Liquid C1
JIKA sebelum ini jenama Acer terkenal dengan rangkaian produk seperti
komputer riba serta pembangunan produk ultrabook, kini jenama tersebut
mengorak langkah dengan memperkenalkan telefon bimbit pintar yang
menggunakan kuasa Intel Inside sebagai pemproses dalaman.
Diperkenalkan sebagai Acer Liquid C1, ia merupakan telefon pintar
pertama yang dikuasakan dengan pemproses Intel sekali gus memperlihatkan
kelainan dengan mana-mana telefon yang menggunakan sistem operasi
Android 4.1 Ice Cream Sandwich.
Menurut Presiden Kumpulan Bisnes Telefon Pintar Acer Inc., Liew Sze
Thai, kerjasama yang terjalin bersama Intel Inside menunjukkan komitmen
mereka dalam memastikan pengguna masa kini mampu memanfaatkan sepenuhnya
penggunaan Acer dalam aktiviti seharian mereka.
"Dibangunkan bersama pemproses Intel Atom 1.2 giga herz bagi
kelancaran operasi, peranti tersebut membolehkan pengguna merasai
ciri-ciri responsif beserta kawalan sentuhan dan pembukaan laman web
yang pantas.
"Sistem operasi beserta kuasa enjin grafik sehingga 400 mHz amat
sesuai bagi main semula video di samping kamera lapan mega pikselnya
mampu menampung rakaman lima cetakan sesaat (fps)," katanya pada majlis
pelancaran Acer Liquid C1 di ibu negara baru-baru ini.
Daya ketahanan baterinya sehingga sembilan jam memastikan kelancaran
ketika penggunaannya sepanjang hari turut ditambah dengan kelajuan
operasi Internet sepantas 3G yang beroperasi pada 21 Mbps.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini boleh layari laman web www.acer.com.my dan Liquid C1 kini telah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM999
No comments:
Post a Comment