Budak baik di sekolah biasanya dibenci oleh pelajar - pelajar yang bermasalah kerana mereka jeles dgn layanan istimewa guru-guru terhadap pelajar-pelajar baik ini.
Manakala pelajar yang memukul adik ini perlu dicari sehingga ke lubang cacing dan perlu dihadapkan ke mahkamah sekolah...malah boleh dibuat kes polis kerana tindakan mereka yang sudah melampau dan berlaku kecederaan fizikal dan emosi...
Saya teringat dulu pernah dibuat satu program iaitu meletakkan pelajar-pelajar yang bermasalah ke dalam "lubang-lubang kubur" yang ditutup dgn kayu atau zink dan dikawal oleh guru atau urusetia program utk menyedarkan mereka bahawa kalau nak jadi samseng sekolahpun mereka tetap kena ingat bahawa satu hari nanti mereka akan MATI!....
Adakah memadai jadi samseng sekolah, sepak org, pukul org tetapi akhirnya MATI dan ditanam serta menjadi makanan utk ulat dan cacing tanah....
Lebih padah lagi jika perbuatan samseng mereka di dunia...di azab dan diberi hukuman di alam kubur nanti!
Dalam program itu, ramai yang nangis ketakutan dan mereka berkata, "saya belum bersedia utk mati kerana............."
Maknanya....sesamseng-samseng pelajar di sekolah, jiwa mereka masih lagi lembut.... sehebat mana kesamsengan mereka....dalam jiwa mereka tetap ada perasaan takut dan kecut....
Wassalam
++++++++++++++++++++++++++++
Ketua kelas patah tangan dibelasah
KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.
Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.
Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.
No comments:
Post a Comment