Al-Quran mengingatkan kita bahawa
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (An-Nuur 24:11)
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:13)
Maknanya Allah nak kita menjadi manusia yang analitikal pada isu-isu yang dikemukakan dengan membawa bukti dan fakta yang jelas dan bukan bermain emosi semata-mata dan bertanggungjawab pada hujah dan idea yang dikemukakan.
Dunia sekarang adalah dunia kepantasan maklumat...kena check maklumat yang sampai kepada kita itu maklumat tepat atau maklumat rekaan kerana dengan kepantasan maklumat maka kepantasan fitnah, berbohong dan dusta akan tersebar dgn cepat dan pantas.
Bila kita melihat video di atas, kita melihat dengan emosi yang geram lalu kita melupai akal yang waras,
lalu bersemburlah kemarahan kita....
tetapi hari ini AKHBAR ada melaporkan sesuatu yang sebaliknya.....
Tampal mulut bayi
hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
INI adalah beberapa pandangan ibubapa pasal hal ini:
1. As Salam,
2. Rupanye yang jadi mangsa tampal mulut tu anak pemilik pusat asuhan sendiri tu sendiri. Laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa kanak2 berkenaan.
3. Semalam masa tgk video ni bertambah kecut perut rasa nak hantar anak ke Taska, tapi itula risiko ibu yg bekerjaya ni, setakat ni mama masih beruntung sebab duduk dekat dgn family dan mak mertua sudi jaga anak2 kami, bila mak mertua ada hal, mama akan minta tolong pada keluarga mama.
4.
No comments:
Post a Comment