6.2.12

terima aksih buat AQSA SYARIF - IKRAM....!!!

Ahli Parlimen Palestin puji kita


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha yang dilakukan rakyat Malaysia bagi membantu masyarakat Palestin mendapat pujian daripada Ahli Parlimen negara itu, Dr Mohammed Shehab dengan melabelkan Malaysia sebagai negara prihatin.

Dr Mohammed Shehab berkata, bantuan rakyat Malaysia terutama melalui Aqsa Syarif bukan saja berbentuk barangan, malahan pembinaan Kilang Roti Persahabatan Malaysia-Palestin di Bandar Tal Al-Islam, Jabalia, Utara Gaza, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara itu.


Katanya, selain itu dana tambahan RM25,000 yang disalurkan bagi projek ternakan lembu tenusu di utara Gaza turut membolehkan bilangan ternakan lembu bertambah dan ini usaha jangka panjang Malaysia bagi membantu rakyat Palestin.

“Kami rakyat Palestin sangat berterima kasih dengan sumbangan Malaysia dan usaha ini perlu dicontohi negara lain. Al Aqsa sebuah organisasi Malaysia banyak memberikan bantuan kepada kami.


“Saya hanya ingin memberikan contoh kilang roti yang dibina, ia memberikan banyak faedah kepada rakyat Palestin. Kilang yang diusahakan bersama Aqsa Syarif Berhad dan Persatuan Islamic Jabalia itu membolehkan rakyat Palestin dari golongan fakir miskin mendapatkan roti percuma,” katanya ketika hadir di Balai Berita di sini, semalam.


Beliau datang ke negara ini bersama Dekan Kemasukan dan Pentadbiran, Universiti Alaqsa Gaza Palestin, Dr Fayik R M El-Naowk dan Pertubuhan Islam Palestin bersempena KL Festival Filem

No comments: