Salam,
Ramai generasi kini mudah percaya dengan maklumat yang disumbat dan dipamerkan serta disebarkan dalam FB, TWITTER, BLOG, WEb, youtube tanpa usul periksa sama ada ianya bersumberkan kepada SUMBER yang boleh dipercayai atau sekadar khabar angin..... setengah orang kata, itulah kebodohan generasi kini...kasar pula bunyinya...ubah...itulah sedikit kurang bijaknya generasi kini...haaa barulah lembut bunyinya...
Hari ini penyebaran maklumat terlalu laju sampai ramai akan terasa lambatnya untuk mengkaji kesahihannya, kena pula ada pelbagai software yang hebat yang boleh buat sesuatu yang palsu menjadi sesuatu yang sebijik sama dengan realiti...
Kita ada ilustrator, photoshop yang boleh ubah surat palsu menjadi surat benar.
Kita ada pelbagai nama program yang boleh edit photo, video dan apa sahaja berbentuk IT yang boleh menukarkan kepalsuan menjadi kenyataan... orang multi media tentu mudah faham maksud ini....
Sebagai contoh, dulu, orang percaya yang HOSNI Mubarak menerima balasan Allah atas kezalimannya kerana telah disebarkan bahawa beliau tension giler selepas dijatuhkan, menjadi kaku, kena darah tinggi, berada dalam suasana nazak dan hampir mati malah hidup dgn bantuan alat pernafasan.. tapi hari ini akhbar menunjukkan kesihatan manusia bernama Hosni mubarak yang sihat dan seolah-olah menafikan semua sebaran dalam FB, Twitter, Blog dan Youtube....
IKUTI laporan akhbar di bawah...
KAHERAH - Selepas beberapa bulan diselubungi khabar angin bahawa
bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak dan
hampir mati, imej Hosni di sebuah mahkamah kelmarin telah mengejutkan
kebanyakan penduduk di negara ini.
Hosni yang meletakkan jawatan pada Februari 2011 dilihat tidak seperti yang disangka oleh kebanyakan penduduk di Mesir.
Dia yang duduk di kandang pesalah kelihatan bertenaga dan memakai
cermin mata hitam selain memberikan senyuman kepada para penyokongnya.
Hosni yang berusia 84 tahun itu berdepan dakwaan rasuah duduk bersama dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Bekas Presiden itu sebelum ini ditahan di sebuah hospital tentera di
sini kerana mengalami masalah jantung, tulang rusuk retak, cecair di
dalam paru-paru, kemurungan dan tekanan darah tinggi.
"Saya mahu melihat seorang lelaki yang sakit. Bagaimanapun,
gambar-gambar yang menunjukkan dia tersenyum dan memberikan senyuman
amat provokatif," kata seorang penduduk di Kaherah, Heba Radwan. - Agens
No comments:
Post a Comment