5.3.11

MOHON WARTAWAN GUNA BAHASA YANG SESUAI KETIKA MEMBUAT LAPORAN

Bahasa adalah jiwa bangsa...bahasa melambangkan keperibadian seseorang.

Laporan dibawah seolah-olah guru disiplin ini bersalah melakukan perbuatan terkutuk.

Sedangkan ianya hanyalah pertuduhan.

Malah perkatan "mencabul kehormatan" perlu ditukar kepada "melakukan gangguan seksual" kerana "mencabul" seolah-olah hampir kepada merogol...... sedangkan peristiwa itu berlaku di dalam bilik guru, mana boleh dalam 1 jam, perbuatann "cabul" dilakukan kpd 11 org pelajar perempuan sekolah menengah. Manakala bilik guru disiplin bererti bilik yang ada guru-guru lain....

Saya bukanlah menyokong tindakan guru itu tetapi RISAU dengan ayat dan perkataan yang digunakan.....

Kita tunggu keputusan Mahkamah selepas perbicaraan dibuat....

SUKAR juga menjadi guru disiplin dewasa ini, kerana tindakan guru-guru menangani disiplin boleh dan mudah dicabar oleh pelajar (dgn kerjasama pihak luar) dan membawanya ke mahkamah...

Adakah tindakan mencabar ini boleh membantu menangani masalah disiplin di sekolah yang semakin runcing dan menakutkan itu...

UTK NGO'S perlu dibina kepelbagaian modul .....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Guru dituduh cabul 11 pelajar

AMPANG - Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana didakwa mencabul 11 pelajar perempuan berusia di antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, yang menghadapi 11 tuduhan cabul bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd. Rahman.

Tertuduh dari Pulau Pinang yang telah berkhidmat selama 23 tahun sebagai guru itu, didakwa mencabul kehormatan semua mangsa tersebut di dalam bilik guru disiplin di sekolah berkenaan di antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar perempuan


2011/03/05

KUALA LUMPUR: Seorang ketua guru disiplin didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini semalam atas 11 tuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 hingga 16 tahun di sebuah sekolah di Pandan Indah, di sini bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48, berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu dengan meletakkan tangan di atas dada mangsa di bilik guru disiplin sekolah berkenaan antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Majistret Azaraorni Abdul Rahman menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan dan membenarkan tertuduh dijamin keseluruhan RM11,000.


No comments: