan bahawa mereka lahir antara tahun 1976 sehingga 2001 Namun begitu, pandangan ramai daripada pengkaji ialah generasi yang lahir daripada tahun 1980 (awal tahun revolusi digital) sehingga 1988.


Generasi ini dikatakan terbiasa dengan kemudahan IT dan kurang menghadapi cabaran hidup dari sudut guna tenaga tetapi terdedah kepada cabaran emosi, pendek aqal, cabaran pembebasan nafsu dan cabaran cetek agama.

Gen Y dikatakan suka benda/kerja yang mudah tanpa perlu melakukan pemikiran kompleks atau analitika.... majoritinya begitu...namunn pendidikan atau pengalaman hidup akan mematangkan mereka sekiranya wujud mentor yang boleh membawa atau menyedarkan mereka yang tenggelam alam dunia IT dan siber.

Gen Y dikatakan mengalami cabaran hidup dalam pergaulan bebas disebabkan sistem pendidikan Islam atau agama lebih menjurus kepada peperiksaan dan bukan mengamalkan dalam kehidupan... dikatakan kebanyakan guru di sekolah tidak berjaya membawa mereka menghayati erti amalan agama dalam kehidupan kerana guru juga ada halangan dan cabaran tersendiri dalam penghayatan kematangan 4 dimensi manusia.... justeru itu J-Qaf di perkenalkan.

Apakah hasilnya? Berlakulah gejala sosial, anak luar nikah, pembuangan bayi, termengandung walaupun lulusan universiti atau sedang berada di IPT, rempit, bohjan, bohsia dan pelbagai cabaran remaja dan belia di alaf baru.

Generasi Y dikatakan terlalu bergantung kepada dunia IT dan teknologi. Sebagai contoh...

1. kalau mesin basuh rosak.... berarti tak boleh membasuh.... kurang usaha membasuh secara manual.

2. Kalau nak berjaya dalam exam, wajib pergi kelas tuisyen tanpa dilatih boleh berjaya dengan syarat diri nak berjaya dan usaha sendiri. (Tahniah! Madiha sebab telah buktikan anak yang hidup kekurangan boleh berjaya dan dapat 20A).

Gen Y dikenali di kalangan pensyarah / lecturer sebagai golongan yang suka "copy and paste" setiap assignment yang diberikan tanpa ada usaha untuk bawa maklumat - buat analisa - buat rumusan dan olah semula menggunakan ayat sendiri.

Gen Y dikenali di kalangan Majikan sebagai individu yang nak relax bekerja, bekerja sekadar dalam lingkungan job description sahaja tanpa sedikit usaha lebih untuk pengalaman dan ilmu. Kerja nak relax tapi gaji nak banyak.

Mereka dikatakann kurang meminati kerja sedikit murah tetapi boleh ceduk pengalaman yang banyak dan kemahiran jangka panjang untuk bina keusahawanan diri. Saya teringat komen daripada pengurus besar sumber manusia di satu organisasi terkenal bahawa ciri-ciri di atas cukup membimbangkan mereka.

Mereka tak mahu bekerja di taska atau tadika yang ofer gaji murah tapi penuh pengalaman dan mampu meningkatkan kemahiran diri serta memantapkan potensi diri untuk bukak biznes pendidikan dgn ilmu baru dan pengalaman baru seperti ilmu Dr Glenn Doman dalampendidikan anak-anak... secara teori boleh dibaca... secara praktikal kena dipelajari selama setahun ke atas. Antara taska yang amalkan sistem terbaik itu ialah taska alhumairaa di bandar baru bangi (www.geniuskdiscentre.blogspot.com). Sayang kalau generasi Y tak mengambil peluang yang ada.


GEN Y kena bersedia mengubah segala anggapan, tanggapan, perspeksi umum masyarakat tentang mereka...

Buktikan bahawa Gen Y adalah terbaik!!

*****************************************************************************
Buat Zoo yang didiami oleh Sesinga, kuhadiah lagu ini........

http://www.youtube.com/watch?v=eUm-zvGsgiE


Antara Duo Persepsi

Ketika mengadakan latihan bersama satu kumpulan pengurusan di satu resort bandar.

Daripada perbincangan demi perbincangan yang dibuat mengenai staff bawahan, apa yang kami nampak ialah persepsi-persepsi minda. Kenapa begitu?

Ketika bersama staff bawahan organisasi tersebut dalam program yang khusus untuk mereka... staff bawahan akan melihat persepsi-persepsi yang berlainan atau bertentangan dengan apa yang dilihat oleh pengurusan atasan.

Staff bawahan akan bertindak dengan lingkungan minda pekerja bawahan. Pengurusan pula terbahagi kepada duo, jika pengurusan di peringkat tengah atau pertengahan, mereka akan bertindak dalam lingkungan minda pengurus dan pekerja, pengurusan atasan pula akan bertindak juga dalam lingkungan minda boss dan minda pekerja dalam peratusan atau nisbah yang berbeza-beza.



Apabila boss bertemu dengan staff bawahannya, boss mahukan setiap pergerakan staff mestilah disampaikan kepadanya sebagai tanda concern beliau terhadap orang bawah. Boss mahukan yang terbaik daripada staff... untuk mendapatkan quality dalam tindakan dan pekerjaan terbaik, staff perlukan bekerja bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, jiwa dan raga... bekerja tanpa penat lelah dan sentiasa meninggal jauh segala keletihan dan menambah stamina tenaga agar lebih power.

Apa bila pihak pengurusan mengadakan meeting... kebanyakkan kata-kata yang diutarakan akan mendesingkan telinga staff bawahan.... ada yang akan terluka atau luka lama berdarah kembali......



Bila berbicara dengan pihak staff bawahan sama ada kakitangan sokongan, barisan hadapan (frontliner) , lain pula kisah tanggapannya..

Mereka merasakan bahwa merekalah aset syarikat yang sebetulnya... kenapa?
1. Jumlah mereka jauh lebih ramai daripada pihak atasan.
2. Tanpa mereka, tidak wujud perkataan "pengurusan".
3. Tanpa mereka, operasi syarikat tak jalan....
4. Mereka adalah pembawa rezeki kepada syarikat. Dengan hasil usaha dan kerja merekalah ...duit masuk setiap hari.

Mereka terasa hati bila boss kata.... bila penat kena fikirkan adakah anda kurang stamina atau anda kena tambah stamina?

Mereka terasa betapa hati mereka menderita bila setelah penat bekerja..... dilihat bila pengurusan tidak hargai.... bukan duit yang dipinta tapi penghargaan walaupun hanyalahkata-kata... kalau dihulurkan duit...bagus juga... yelah gaji kecik, tanggungan besar sedangkan pihak pengurusan pula gaji mereka besar berlipat kali ganda tapi tanggungan kurang...anak tak ramai.....





BERSAMbung................

21.6.09

Membuat Keputusan.. Adakah Suratan Atau Kebetulan?

Decision Making adalah ilmu yang diajar kepada peserta untuk membuat keputusan yang boleh meminimakan risiko.

Risiko dalam mmbuat keputusan tetap ada, walaupun ianya adalah keputusan yang tepat. Kenapa? Tepat bagi kita... belum tentu tepat bagi orang lain.... mungkin tepat dalam situasi ini... belum tentu tepat pada situasi yang lain...

Kenapa terjadi begitu.... ketepatan sesuatu keputusan bergantung kepada berapa banyak data atau maklumat yang kita ada, apa tools yang digunakan?.... apa process yang diambil?.. bagaimana process dijalankan? keikhlasan ahli pembuat yang terlibat? Self-interest?... tempoh Masa?

Kalau kehidupan kita.... ilmu ini banyak digunakan dalam setiap tindakan kita....



Lagu seterusnya, kutujukan buat teman sesinga.....di zoo....



16.6.09

Singa Di Zoo Kecoh Lagi!







AlKisah di sebuah taman "animal" yang lebih dikenali dengan nama "Zoo"... diadakan satu perjumpaan tergempar di antara penjaga dengan ke semua 11 Singa-singa yang dibela.
Ada singa yang dah lama kat zoo, ada yang pertengahan lamanya dan ada yang baru aje berada.

Perbincangan kali ini membincangkan secara sehala tentang keadaan kegawatan ekonomi dengan kelembapan kehadiran pengunjung di taman zoo.

Akibat daripada itu, pendapatan semakin berkurangan sedangkan perbelanjaan setiap bulan tetap sama. Makanan untuk singa-singa tetap sama, kebersihan sangkar tetap sama dan perlbagai lagi perbelanjaan yang perlu dibayar.

Perbincangan ini sedikit beremosi kerana penjaga singa-singa ini mengakui akan kelemahan dari pelbagai dimensi diri.
Kenapanye? Itulah yang akan diperbahaskan oleh singa-singa yang handal nanti.....

Semasa ucaptama penjaga singa, didapati ada singa yang asyik menguap-guap, ramai pula yang sekadar menundukkan diri, ada singa yang terasa boring, ada singa yang terlentuk sendirian, ada singa yang mula berfikiran kreatif kerana merasakan susunan ayat yang diluahkan pernah didengari....."di mana ye.....", ada singa yang menggosokkan muka dan mata, ada singa yang berair mata...dan pelbagai reaksi spontan yang dipersembahkan.

Antara intisari ucapan penjaga singa khas buat singa-singa di zoo yang ingin berfikir panjang atau "long term thinking" - kata orang puteh supaya sedar....sedarkan diri....."tempat anda bukan selamanya di sini tetapi bebas dan mekar di dalam hutan sana - hutan yang tebal dan penuh cabaran tersendiri atau mengikuti jejak sang singa sebelum ini..... kini.... hidup bebas mengendalikan diri sendiri....".

Antara ucapan itu ialah

1. Si Penjaga Singa mempu hidup sendiri dengan menjana kewangan sendiri.. kalau untuk keluarganya mudah sekali.... potensi hidupnya diri, kehebatan diri sentiasa diperlukan oleh orang lain....

2. Beliau memikirkan bagaimana untuk mencari peluang rezeki halal untuk memajukan zoo ini supaya pendapatannya melimpah ruah... supaya semua singa dapat menikmati hidangan setiap hari.

3. Atau jika kepenatan, perlukan beliau mengambil pelbagai cadangan antaranya ialah

a) menjual saham zoo ini kepada dunia luar

b) menjual saham zoo kepada sang singa di zoo sendiri supaya mereka boleh menguruskan diri dan zoo ini bersendirian atau berkumpulan

c) Mengurangkan kuantiti makanan yang perlu dibahagikan kepada singa - singa

d) Mmberikan peluang kepada singa-singa di zoo, belajar dalam beberapa jam atau hari pergi memburu sendiri di hutan... selebihnya boleh makan di zoo (disediakan).

e) Memberi makan kepada singa berdasarkan jumlah pengunjung yang datang

f) Mengajak singa-singa berhenti berada di zoo ini.... mereka di beri 2 bulan stok makanan..... ini bermakna mereka boleh menggunakan stok makanan itu di samping belajar sendirian cara berburu

g) mencari investor baru yang mampu memberikan sumber kewangan untuk zoo terus beroperasi

h) Kalau tak mampu jugak terpaksalah zoo ini di tutup.......dan terus ditutup......


Nampak terkejut singa-singa yang ada setelah ucaptama penjaganya berbicara........

15.6.09

Wallpapaer "ALLAH"


Wallpaper ini boleh didownload di http://www.e-picworld.com/2008/04/3d-weird-plants-wallpapers.html

3d islamic wallpapersCoconut trees in a pink sea


islamic wallpapersA winter scene , snow snow snow


3d islamic wallpapersCaladiums near waterfall stream


3d islamic wallpapersMushrooms in a desert


3d landscapes wallpapersTree of fruits mix



2:38 AM | Author:
wallpaper terjemahan alQuran 6 - khat

wallpaper terjemahan alQuran 7 - khat
wallpaper terjemahan alQuran 1 - khat
wallpaper terjemahan alQuran 5 - khat

12.6.09

Kenapa Boikot KFC?


Tanya kawan saya, "kenapa kita perlu boikot KFC?." Saya menjawab, "aik, bukankah mengikut PPIM, KFC sebaris dgn Mc D, CoCa Cola dan apa jua barangan US?"

"Meh! Baca Pandangan J Corp di Majalah - i, keluaran Mac 2009"


Soalan Kepada CEO J Corp:
Tan sri ada menyebut sedikit tentang KFC tadi dan kaitan dgn ekonomi. Ada segelintir NGO tempatan yang bertindak memboikot KFC yang dikaitkan dgn krisis di Palestin, Apa komen Tan Sri?

Jawapan:
Sebelum Boikot, kita kena fikirkan adakah tindakan kita betul atau tidak.
Pihak Kami hanya membayar 6% sahaja kepada Franchisor di US, selebihnya adalah harta rakyat Malaysia sebanyak 94%. Peratus kecil itu hanyalah bayaran jenama sahaja.

Pada Jun 2006, Kami berjaya mengambil alih KFC Malaysia, kemudian Singapura dan Berunai.

Pemilikan KFC adalah langkah Taktikal.... kenapa kami ambil KFC? , kerana ianya sudah terkenal dan merupakan strategi jalan pintas jadi mudah untuk kita Islamisasikan jenama ini.

Kita akan lahirkan lebih ramai usahawan muslim dalam dunia pemakanan ini.

Pihak kami juga dalam usaha mengambil alih KFC US dan induk....

KFC Malaysia adalah halal bermula dari ternakan ayam sampailah ke mulut pelanggan.

Kempen boikotyang dijalankan bagi saya tidak lebih kepada sandaran emosi dan ianya tidak menyelesaikan masalah. Masyarakat perlu berfikir dengan bijak.

===================================================================

Lepas ni... bolhlah netter fikirkan sama ada nak teruskan jugak kempen boikot KFC... Sya secara personal.... nak dengar komen dari PPIM dan Sekutunya.....
=========================================================

Pandangan dari
http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/01/jangan-boikot-kfc-malaysia.html

Tuesday, January 27, 2009

Boikot KFC Malaysia, JCorp Boleh Bangkrap!





Jangan Boikot KFC Malaysia! Kenapa? Kata orang makan di KFC kita menyumbang satu peluru kepada rakyat Palestin di Gaza. Sabar dulu, sila baca artikel daripada blog http://azlishukri.blogspot.com dan blog http://waadat.blogspot.com.

Board Of Directors (KFC Malaysia)
Tan Sri Dato'Muhammad Ali Hashim (Chairman)
Ahamad b Mohamad (Deputy Chairman)
Jamaludin Md.Ali (Managing Director)
Hassim Baba (Independent Director)
Kua Hwee Sim (Independent Director)

Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu BERNAMA, "Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun"
"Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.

Azli Shukri menulis :

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

http://waadat.blogspot.com. pula menulis:

Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.

BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Sekian, Terima kasih banyak-banyak

===========================================================

Kajian saya ini bagi mengesahkan bahawa penerangan oleh email dari Muhamad Ammar Abdullah, Halal Audit Executive, KFC Holdings (M) Bhd adalah benar. Email beliau adalah seperti berikut.

Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd



9.6.09

Buat Perhatian Semua Isteri.

Salam Buat Semua,

Seronok juga membaca forum berkaitan perhubungan suami isteri... bagaimana mereka berkomunikasi dan berkaitan kelemahan dan kekuatan sesuatu persahabatan antara keduanya dan pelbagai isu yang menarik

Antara perbualan atau luahan hatii suami ialah

1. Isteri saya bila usia dah mencecah 36 ke atas, dah mula tunjuk kepelikan sedikit, kalau saya bercakap dgn nya, beliau tak pandang muka saya pun.... beliau tengok ke arah lain.... lebih baik saya cakap dengan tunggul kayu sebab dah tahu itu tunggul ..... taklah menyakitkan hati...


2. Isteri saya pula, bila bercakap dengannya.. beliau hanya jawab... emm...emmm, muka tak pandang saya.... tak romantiklah... asyik baca buku...buku...buku atau ngasik pegang handphone je... lepas tu sms...sms....

3. Isteri saya pula, kalau cakap dengan saya, garangje... tak senyum langsung.... tegasnye ayat yang dikeluarkan... tapi kalau bercakap dengan kekawannya atau adikberadiknya... asyik ketawa aje... kokek...kokek.... tak faham langsung....

4. Isteri saya pula, bila nak bersama dengannya, saya yang kena mula dulu..... kalau nak tunggu dia mula dulu.... kiamatlah....
Lepas tu... asyik menolaknya je......... kekadang terpaksalah saya memaksa sikit........
Mana boleh orang lelakinya...bila empangan penuh.... takut melimpah ke tempat lain.... haramlah jadinyaaaa.....


5. Tanya ahli forum tu.... wahai suami kat luar sana.... engkau seronok tak.... bila nak tidurnya... isteri mula sms....sms....sms.... ! tak terganggu tidurnya ke.......


"Dgn jejantan manalah dia sms"---- usikkan daripada netters yang lain.....

Maksud kat sini... tak berapa elokklah si isteri SMS ketika nak tidur.... takut datang fitnah......


6. Isteri saya selalu kata kat saya.... "itu, dia nak betulkan pandangan dia sahajalah tu" atau "awak sahaja yang betul... pandangan oranglain salah"!

Sedang pada pandangan saya yang sebenarnya... beliau nak orang lain ikut pandangannya seolah-olahpandangannya sahaja yang betul... jadi sebelum orang lain kata padanya... beliau akan mengeluarkan statement itu dulu......

Beliau suka buat keputusan dulu dan meminta saya sebagai suami memperteguhkan keputusannya walaupun nampak salah.....
Mana perginya hak saya sebagai seorang suami yang menjadi nakhoda dalam perlayaran kapal... tentulah saya berhak buat keputusan yang terbaik untuk keluarga.... sepatutnya dia ikuti keputusan saya selagi tidak bertentangan dgn agama...


7. Isteri saya businesswoman, beliau hebat mengendalikan syarikatnya... tetapi beliau kadang-kadang konfus dgn suaminya.... anda nak tahu kenapa?.... cara beliau bercakap dgn saya mcm beliau bercakap dengan staffnya.... pening juga nak melayannya.... kekadang beliau lebih memntingkan syarikat daripada suaminya...

Tu yang saya perhatikan... ramai isteri businesswoman ni jadi ibu tunggal... dan suaminya kahwin lain dgn perempuan lain yang kurang sibuk....

8. Isteri saya pula, ada kenangan negatif pada lelaki terutama lelaki yang kuat tidur, lelaki yang tak pandai urus diri atau lelaki yang tak tolong isteri....
Nak tahu kenapa.? sebab beliau dibesarkan dalam situasi seperti itu.....

Pada peringkat mula perkahwinan saya, kalut juga dgn sikapnya.... dia mahukan kita menjadi suami yang tak mudah penat.... beliau nak kita jadi contoh the best buat lelaki dalam keluarganya..... woh! monat rasanya..... susah juga nak sedarkannya bahawa suaminya sekarang berbeza dgn situasi yang pernah dia alami... jangan samakan suaminya dgn lelaki yang beliau tak suka....

sekarang ni dah ok sedikit.... beliau dah boleh terima bahawa pengalaman yang lepas perlu dilepaskan dan dihancurkan daripada belenggu kehidupan kini... dunia dah berubah... duna dah baruu dnsemakin mden... kita perlu membina pengalaman baru yang lebihbaik dan lebih mnarik


ITULAh sebahagian luahan para suami di luar sana buat isteri-isteri mereka.....

Dalam mencari kebahgian rumahtangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah.... perlu ada perbincangan.....

Si isteri tak boleh mengharapkan suami perfect segalanya... begitujuga si suami....

Setiap manusia ada kelemahannya..... bertolakansurlah danberbincanglah.......

KOMUNIKASI adalah perkara penting dalam semua kehidupan kita......

Wassalam



6.6.09

Kenali Sensitiviti Kekawan


Dalam pergaulan harian kita dengan kekawan, kita akan memahami sensitivitinya apabila sedikit bergaduh atau berselisih pandangan atau pendapat atau juga cara kekawan kita menjawab "joke" yang kita lontarkan walaupun "joke" itu sebenarnya untuk menceriakan suasana yang malap.


Teringat satu al Kisah bagi golongan kami sebagai trainers apabila ada seorang kawan yang sedang memberikan pengisian kuliah maghrib kepada peserta yang rata-rata nampak keletihan dan tak biasa mendengar kuliah agama selepas maghrib.

Ada yang nampak mengantuk, ada curi-curi tidur, ada yang memfokuskan kepada penyampaian "ustaz" trainer tersebut. Lalu Ustaz Trainer inipun menceritakan sedikit pengalaman beliau berkomunikasi dengan isteri yang tengah down emosi akibat sesuatu peristiwa yang berpunca daripada kesedihan seolah-olah dgn peristiwa sedih itu... si isteri tak dapat membahagiakan suaminya...

Pada masa itu nampaklah suasana yang sedikit ceria sebab peserta - peserta ni memang suka dengar cerita daripada teori-teori semata-mata.

Adalah dua orang kekawan trainer secara spontan buat joke untuk menceriakan suasana... seorang cakap secara perlahan dan seorang lagi sedikit kuat...."bersabarlah sayang.............................. nanti saya kawin lagi"

Maka Ustaz Trainer ini mungkin pada waktu itu kurang bersedia menjawab joke itu maka beliau sedikt beremosi lalu dijawab dgn sedikit kasar dan jawapan terus menuju ke arah peribadi trainer yang nyaring suaranya tadi (dan terselamatlah yang membuat joke secara perlahan) lalu digambarkan bahawa Trainer yang nyaring itu mcm dah ready nak pasang sorang lagi seumpama kereta yang kena calibrate setiap 5 tahun atau secara mudah faham "kena tukar" setiap 5 tahun.

Namun begitu, trainer yang buat joke ni nampak macam sporting aje.... cool aje... may be dia terfikir..."microphone" di tangan engkau.... atau tak perlu jawab... agar peserta nampak kesportingan di kalangan peserta...


Kekadang pada waktu itulah kita akan nampak dan melihat sertai merasai bahawa ada kalanya manusia yang biasa sebelum ini buat joke dan membalas joke secara terbaik boleh terleka apabila menyentuh sensitivitinya .... maybe... sesetengah manusia boleh buat joke lain tetapi jangan sentuh joke indirect berkaitan kesetiaannya kepada isterinya yang tersayang atau joke berkaitan dengan anak-anaknya.... maybe beliau terlalu "caring" dan "fathering" ataupun sensitif yang tinggi terutama dapat anak baru atau sedang berpuasa 40 hari atau 100 hari.

Untuk yang lain... hati-hati ketika buat joke terutama apabila kekawan sedang keletihan tenaga fizikal atau tenaga emosi atau kedua-duanya sekali selepas mengharungi program latihan hampir 3 bulan secara non-stop.

Wassalam

5.6.09

Tabiat buruk kewangan

KITA tidak dapat menganalisis sesuatu kelemahan yang dilakukan sendiri, lebih-lebih lagi masalah hutang melibatkan kad kredit.

Menyedari masih ramai di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai kita tidak berdisiplin ketika membeli-belah, minggu ini saya catatkan tabiat buruk yang ada pada diri sendiri agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu.

Menyalahgunakan pemindahan baki kad kredit

Memindahkan baki kad kredit dari bank yang memberikan kadar faedah yang tinggi ke bank yang memberikan kadar faedah yang rendah merupakan satu langkah yang baik dalam mengurangkan bayaran semula hutang. Tetapi kesilapan besar yang kerap berlaku ialah apabila kita masih lagi menambah transaksi-transaksi pembelian yang baru.

Kelewatan pembayaran kredit

Jangan sesekali melewatkan pembayaran kredit, tidak kiralah hutang kad kredit, pinjaman rumah mahupun kereta. Anda akan berhadapan dengan kerugian yang besar sekiranya masih bersikap sebegini setiap hujung bulan. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia boleh mendatangkan kerugian lebih beribu-ribu ringgit dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.

Selalunya, setiap bank akan memberikan tarikh yang tertentu untuk membuat pembayaran. Oleh kerana kita sudah biasa dengan membayar semua bil-bil pada permulaan bulan, selalunya bayaran pada pertengahan bulan akan dibayar lambat atau dibayar pada bulan hadapan. Di sinilah kesilapannya.

Walaupun kita rasakan faedahnya hanyalah RM32 sahaja tetapi, kalau ditambah dengan beban hutang yang baru dan dilambatkan lagi pembayarannya, faedahnya juga akan menjadi bertambah.

Apa yang boleh kita lakukan ialah mencatit tarikh pembelian dan tarikh perlu dibayar dalam masa 20 hari. Ini kerana, bank yang memberikan kad kredit telah memberikan tempoh 20 hari untuk membayar tanpa dikenakan faedah. Antara kaedah lain untuk mengelakkan kadar faedah tinggi adalah dengan segera membuat pembayaran dalam talian.




Menggunakan kad kredit walaupun mempunyai wang tunai

Menjadi lumrah hidup kita yang tinggal di bandar, setiap kali membeli-belah kad kredit yang digunakan. Sama ada seorang diri mahupun dengan keluarga, kita lebih gemar menghulurkan kad kredit walaupun saku, dompet dan beg kita dipenuh dengan wang tunai.

Walaupun jumlah pembelian kecil, ia tetap meningkatkan dan menambahkan lagi baki bulan lepas yang masih belum berbayar.

Melengahkan dana kecemasan

Masih ramai di kalangan ibu bapa hari ini melengahkan simpanan keluarga menerusi dana kecemasan. Wang yang disimpan dalam dana ini amat mustahak kerana ia akan menyelamatkan kita apabila berlakunya kecemasan. Keadaan kecemasan inilah yang memaksa kita menggunakan kad kredit dan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi bebanan hutang.

4.6.09

Hebatnya Ayat Al Quran - Dikaji Di Barat, Disimpan Di Timur

Satu artikel yang menarik yang disiarkan di laman web ...

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

ORBIT

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

BENTUK SFERA BUMI

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

BUMBUNG PROTEKTIF.

Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)

Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.

PENGITARAN DI ATAS LANGIT.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian' .

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.

Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.

Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.

Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.

Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

LAPISAN ATMOSFERA

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit' , yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

KIMIA DALAM ROKOK... Pergh! Hebatnya!!!



FIKIR.... FIKIRKANLAH... Carilah penawar untuk berhenti........

Nanti di hadapan Allah, bila ditanya kenapa setiap hari perbelanjaan kewangan short RM9 .... bolehkah kita berkata.... membeli Rokok Ya Allah!

Wassalam

3.6.09

VITAMIN C BERASAP?

Sempena Hari Tembakau Sedunia, mari kita lebih mengenali Rokok atau lebih dikenali di kalangan trainer sebagai Vitamin C Berasap ini.

Sejarah Rokok
Pakar Perunding Kardiologi dan Pengarah Klinikal Pemulihan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim menceritakan bagaimana rokok mula diperkenalkan sebagai ubat asma, alahan dan nafas berbau pada awal abad ke-20.

"Pada awalnya, para doktor sendiri mengesyorkan rokok untuk bermacam jenis penyakit pada 1920-an dan 1930-an. Bagaimanapun, dengan penemuan risiko dan kesan rokok, doktor mula menolak amalan merokok," katanya.


Kesan Rokok Yang Sungguh Tragis!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 100 juta maut sepanjang abad ke-20 akibat penggunaan tembakau dengan jangkaan lebih 1 bilion lagi akan mati sepanjang abad ke-21 jika jumlah perokok kekal, atau semakin bertambah dengan perokok muda.

Kini, dianggarkan seorang perokok (atau perokok pasif) meninggal dunia setiap 6 saat akibat penyakit berkaitan tembakau. Sebanyak 5.4 juta menemui ajal setiap tahun akibat tembakau, jauh lebih banyak daripada jumlah bersama maut akibat tibi, HIV, malaria, kemalangan, dadah atau pembunuhan.

Sedihnya kita kat Malaysia nie...kerana
"tabiat merokok di Barat mengalami penurunan mendadak, bilangan perokok di negara membangun seperti di Asia dan Malaysia pula makin meningkat"

"Dengan lebih 4,000 bahan kimia serta 250 bahan toksin dan juga karsinogen (penyebab kanser) dalam tembakau, tidak menghairankan enam daripada lapan punca kematian utama dunia berkaitan dengan tembakau,"

Secara umumnya, merokok meningkatkan risiko serangan jantung dua kali ganda, kematian mengejut akibat penyakit jantung (empat kali ganda) dan strok (tiga kali ganda). Merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 20 kali ganda dan menjadi punca 90 peratus kanser paru-paru dan 75 peratus penyakit sumbatan pulmonari kronik (COPD).


Kasihan kat Badan kita kerana kezaliman kita apabila merokok.... kenapa ye?
"Badan memerlukan 15 tahun untuk membuang sepenuhnya toksin tembakau dari dalam badan. Berhenti merokok juga dilihat jauh lebih berkesan daripada ubat atau senaman untuk meningkatkan kesihatan diri."Lebih banyak manfaat dapat dinikmati jika perokok berhenti dengan segera, sebelum berlaku kerosakan kekal dan ketagihan tegar,"

Rokok adalah Wadah Untuk Kematian Cepat Di Malaysia
Kajian mendapati komplikasi akibat merokok adalah punca kematian 10,000 rakyat Malaysia setiap tahun. Jika dipecahkan mengikut etnik menunjukkan 55.6 peratus membabitkan orang Melayu, Cina (34 peratus) dan India (33 peratus).

Angka itu tidak begitu menghairankan kerana pada 2002, WHO pernah menyifatkan Malaysia sebagai negara yang mempromosikan merokok secara tidak langsung. Ini berikutan statistik 1997 yang memperlihatkan pengiklanan jenama rokok mencecah hingga AS$90 juta manakala pada 2000, dua firma rokok saja mengeluarkan kos pengiklanan mencecah AS$40 juta.

Kayanya Rakyat Kita
Persatuan Perubatan Malaysia bertajuk “Action on Smoking and Health” melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka menghisap rokok hampir 10 batang sehari.

Laporan itu juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion.

Kesan Rokok Pada Generasi Akan Datang
Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok individu, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang. Antara contoh yang perlu diberi perhatian adalah seperti di bawah:
  • Satu kajian yang dijalankan di kalangan 5,000 lelaki Cina menunjukkan bahawa 60 peratus daripada mereka yang merokok lebih daripada sekotak sehari berkemungkinan mengalami disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang tidak pernah merokok.

  • Wanita yang merokok lebih berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengandung, komplikasi ketika hamil dan risiko keguguran yang lebih tinggi.

  • Satu kajian dijalankan di Pusat Biologi Perinatal di California menemui bukti bahawa wanita yang terus merokok ketika hamil memberi kesan negatif pada jantung janin.

  • Menurut kajian yang dijalankan di Finland mendapati asap daripada rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Circulation, membabitkan 400 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun. Selain itu, asap daripada rokok juga menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan dan masalah telinga. Serangan penyakit itu lebih teruk dan kerap di kalangan kanak-kanak yang menghidap asma.

    Semua ini menunjukkan kesan rokok bukan terbatas kepada generasi semasa, tetapi harus ditanggung oleh generasi yang akan datang. Malah, WHO menganggarkan bahawa ketagihan tembakau akan membunuh kira-kira 10 juta orang setahun menjelang 2020, dengan 70 peratus kematian berlaku di negara membangun.