9.4.13

DUNIA POLITIK ADALAH DUNIA YANG NAK BERTANDING SIAPAKAH JUARA RAKYAT

dUNIA Politik adalah dunia semua orang nak mengaku dialah juara...juara rakyat....menjadi manusia the best untuk rakyat..

Akhirnya berperang mulut antara penyokong tegar kedua parti...siapakah juara...siapa tiru siapa??..Rasional melihat fakta sudah hilang....melayu suka berperang dan menyerang... memboringkan golongan atas pagar melihatnya....

Petikan Dalam SINAR HARIAN... penyokong tegar bertengkar mengenai tulisn ini.....

Manifesto: Siapa tiru siapa?
AB JALIL BACKER
9 April 2013
PRU13
PRU13
TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.

Manifesto harus dilihat secara keseluruhan bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
  

Harga kereta

Manifesto PR

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.


Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.


Dasar Perumahan

Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.


Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.


Kereta api laju

Manifesto PR

Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.


Lebuh raya Sabah dan Sarawak

Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.


Royalti Petroleum

Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.


Permit Teksi

Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?


Pangkalan data 

Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan Statistik.

Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Memang diakui bahawa manifesto PR lebih indah daripada manifesto BN. Justeru PR tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam manifesto PR turut diambil kira oleh BN.

Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti rakyat akan mempercayai manifesto yang 'menjanjikan bulan dan bintang' tersebut?

Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.

Jadi, untuk apa dipercayai?
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
 
