7.2.12

Ponteng Sekolah Akibat Ketandusan Kecerdikan Rabbani dan Matlamat Hidup Yang Tak Jelas

Ponteng Sekolah Akibat Ketandusan Kecerdikan Rabbani dan Matlamat Hidup Yang Tak Jelas


Pelajar ponteng baca al-Quran


Hussin Awang (tiga dari kanan, berdiri) memberikan nasihat kepada 28 orang pelajar yang ditahan sewaktu operasi mencegah ponteng di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 6 Feb. - Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Baharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini, diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot, di sini untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun, ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu melibatkan lapan agensi kerajaan berkaitan, selama dua jam bermula 9.30 pagi itu, adalah lebih kepada usaha untuk mendidik pelajar agar tidak ponteng sekolah, katanya.

Katanya, terserah kepada pihak sekolah untuk memanggil ibu bapa atau penjaga pelajar terbabit untuk dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan anak mereka itu

No comments: