23 April 2013
Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.
Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.
Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.
Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.
S) Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?
Muhammad: Saya tidak bakar jambatan, ini menambah baik. Umno sudah melakukan terbaik. Semua Umno buat, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, semua dibuat.
Tetapi saya punya pandangan, bila kita tengok, periksa sekolah, keputusan di bawah tidak seperti yang kita harapkan.
Bila tidak seperti diharapkan, apa maknanya, bagaimana caranya? Adakah yang ada ini boleh terus memenuhi tuntutan ALLAH, tuntutan-tuntutan berdasarkan kepada ajaran al-Quran?
Cuba tengok bagaimana masyarakat kita, macam mana belia, budak–budak yang keluar dari sekolah. Bila kita pilih seorang keluar dari sekolah kebangsaan, jadi imam terus, rata-rata tidak boleh jadi Imam. Rata-rata tidak boleh baca doa. Terpaksa ada sekolah tahfiz.
Bila sampai solat Terawih bulan puasa, kita kena import tahfiz jadi imam untuk solat Tahjud, solat Terawih. Terutamanya daripada pusat tahfiz, pusat pengajian pondok yang tidak tersusun ini, yang tiada kokurikulum sempurna yang boleh dikatakan ‘zero’ daripada apa yang kita ada.
Bagi saya negeri Selangor, kemajuan sudah ke tahap negeri maju. Kalau kita hendak jadikan orang kita betul-betul menepati tuntutan Islam, maka kita perlu berjaya. Saya tengok bukan tidak berjaya tetapi boleh dibaiki. Mesti ada satu syiar, baik Umno dan Pas perlu berada di bawah landasan ini baru kita boleh mengibarkan bendera kita ini.
S) Adakah Umno buat tidak menegakkan Islam? Tahfiz, ada sekolah yang dibuat kerajaan negeri. Itu semua dibangunkan oleh kerajaan Umno?
Muhammad: Ada, bukan tiada tapi apa yang kita buat tiada perancangan teratur. Saya fikir kalau kita di bawah lambang yang betul berpegang kepada al-Quran dan hadis, ini semua boleh dibuat dengan lebih baik bila semua sekolah kebangsaan itu seolah-olah sekolah Arab. Di situ kita ada pilihan semuanya.
Saya bukan hanya bercakap pasal sekolah, saya bercakap daripada segi sistem.
Shah Alam tempat orang Melayu berkumpul dari seluruh negara. Persoalannya, budak-budak yang keluar dari Shah Alam, banyak masalah. Masalah tingkah laku, masalah sosial, dadah, yang semakin lama semakin teruk dan masuk ke pusat-pusat serenti. Barang kali tidak cukup rohnya pimpinan kita yang dihantar dalam jabatan-jabatan ini untuk kita lahirkan apa sebenar hajat kita. Saya rasa kalau semua berkumpul baik Pas dan Umno, di bawah lambang Islam, kita hendak mencapai 70 peratus penduduk kita umat Islam, kita boleh laksanakan.
Yang keduanya, Shah Alam tempat berkumpulnya orang Melayu dari seluruh negara. Saya tengok, kalau kita tengok sejarah, Nabi menjadikan Bandar Makkah dan Madinah sebagai tempat mengembangkan syiar Islam.
Selangor merupakan negeri urban dan ini metropolis kepada seluruh negara. Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur adalah metropolis. Kalau nak jadikan ‘trend setter’ kena bermula dari bandar. Tidak boleh di kampung, daripada internet, tidak boleh. Internet tidak boleh mempengaruhi metropolis.
Dari segi pakaian, fesyen, set rambut, cara bertudung, mekup semua dari metropolis.
Kalau kita nak wujudkan budaya berteraskan kepada Islam mesti dari bandar. Bandar mesti mendukung cita-cita untuk menjadi pemancar syiar Islam.
S) Tetapi selepas lima tahun Tan Sri Selangor dipimpin Pakatan Rakyat (PR) yang ada Pas di dalamnya, adakah ia membawa ke arah yang Tan Sri mahukan?
Muhammad: Kalau pengundi-pengundi hanya meletakkan enam sahaja wakil rakyat Pas di Perak, dan meletakkan 18 DAP dalam dewan, bagaimana hendak letakkan pimpinan Pas itu kuat.
Letak 20 orang Umno sebagai pembangkang, adakah adil, menuduh Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) tidak boleh laksana ajaran Islam? Sebagai menteri besar, beliau seorang, ada lapan exco DAP, ‘we are sending a weak leader’.
Itu saya kata, kalau kita serius hendak menzahirkan kepimpinan Islam yang bersatu, kita kena menguatkan kepimpinan Islam.
Tanggungjawab pengundi menghantar kepimpinan Islam yang terdorong hatinya mengembangkan syiar Islam daripada yang ramai itu nanti, dia boleh di dalam bidang exco dan yang dipimpin oleh ketuanya yang sama berfalsafah Islam.
Saya pasti ini boleh berlaku. Kita kena bagi peluang kepada jenis kepimpinan ini untuk wujud.
S) Apa perjuangan Tan Sri menyertai Pas, adakah untuk membawa lebih ramai orang yang mempunyai kuasa, bersuara dan boleh mempengaruhi keputusan?
Muhammad: Selangor sudah sampai ke tahap negeri maju. What next? What next? What next?
Kita seronok dengan apa yang ada? Itu terpulang kepada pengundi-pengundi. Kepada saya, ia boleh ditambah baik.
Bagaimana tambah baik? Kita kena beri tanggungjawab kepada orang yang hendak memperhebatkan peranan ulama dan sebagainya, bagi mereka peluang. Ia akan mewujudkan ‘think tank’ group, dari segi belia.
Kita sudah ada pakar-pakar yang diwujudkan oleh Umno. Umno berjasa. Sudah ada, tinggal lagi mesti ada tanggungjawab untuk menarik orang ini memainkan peranan. Hari ini kita nampak kurang.
Kita ada banyak masalah sosial. Banyak pensyarah menulis artikel-artikel di akhbar, pakar itu, pakar ini. Maka tinggal kertas sahaja dan tidak digarap dengan baik untuk dilaksana? Mengapa tidak kita bagi peluang.
S) Adakah Tan Sri rasakan jika masih di dalam Umno, pendapat, idea dan pandangan Tan Sri sudah tidak dipandang?
Muhammad: Saya tengok kumpulan yang berminat dalam bidang ini ialah Pas.
S) Umno tidak berminat?
Muhammad: Saya tidak kata begitu, saya tidak mahu ‘attack’ Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya tidak kata Umno tidak berminat. Saya fikir Pas perlu diberikan peluang. Bagi dia peluang.
Tetapi dengan Pas bergabung dengan DAP dan PKR, DAP macam dominan, Tan Sri ingat Pas boleh melaksanakan?
Mu n the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best hammad: Jangan bagi represent yang lemah. Kalau represent dalam kerajaan lemah, itu tidak boleh. Bagi saya ‘in the eye of the blind the one I eject can be isolated, that the best’.
S) Tan Sri meningkat naik ke Umno hingga ke peringkat Timbalan Presiden, tetapi kemudian tewas. Adakah Tan Sri fikir ada pihak katakan tindakan Tan Sri ini kerana kecewa.
Muhammad: Terima kasih. Barang kali sebab inilah tuhan kalahkan saya. Kita kena percaya qada dan qadar. TUHAN tewaskan saya supaya dalam tempoh lima tahun, saya boleh pergi surau, belajar al-Quran sampai khatam dengan tafsir. Antara guru saya, bekas Pengarah Jais dan di masjid, ada seorang hafiz mengajar saya setiap pagi.
Maka saya menggarap di mana kelemahan bangsa, di mana yang boleh dibaiki. Bolehlah saya lakukan setakat ini. Tetapi selepas itu, saya kata mungkin tuhan beri saya peranan baru.
Saya dikalahkan di situ untuk peranan yang lebih sesuai, maka inilah peranan yang cuba lakukan.
S) Tetapi mengapa Tan Sri mengambil masa yang lama untuk 'khatam'?
Muhammad: Ya, saya mengambil masa yang lama, ‘sit down’ muhasabah diri. Saya tengok bangsa saya berpecah belah. Pecah belah teruk, tidak nampak asasnya untuk bersatu.
Saya juga cuba menyumbangkan sekarang ini, mungkin saya gagal, tak apa. Tetapi lebih baik saya bercakap dan menyampaikan daripada saya diam. Ini pada saya satu usaha.
Kalau ini boleh dibuat, peranan ulama kalau kita boleh menjadi pemancar Islam di timur jauh ini, mungkin umat Islam di negara kita ini ‘can lead’.
‘Can lead’ dalam bidang-bidang, kita dah ada bank Islam dan banyak lagi. Tetapi ada bidang-bidang lain perlu ada penambah baikkan.
S) Bagaimana dengan isu kesetiaan bila penamaan calon, ramai calon mengambil keputusan bertanding Bebas. Adakah ‘loyalty’ sudah tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?
Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas, bukan loyalty maknanya yang tidak berasas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.
Dalam parlimen kita ada 222 kerusi, saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.
Orang bukan Melayu dia yakin bahawa Islam itu adil. Yang kata Islam itu tidak 'fair', ‘spinning of some people’, Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, ‘especially by western press’
Meletup, 10 orang mati.. ‘muslim militant very bad’. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam perang dunia pertama dan kedua, dibunuh orang Kristian, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.
Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, militan Islam.
‘Islam is fair’ macam mana orang lain hendak takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.
S) Dalam konteks Selangor, kita setuju Tan Sri kata Pas tidak cukup kuat. Tetapi sekarang untuk PRU13 ini, Pas meletakkan 20 kerusi daripada 56 kerusi. Katalah Pas menang semua, tetapi mereka masih tidak boleh berbuat apa-apa, berbanding DAP dan PKR.
Muhammad: Satu permulaan yang baik, satu signal yang dihantar kepada semua orang. Biarlah calon-calon ini berkhidmat dengan baik.
Kalau mereka dapat tunjuk tauladan yang baik, dengan amanah yang tinggi dan boleh dipertanggungjawabkan. Mereka baik dan turun padang dan melayan orang dengan baik.
Saya fikir, orang akan tertarik. Dan ang baik akan menewaskan yang tidak baik.
SAMBUNGAN....
24 April 2013
S) Ramai calon ambil keputusan bertanding Bebas. Adakah ‘loyalty’ (taat setia) tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?
Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.
Dalam Parlimen kita ada 222 kerusi. Saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.
Orang bukan Melayu dia yakin Islam adil. Yang kata Islam itu tidak fair; spinning (putar-belit) by some people, Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, terutamanya oleh media Barat, (umpamanya) meletup, 10 orang mati..militan Muslim sangat jahat. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.
Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, (dituduh) militan Islam.
Islam itu adil. Mengapa orang lain takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.
S) Dalam konteks Selangor, kita setuju Tan Sri kata Pas tidak cukup kuat. Tetapi sekarang untuk PRU13 ini, Pas meletakkan 20 kerusi daripada 56 kerusi. Katalah Pas menang semua, tetapi mereka masih tidak boleh berbuat apa-apa, berbanding DAP dan PKR.
Muhammad: Satu permulaan yang baik, satu signal dihantar kepada semua orang. Biarlah calon-calon ini berkhidmat dengan baik.
Kalau mereka dapat tunjuk tauladan yang baik, dengan amanah yang tinggi dan boleh dipertanggungjawabkan. Mereka baik dan turun padang dan melayan orang dengan baik.
Saya fikir, orang akan tertarik, dan yang baik akan menewaskan yang tidak baik.
S) Rentetan kemasukan Tan Sri dalam Pas, adakah dimaklumkan kepada pihak parti (Umno). Adakah mereka ada menghubungi Tan Sri atau pun rakan-rakan lama seangkatan?
Muhammad: Sampai sekarang saya baik dengan semua. Sentiasa berhubung.
S) Kenapa Tan Sri tidak jadi wakil NGO seperti Datuk Dr Hasan Mohamed Ali? Tan Sri berada di tengah, orang Umno pun Tan Sri boleh tarik, orang Pas pun boleh.
Muhammad: Saya fikir orang Umno dan orang Pas elok bersatu. NGO-NGO ini bagus. Tapi saya bukan orang NGO.
Saya fikir, ini kerajaan yang akan ditubuhkan, di mana-mana kunci adalah kerajaan, NGO ini datang dengan cadangan, biar mereka terus membentuk pendapat.
Tapi kita boleh berganding, NGO, kerajaan, pembangkang, kerajaan negeri, apa yang kita hendak.
Saya bukan hendak jawatan. Saya tak mahu bertanding. Sebab itu kita umumkan dua hari selepas penamaan calon.
Saya jumpa Datuk SeriAbdul Hadi Awang setahun lepas di rumah Datuk dengan (Timbalan Presiden Pas) Mohamad Sabu. (Mereka kata) masuklah...masuklah (Pas).
Saya kata nanti dulu, saya pun tak cukup ilmu. Jadi saya fikir, semua bergabung tapi mesti menggunakan lambang Islam. Kita mati nanti, kita ditanya balik, anda pasti dengan apa yang anda perjuangkan? Saya amat pasti dengan apa yang saya perjuangkan sekarang.
Tapi kalau di sini carca-marba punya cara, sambutan merdeka pun boleh menari, seluar dalam pun nampak, saya lebih berminat kalau sambutan merdeka, baca doa.
Sekarang ini pun radio Ikim, ratingnya tinggi. Minat orang sudah ada ke situ.
Jadi janganlah kita pertontonkan lagi perkara-perkara yang negatif. Saya pun masa zaman dahulu boleh tahan jugalah. Tapi tak akan saya hendak pertahankan macam itu?
Saya sudah sampai ke tahap, saya bukan berminat hendak bertanding, jawatan, sudah tidak ada. Saya hendak lihat bangsa saya selamat. saya hendak tengok bangsa saya tumpu kepada perkara-perkara yang lebih utama.
Apakah keutamaan kita? Apakah keutamaan kita tiap-tiap malam bergaduh, bergasak, baling batu, pecah muka; apakah ini yang kita hendak biarkan? Saya rasa ini tidak boleh dibiarkan.; bergaduh, maki, dedahkan aib, buat video. Inikah cara kita hendak memajukan bangsa kita?
Dari segi berita ia boleh dijual, tetapi dari segi membangunkan sahsiah bangsa kita, masyarakat ke hadapan, itu bukan caranya. Caranya ialah bawa semua orang satu hala tuju.
S) Adakah pernah Tan Sri bercakap idea-idea ini dengan rakan-rakan Tan Sri dalam Umno, malah dengan ustaz-ustaz dalam Umno, bahawa perlu bersatu berteraskan syiar Islam, sesuai dengan kedudukan Umno jauh lebih besar keahlian berbanding Pas?
Muhammad: Saya cuba menyatukan orang Melayu satu dunia, sekretariat Melayu antarabangsa tetapi kita tengok ada yang Islam, bukan Islam. Ini tidak ke mana.
Jadi lebih baik kita balik ke pangkal, kalau kita sesat di hujung jalan, kita balik ke pangkal jalan.
Mana asas kita? Asas kita, kita beragama. Kenapa tidak agama yang menjadi dominan dalam segala hal ehwal? Belia berasas kepada agama, ekonomi berasas kepada agama. Kita sudah buat, dalam ekonomi sedikit, tetapi saya fikir, sampai masa orang agama diberi keutamaan.
Brunei kita nampak jauh ke hadapan dalam banyak segi. Mengapa kita tak ikut? Jadi kita bentangkan pendapat dan orang akan dengar, orang kena berfikir, orang kena menggarap. Bagi ia (Pas) peluang untuk mencapai cita-citanya.
S) Adakah idea-idea ini pernah Tan Sri utarakan kepada orang-orang Umno, ulama dalam Umno?
Muhammad: Tak apalah. Masing-masing ada keutamaan. Mungkin bagi kita, kita nampak cara ini lebih efektif. Kita cuba, mudah-mudahan difahami dan dapat kerjasama, sokongan, jalanlah...
Mungkin perkara ini susah hendak berlaku sekarang tapi mungkin 50 tahun akan datang kita akan kata, ini betul. Inilah jawapannya
S) Tan Sri sudah mula berkempen (malam kelmarin). Ada ceramah dengan (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah Tan Sri akan “all out” dalan kempen? Nampaknya jadual Tan Sri sudah mula padat?
Muhammad: Yalah kita sudah menjadi perkakas kepada bos, kita kenalah ikut bos. Bos kata begini, kita kena ikutlah bos.
S) Apa sasaran Tan Sri sehingga 5 Mei ini?
Muhammad: Saya tak tahulah. Saya bergantung kepada apa yang disuruh. Suruh saya minum kopi, saya minum kopilah.
S) Masa dalam Umno dulu, Tan Sri tahu, Tan Sri pernah diangkat dan dikhianati, jadi adakah sekarang Tan Sri sudah menjadi seorang yang pemaaf?
Muhammad: Saya tak pernah berdendam pada sesiapa. Saya percaya kepada ALLAH, ini jalannya dan buat. Kalau ada peluang lain, saya akan buat juga. Kalau boleh saya bercakap supaya orang Melayu terbuka mata, mengapa tidak kita bersatu, mengapa saya tidak lontarkan?
S) UiTM hendak dibina di Serendah, Tan Sri juga antara pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ia ditolak mentah-mentah, dalam hal ini bagaimana pendirian Tan Sri?
Muhammad: Ya, tapi saya pandang lebih besar daripada itu. Itu penting, itu elok tetapi (saya lihat) gambaran yang lebih besar.
S) Kalau menteri besar dari Pas, mungkin perkara itu tidak berlaku?
Muhammad: Kalau menteri besar dari Pas, saya sendiri akan beritahu, berilah. Ini yang baik, isilah dengan saduran-saduran yang perlu.
S) Melihat kepada calon yang ada, adakah peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas Selangor atau Pakatan Rakyat dapat bertahan?
Muhammad: Semua calon itu baik-baik belaka yang dipilih parti masing-masing. Yang penting sekarang undi, bukan calon.
Pengundi sekarang ini apa yang mereka hendak? Mereka hendak macam Perak? Ada menteri besar yang lemah kerana Pakatan lemah? Saya tak salahkan mereka?
Ini kerana dihantar oleh seluruh pengundi, itulah wakil rakyat yang ada di Dun. Lari seorang berdua, habis. Ini terpulang kepada rakyat. Anda hendakkan begini atau sebuah kerajaan yang kuat yang boleh melaksanakan dasar-dasar yang baik terutamanya mengenai agama Islam?
Kita dipertanggungjawabkan untuk hidup dan mati. Kalau kita berminat untuk hidup, itu lah. Tapi saya bukan hanya untuk hidup kerana selepas itu kita akan mati. Lepas mati kita akan hidup. Bila kita hidup balik, kita akan disoal.
ALLAH tanya awak Islam, ini al-Quran, dalam al-Quran ada ditulis ALLAH memerintah kepada Nabi laksanakan semua yang ada dalam al-Quran, kenapa anda tidak lakukan?
Maknanya sekarang kita bertanggungjawab, terjemahkan apa yang ada dalam al-Quran itu, dari segi ekonomi dalam al-Quran, ada sumbang saran, kita laksanakan dalam kehidupan. Bagaimana hendak laksanakan? Kalau ikut al-Quran, bagaimana kita hendak laksanakan dalam negara majmuk seperti Malaysia? Dari segi keluarga, dari segi perniagaan, semuanya.
Penglibatan Tan Sri dalam Pas, adakah ia boleh beri kekuatan kepada Pas di Selangor atau kawasan Pakatan Rakyat untuk menang dua pertiga dalam PRU13?
Muhammad:Kalau mereka panggil saya, saya akan bantulah. Yang siapa kawan dia, akan jadi kawanlah. Dulu pun saya pergi ke kawasan MCA, semua saya pergi. Kalau dipanggillah. Kalau tak dipanggil, tak adalah.
No comments:
Post a Comment