 
  • Rashidin Rashid · Top Commenter · Works at Tanpa Gaji Sdn. Bhd.
    Aku percaya, kalau semua manifesto bn dilaksanakan dlm masa terdekat, negara bangkrap...sbb hutang negara dah hampir RM550B...aku masih tunggu bn umum cara secara teknikal camne nak tunai manifesto mereka...pendek kata, kalau negara x bangkrap, rakyat akan terbeban dengan bayaran hutang negara nnt...jgn cuba2...buruk padahnya...bn umpama penyakit barah yg kronik...parasit yg menumpang di atas jawatan/kuasa utk membolot kekayaan negara utk diagihkan di antara mereka dan kroni2 mereka...
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      aku yakin BN ada mekanisma untuk mempastikan negara dalam landasan yg betul. 4 tahun datuk Najib jadi PM kita dapati byk perubahan berlaku. Contoh paling dekat ialah anak beranak aku sendiri. Atuk aku umur dah 87 tahun, seumur hidup tak pernah mengundi parti lain kecuali Pas tapi kali ni mmg nampak dia bertekad utk undi BN. Aku percaya byk lagi kes mcm ni di merata Malaysia
    • Anoir Junior · Top Commenter · Pirate at Carribean
      Inilah masalahnya jika ramai golongan terpelajar dan ulamak menyertai PR...maka yang tinggal hanya orang2 lama dalam umeeno dan orang2 muda hanya pandai nak buat bisnes melalui politik. Hasilnya manifesto pun tiru PR...tolak umeeno selamanya.
    • Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
      sangat2 tak yakin bn boleh laksanakan manifesto di atas..umum tahu bn sudah memerintah 56 tahun..spatotnya perkara diatas bukan lagi manifesto tetapi telah lama di laksanakan untuk kebajikan rakyat malaysia...kompem bankrap malaysia kalu bn laksanakan sebabnya dalam bn terlalu banyak naga biawak dan perompak terhormat yang kebal dari undang..contoh Kak Jat Lembu RM250 Juta, Taib Mahmud Billionaire malaysia...pendek kata bn tiada kebolehan dan hanya meniru manifesto PR..dulu kata tak realistik,bankrap itu ini..sekarang tiru..isshh..muka tak malu lar..
  • Ahmad Danial · Top Commenter
    Alahh itu simple mathematic....sudah semestinya BN yang tiru sbb PR yang bentang dulu... mana boleh PR yg tiru sedangkan masa itu BN belum bentang lagi.
  • Saffwan Kuan · Top Commenter · Abu Dhabi, United Arab Emirates
    1000% ambooo serah pada kepimpinan,yang pasti kita TAWAN PUTRAJAYA,yang dicalon bersukur yang tidak di calonkan anda pun perlu bersukur ,kerana terlepas dari tanggungjawab besar bukan di dunia tetapi akhirat,yang pasti kita bantu PARTI HANCURKAN UMNO SESAT DAN TANGKAP MAHAFIRAUN DAN SEMUA KEPIMPINAN UMNO YANG MENYELEWENG DUIT RAKYAT.............takbirrrr3
  • Razif Rafz · Top Commenter · Kajang, Malaysia
    Sebijik disalin dari manifesto PR. Hanya perkataan dan gaya saja berubah. Umpama Rendang daging dengan daging masak rendang.. cuba fikir dengan waras.
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      kesian aku tgk penyokong PR ni mcm pempuan gila meroyan. Yg PR tiru formula perkongsian kuasa yg dah diamalkan selama lebih 50 tahun oleh Perikatan dan kemudiannya oleh BN dia buat-buat lupa pulak
    • Dap Di Atas Pagar · ПТПТД
      sudah fikir memang BN tiru PR cuma janji BN dapat ditunaikan itu yg PR xmampu tiru.
  • Adibfariz Azhar · Top Commenter
    Kalau dah macam tu, kenapa dulu tak buat. Masa kuasa ditangan, takde pun buat. Skrg janji Akan buat. BOLEH percaya ke?
  • Zairul Azuan · Research Officer at Universiti Teknologi Petronas - Main Page
    Penulisan nie gaya berat sebelah...penulisan lebih menjurus kepada satu pihak..sepatutnya tidak boleh..gaya penulisan juga banyak mengutarakan pendapat peribadi/kroni untuk menawan pemikiran pembaca...sepatut nye,sediakan data sahaja,jangan ulas lebih2..biar pembaca yang fikirkan...kami juga punya OTAK.
  • DeVilz Diana · Top Commenter · Hutan blantara
    AB JALIL BACKER ~ hahahaha... elok kau jadi penulis dibhg Tabika KEMAS
  • Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
    "Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka..." dan tajuk: Manifesto: Siapa tiru siapa?
    Penulis paling bonggok di Abad ini. Manifesto PR sudah lama didedahkan melalui buku jingga, ceramah, dlm media2 sosial dan sebagainya berkaitan turun harga kereta, minyak, pendidikan percuma, hapuskan tol dsb. Manifesto BN baru lagi diumumkan. Mana mungkin yang KEMUDIAN DITIRU OLEH YANG TERDAHULU. Kan itu gila namanya. Tak payah jadi penulislah.... belajar kat tadika balik.
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      BN dah lama diujudkan sebelum adanya Barisan Alternatif. Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan skrg ni Pakatan Rakyat. Sapa tiru sapa?
    • EngkuRaja Kayanganlima · Herba antarabangsa
      topik isunya moneyfesto atau manifesto PR13
      jgn lari topik
    • Cuka kurma & Jus Delima.com
      HISYAM NI TERLALU FANATIK, TAK TAHU BEZA NAJIS DENGAN YANG SUCI. BN NAJIS DITELANNYA. KATANYA SUCI.
  • Amir Amar · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia UUM
    56 TAHUN MERDEKA....OI BN..APA YG KAMU BUAT SELAMA 56 TAHUN ???? RAKYAT MASIH SUSAH...HUTANG NEGARA BERTIMBUN....KETIRISAN DUIT RAKYAT DI SANA-SINI...JALAN BANYAK YG LUBANG-LUBANG...ORG KAMPUNG X MERASA APAPUN...HANYA YG ADA BALAI RAYA,JALAN LUBANG-LUBANG..BRIM???..DAH NAK XPAYED BARU NAK BAGI..ITU PUN 500/56 TAHUN... KRONI BN???...HARTA NEGARA SEMUA DIA SAPU...ROYALTI SEMUA DIA KEBAS..BANK..SEMUA KRONI DIA PEGANG...ITULAH KERAJAAN BN..SETUJUKAH ANDA PERKHIDMATAN DIBERIKAN BN KEPADA RAKYAT?????
  • Kelabraiders Harimaupantaitimur
    Senang jer masalah ni Manifesto PKR bukan janji.Manifesto BN akujanji .lu pikir la sendiri
profile

SinarOnline

SinarOnline

SinarOnline Media perdana: Bebaskan mereka! #SHKolumnis fb.me/2vUdFoaTg 18 minutes ago · reply · retweet · favorite
SinarOnline Hadi: 'Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri' #SHPolitik fb.me/NGrya7fy about 1 hour ago · reply · retweet · favorite
SinarOnline Misteri kubur, polis temui 31 bungkusan pasir #SHKEL fb.me/E0GM6Zrn about 1 hour ago · reply · retweet · favorite

No comments: