5.3.11

TEPAT SEKALI KEPUTUSAN INI - KENA PADA MASANYA.

Larangan untuk elak kecelaruan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie bagi mengelak timbulnya kecelaruan di kalangan umat Islam.

Peguam Sulaiman Abdullah berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu telah merumuskan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu menguasai al-Quran dan hadis serta menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

"Peguam syarie juga perlu menguasai bahasa Arab, ilmu usul fiqh dan fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah agar dapat memberi kemasalahatan kepada umat Islam dan keadilan menurut perspektif agama tersebut.

"Demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie," katanya.

No comments: