29.2.12

KAJIAN KES LAPORAN AKHBAR DAN PERCAKAPAN PERSONAL : KES KHALWAT SEORANG BEKAS PENSYARAH UIA

SALAM Pembaca Sekalian,

Saya mengajak pembaca menggunakan konsep pemikiran 3K iaitu kreatif, konstruktif dan kritikal dalam membuat perbandingan pernyataan beberapa akhbar.

Saya akan kumpulkan pelbagai maklumat daripada pelbagai akhbar supaya kita membaca maklumat itu saban hari dan menganalisa isu-isu yang berlaku...

Kita tak boleh cepat menghukum sama ada kita pro padanya atau kontra dengannya....tetapi maklumat yang diterima perlu dinilai sah/benar atau tidak...jadi kena membaca pelbagai sumber....

kerana semakin dekat PRU 13 semakin bbyk isu yang akan dikeluarkan untuk membina persepsi masyarakat....

jom kita baca seterusnya.........

=========================================
Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrulamin Bahron [B][/B]kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.

Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.

Beliau kini bekhidmat sebagai Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor.

Fungsinya antara lain mengatur ceramah,penerangan,kawal selia laman web dan sebagainya.

Beliau juga pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.

Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ,sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.Banyak VCD zikir munajadnya di jual serata tempat termasuk pasar malam.

Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang.-25/2/2012

===========================================
Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

=======================================
[B]Kes khalwat Dr Badrulamin: Polis belum terima laporan dipukul[/B]

[B][/B]Polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron.
Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrulamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.
Polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, yang dibuat di Balai Polis Beserah di sini pada 10.28 pagi, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini pada Selasa.

Beliau ditanya sama ada polis ada menerima laporan daripada Badrulamin, yang dilapor media sebagai mendakwa dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang.

Mengulas lanjut, Mohd Jasmani berkata polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.-28/2/2012
=========================================

[HR]

[B]Dakwaan khalwat: Dr Badrulamin berundur...[/B]

"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.
Katanya kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya.

Dr Badrulamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Sebelum itu, Dr Badrulamin memberi keterangan lebih dua jam dalam siasatan di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) petang Isnin mengenai dakwaan berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok awal pagi Sabtu.

Turut memberi keterangan ialah wanita berkenaan berusia 28 tahun yang bertugas di sebuah institut kemahiran di Rompin.Namun suami wanita berkenaan yang cekup mereka di hotel berkenaan tidak hadir.

Dr Badrulamin ditemani oleh isterinya,Zumrah Husni dan peguam tiba jam 2.50 petang manakala wanita berkenaan 3.05 petang.

Siasatan keatas Dr Badrulamin berakhir jam 5.20 petang.

Setakat ini Jaip tidak memberitahu hasil siasatan berkenaan yang dijalankan di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Ditemui wartawan selepas itu,Dr Badrulamin kata beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.

Beliau tetap mendakwa tidak bersalah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan dirinya diperangkap.

Ditanya mengenai dakwaan dipukul oleh 20 orang semasa dicekup pagi Sabtu,Dr Badrul kata setakat ini belum masanya lagi untuk buat laporan polis.

Wanita isteri orang itu yang ditemui sebelum meninggalkan perkarangan pejabat itu jam 6.20 petang mendakwa beliau diperangkap dalam kes itu.

Beliau enggan menyatakan apa-apa bila ditanya mengenai suaminya.Kedatangannya di situ ditemani oleh dua anggota keluarganya.-27/2/2012

===========================================

SATU PANDANGAN DARIPADA SEORANG BLOGGER AGENDADAILY

[IMG]/images/stories/badeexx513.jpg[/IMG]Betul ke tidak betul dakwaan beliau khalwat itu satu bab lain.Itu kena serah pada Jabatan Agama Islam Pahang selesaikan siasatan.

Namun Dr Barulamin Bahron akan jatuh jadi 'kaki kelentong' jika beliau terus cakap lebih-lebih untuk cuba bersihkan dirinya menerusi ceramah umum dan kenyataan hentam keromo.

Lagipun kes ini nampak lebih pada isu antara Pengarah Penerangan Khas pejabat Menteri Besar Selangor dengan suami wanita yang beliau didakwa berkhalwat.

Tiba-tiba kini macam satu dunia khususnya UMNO sudah jatuh berkonspirasi untuk perangkapnya - ayat biasa bagi mana-mana pemimpin pembangkang bila saja berdepan masalah.

Kata orang kalau Dr Badrulamin ada rasa malu,beliau tentu akan merasa amat malu dengan kenyataannya di ceramah di Seremban Isnin malam yang mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Gambaran yang cuba diberi nyata jauh dari kebenaran.

Pada ceramah itu Dr Badrulamin yang cuba nak cuci diri di situ dengan mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," begitulah beliau dipetik sebagai berkata.

Dimana agaknya Dr Badrulamin nak sorok muka bila Bernama melaporkan petang Selasa sebenarnya Tengku Mahkota Pahang yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Lebih teruk beliau guna ayat "kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang."

Ini seolah memberi gambaran sudah sah itu konspirasi UMNO hingga mendorong Tengku Mahkota Pahang kena campurtangan untuk selamatkannya.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Beliau juga sibuk menjaja cerita mendakwa pemandunya diugut.

Dalam pada itu beliau juga menjaja bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

Ini nak tunjuk 'ada sesuatulah'.

Kalau Ahli Parlimen yang bertugas di luar negara dan mewakili kawasan Rompin...siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Soalnya kalau betul pun Ahli Parlimen berkenaan telefon ,bukankah satu perkara biasa wakil rakyat menelefon rakyat di kawasannya untuk bertanya tentang masalah dihadapi.

Apakah itu pun nak diputar macam ada konspirasi - tanpa tahu kedudukan sebenar.

Siapa tahu ini adalah masalah terpencil antara seorang suami yang tengah bengang dan bertindak cekup mereka di bilik hotel itu.

Rasanya elok Dr Badrulamin jangan main sedap mulut.

Kalau nak dapat pedoman bolehlah beliau mendapat 'kaunseling' dari orang yang beliau gambarkan macam Imam Mahadi baru-baru ini.

Sambil-sambil itu boleh tanya-tanya orang yang beliau sanjung itu bagaimana agaknya dia boleh termasuk dalam apartmen dan dirakam 'beraksi' dengan seorang China Doll.

Mungkin kot orang itu akan jawab padanya dia mengigau dalam tidor dan merangkak dari rumahnya masuk ke apartmen itu.-28/2/2012

====================================

Tiada rakaman Badrulamin dipukul kumpulan samseng

INILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang.


KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

====================================================

Wanita kes Badrolamin: 'Fitnah, saya tidak khalwat'

Harakahdaily, 28 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Wanita dalam kes khalwat Dr Badrolamin Bahron menafikan mereka berkhalwat sebagaimana yang didakwa.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!"

Pengakuan wanita itu dibuat kepada wartawan Sinar Harian sebagaimana yang dilaporkan hari ini.

Akhbar berkenaan berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu.

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya.

Wanita berkenaan didakwa berkhalwat dengan Badrolamin di sebuah hotel di Kuantan baru-baru ini. Laporan berkhalwat berkenaan dibuat oleh suami beliau kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Ekoran itu, Badrolamin dinasihatkan bercuti sebulan dari jawatan Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar kerajaan negeri Selangor.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti
=========================================================

Suami wanita kes khalwat tampil beri keterangan


SUAMI wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin keluar dari pejabat JAIP di Kuantan lewat petang semalam.


KUANTAN - Suami wanita berumur 28 tahun yang didakwa ditangkap khalwat (gambar) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu tampil memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dengan ditemani ibu bapanya, bapa saudara serta anak lelakinya yang berumur tiga tahun.

Lelaki tersebut bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas didapati meninggalkan bangunan JAIP melalui pintu pagar belakang pada kira-kira pukul 7 petang.







===========================================================

Tengku Abdullah ingin tahu siapa ditangkap khalwat

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Kata sumber itu lagi, pada malam 25 Februari lepas, baginda yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya: 'Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg... tq'," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam

===================================================

KITA TUNGGU LAPORAN AKHBAR SETERUSNYA......

No comments: