27.3.11

Apa hukum Islam pada Anak Biri-Biri ini? Islam jelas dlm hal ini!

Biri-biri lahirkan anak anjing


ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.

KIRI: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri.


XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.

"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.

"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi

24.3.11

Pelajar Bukan Islam dapat A+ dalam Tasawwur Islam.......bagaimanapula pelajar Islam...malu rasanya!

Pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan SPM

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, turut mencatat sejarah manis apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan itu.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, juga memperoleh 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.


Saya minat hendak tahu mengenai Islam kerana ia agama rasmi Malaysia dan ingin tahu pandangan orang Islam terhadap kehidupan. Tidak sukar memahami mata pelajaran ini kerana rakan yang beragama Islam sering membantu, selain guru yang mengajar dengan penuh tumpuan walaupun saya bukan Islam.

"Malah, saya mendapat sokongan kuat ibu bapa dan mereka tidak membantah saya mengambil mata pelajaran ini. Saya cuma belajar sendiri dengan bantuan guru dan rakan serta mentelaah buku teks," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring di sini, semalam.


Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam

Apabila Minda Kita Tertipu dgn Garisan 3D

Laluan pejalan kaki unik


LALUAN pejalan kaki yang kelihatan seperti curam di Alicante, Sepanyol.


ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.

Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

23.3.11

Jumpa doktor jika bayi tidak mengengsot..pakar NURY



Doktor,
ADAKAH seseorang bayi yang mengengsot tetapi tidak merangkak merupakan
satu kebiasaan di dalam tumbesaran bayi? Saya berasa agak bimbang
kalau-kalau keadaan ini akan memberikan kesan negatif terhadap
perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut?
- IMAN, Tronoh, Perak

*Mengengsot

Merangkak adalah cara pergerakan yang utama pada bayi sebelum mereka
mula berjalan - kebiasaannya mula dipelajari pada enam bulan kedua.
Pada masa yang sama, bayi belajar duduk sendiri untuk jangka masa yang
lama. Proses pembelajaran ini berlaku secara beransur-ansur.
Proses ini lazimnya mencapai tahap sepenuhnya ketika bayi berumur
sembilan hingga 10 bulan.

Sebelum seseorang bayi itu boleh merangkak, ia boleh mencari
kaedah-kaedah lain untuk pergerakannya.

Bagi kebanyakan bayi, creeping atau bergerak di atas perut sebelum
boleh merangkak, selalunya berlaku sekitar umur mereka tujuh bulan.
Bayi-bayi juga tahu mereka boleh bergerak jauh dengan hanya berguling
(rolling) dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Bayi juga boleh bergerak ke depan dengan hanya mengunakan tangan dan
siku mereka sambil kedua-dua kakinya lurus di belakang.

Bayi juga boleh bergerak sambil duduk dengan menarik menggunakan satu
atau kedua-dua tangan yang dinamakan mengengsot (bottom shuffling).

Daripada perspektif bayi, cara ini ada beberapa kelebihannya dari
merangkak - ia boleh membebaskan satu tangan. Ia juga memberikan jarak
penglihatan yang lebih baik dan, bayi sudah dalam posisi duduk bila
sampai ke destinasinya.

Kelebihan seperti ini memberikan alternatif yang lebih mudah dan
menjadi pilihan kepada sesetengah bayi sehinggakan mereka langsung
tidak merangkak dan terus belajar berdiri dan berjalan.

Ini satu fenomena yang normal dan tidak perlu dikhuatiri akan membawa
kepada masalah koordinasi (penyelarasan) dan sebagainya.
Bayi-bayi mempelajari kemahiran pada tahap dan masa yang berbeza, ada
yang cepat daripada yang lain.

Jika bayi tidak menunjukkan apa-apa minat untuk bergerak sama ada
merangkak, mengengsot, meniarap dan sebagainya serta tidak menunjukkan
koordinasi tangan dan kaki yang baik atau, kurang menggunakan tangan
dan kaki dengan sama apabila mencapai peringkat umur setahun, maka
bayi itu perlu diperiksa oleh doktor. Harus juga diingat bahawa bayi
yang lahir tidak cukup bulan (pramatang) mungkin mencapai tempoh ini
dalam masa yang lebih lewat berbanding rakan-rakan mereka yang
dilahirkan dengan normal sembilan bulan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Pediatrik (Kanak-kanak), Dr.
Mohd. Nazir Abu Bakar.

Rawatan & Terapi Stress by NURY

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.


Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menhasilkan tenaga itu. Responnya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain – iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk).. Kita namakan ini respon “survival”, iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang mammalia atau reptilia.
Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif:
- Menarik nafas panjang
- Mengucap
- Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
- Menyempurnakan exercise “relaxation dan visualisation”.
TANDA - TANDA STRESS:
Orang yang menerima amarah ini juga akan dengan itu respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenaline yang berlebihan.. Jika orang itu berakal, dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum3 tahun ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama Autisma. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau “Schizophrenia”.
Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya,keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak menghidap sawan tarik atau di lahirkan anak kurang upaya.
Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress.

Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH :

Ø Otot-otot muka bergerak
Ø Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
Ø Menggigit kuku atau bibir
Ø Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
Ø Menggoyangkan kaki
Ø Jantung berdebar
Ø Pernafasan cepat
Ø Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
Ø Muka merah atau pucat
Ø Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
Ø Rasa loya atau tidak lalu makan
Ø Mulut kering
Ø Rasa takut sesuatu akan terjadi
Ø Kerongkong rasa tersekat
Ø Sentiasa menelan air liur
Ø Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
Ø Tidak boleh memberi tumpuan
Ø Selalu pening kepala atau sakit
Ø Lemah lutut
Ø ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang
Ø Senang panik
Ø Senang lupa
Ø Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
Ø Kencing malam
Ø Mengigau
Ø “HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
Ø Merajuk
Keadaan ‘STRESS’, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah naik tinggi (melebihi 120/80) secara berterusan, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi ini lah penyebab penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser, penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser.

MAKANAN DAN STRESS :

Makanan dan minuman udara dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahan-bahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus. Diantara makanan yang diberi nama ‘Junk Food’ atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi, tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosodium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga termasuk dalam katogeri makanan dera diri atau “JUNK FOOD”
Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi ‘Stress’ itu.
Rokok merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepada penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang, dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal.
FREE RADICAL :
‘Free Radicals’ atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyakit-penyakit lain.
Makanan dan minuman sekarang secara am telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan ‘Stress’, menambahkan racun darah dan menambahkan lagi ‘Yis’ atau ‘Ragi’ yang dikenali sebagai Candida, yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lain-lain.
Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan di perkuatkan dengan amalan MENU pusingan, cara makan yang betul, cara minum yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai.

SALURAN DARAH TERSUMBAT :

Hasil dari emosi yang negatif dan makanan dan permakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (Low Density Lipo protein) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan penafasan.

APAKAH RAWATAN YANG DI SEDIAKAN ?

RAWATAN YANG DI SEDIAKAN DI KLINIK INI IALAH :
Ø Chelation Therapy di beri melalui drip 2 ½ - 3 jam satu sesi.
Ø Vitamin c drip yang diberi melalui drip dalam dos yang tinggi untuk menguatkan sistem ketahanan dalaman.
Ø Injection B-komplek dan B-12 secara rutin bersama dengan semua jenis terapi yang diberi.
Ø Cuci usus ( Colon Hydrotherapy )
Ø Ozone dan Infra-Red terapi yang diberi bersama multi-mineral drip.
Ø O2CO2 Therapy
Ø AIT (Auditory Integration Training) – (Latihan Integrasi Pendengaran)
Ø Rawatan Anak Istimewa seperti Cerebal Palsy, Down’s Syndrom, Autisma, Attention Deficit Syndrome, anak yang hyperaktif dan lain-lain yang kami beri satu nama sahaja iaitu “Brain Injury” atau kecederaan otak.
Ø Laser Therapy.

Konsep pendidikan anak-anak yang boleh dicontohi - thx to NURY

konsep prinsip NURY

1. bahawa setiap anak dr dlm kndgn ibunya lg tlh dibekalkan dn potensi utk membesar & membangun ke tahap setingginya, iaitu ke tahap cemerlang, pd segi fizikal, sosio emosi, iman, intelek dan fisiologi (kesihatan)

2. bahawa pembangunan setiap anak mempunyai peluang bsr utk menjadi nyata hanya sekiranya ibubapa, sbg PENDIDIK dan PENGASAS utama dan pertama, berusaha memberinya stimulasi serta pengasasan awal sejak anak itu dalam kandungan secara berterusan dgn keutamaan diberikan kpd usia 3 tahun.

3. bahawa ibubapa perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran sehingga dapat menyempurnakannya dgn penuh tawadhu', fungsi serta tanggungjawab sbg pengasas dan pendidik pertama dan utama kpd anak sendiri.

4. bahawa perkembangan potensi optima setiap anak yg bermula di suasana rumah mestilah diperkayakan dgn pengetahuan di luar rumah dan pengetahuan dan pengalaman yg diperoleh dr luar rumah itu harus pula dihalusi dgn bimbingan di rumah masing - masing.

5. bahawa apabila konsep dan pengetahuan itu menjadi amalan sejumlah besar keluarga - keluarga sehingga dijadikan CARA HIDUP dan ADAT RESAM, masyarakat itu, maka barulah tercapai pembangunan keluarga yg sebenarnya dan dgn itu, pembangunan agama, bangsa dan negara yg utuh.


PEMBANGUNAN ANAK ADALAH SATU IBADAH

1.Anak adalah ANUGERAH dan AMANAH bukan BEBANAN, MENJAGA dan MENDIDIK anak adalah ibadah yg besar, saham utk pelaburan di akhirat apabila anak itu mampu menjadi KHALIFAH di muka bumi Allah ini.Kenapa KHALIFAH, krn ia antara sebab penciptaan manusia dan ia adalah model manusia CEMERLANG yg berILMU, berIMAN, berAKAL dan berAMAL BAIK.

2. 3 tahun pertama usia anak adalah usia penting perkembangannya krn otak berkembang dgn pesatnya pd waktu ini (25% pd waktu lahir, 50% 6bln, 85% 3thn dan 95% 6thn) dan dpt menyerap banyak informasi tanpa berasa susahnya sesuatu fakta seperti kewujudan Allah, krn ia adalah suatu fitrah.

3. Kasih sayang tanpa syarat. Sayangilah semua anak tanpa pilih kasih krn setiap satu mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Rasulluah saw sangat menekankan ttg keadilan orang tua dalam menyikapi setiap anak-anak mereka. contoh Nabi Yusuf dibuang dlm perigi oleh saudaranya adalah disebabkan saudara lain merasa dengki dgn kasih sayang Nabi Ya'kub kpd Nabi Yusuf. Anak yg selalu ditinggalkan akan meninggalkan ibubapa keseorangan di usia tua.

4. Pukulan dan herdikan bukannya akan mendisiplinkan anak bahkan merosak sosio emosi dan minat anak utk belajar. Tegurlah dengan baik dgn memberikan kefahaman kenapa sesuatu itu tidak boleh dilaksanakan. Jd ibubapa sgt perlu utk bersabar dgn telatah anak.

5. kepimpinan melalui teladan. Apa yg kita buat akan mudah diikuti anak berbanding apa yg kita perintahkan. Jd siaplah utk menjadi contoh terbaik anak - anak.


-> Checklist ANAK CEMERLANG
1. sihat dan jarang sakit, klw sakit cepat sembuh
2. mempunyai sosio emosi yg positif dan produktif
3. anak sering riang dan gembira, jk menangis cepat diam
4. berminat pd buku dan boleh membaca
5. minat pd ilmu pengetahuan
6. mempunyai daya sentuhan yg tepat
7. berdiri tegak dan bergerak dgn gerak silang sepenuhnya (tgn kiri dan kaki kanan=kawat)
8. faham dan boleh bertutur sekurang - kurangnya dlm 2 bhs dgn tepat dan jelas serta penuh adab
9. menulis dan melukis dgn tepat dan jelas
10.guna jari dan tgn dgn halus, tepat dan beradab
11.suka bertanya, mencari, mencuba dan meneroka
12.cekap mengatasi masalah
13.cekap mewujudkan sesuatu yang baru dan lebih sempurna
14.mempunyai daya intuit dan daya firasat yg kuat dan berkesan
15.anak yg suka dan kagum kpd ilmu dan persekitarannya
16.anak yg ada disiplin diri, keyakinan diri dan maruah diri
17. boleh menghafaz sekurang - kurangnya 20 surah, doa - doa dan beberapa hadis pd usia 4 - 5 tahun
18. kenal lebih 50 bendera


-> 14 PROGRAM NURY
1. kesihatan dan keselamatan
2. pemakanan dan khasiat makanan
3. pembangunan fizikal
4. pembentukan sosio emosi dan daya intuit
5. pertuturan dan bahasa (BI/ BM/ aL-Quran)
6. muzik dan irama
7. cebisan intelek
8. hafaz quran, hadis, doa dan zikir
9. bacaan (BI/ BM/ aL-Quran)
10. konsep bilangan dan matematik
11. pembangunan daya manipulasi
12. pembangunan daya kreatif dan daya fikir
13. akil baligh
14. organisasi dan kepimpinan

Penyakit Gila atau Skizofrenia boleh dirawat

Salah satu jawapan Arwah Dato' Dr Noorlaily terhadap masalah otak yang tercedera.....


Selasa, Disember 15, 2009

Penyakit Gila atau Skizofrenia boleh dirawat

Gambar hiasan

Kisah “Derita budak halusinasi” ini saya petik dari sumber HMetro 2009/12/11.

IMAGINASI kanak-kanak memang tiada had sempadan. Ada yang gemar tampil dengan pakaian super hero kegemaran atau berangan menjadi puteri. Namun, tidak semua imaginasi itu bagus untuk proses pembesaran kanak-kanak kerana ada ketikanya halusinasi itu mampu mendorong kepada kelakuan yang menakutkan. Bagi, pasangan Michael dan Susan Schofield, mereka tahu bagaimana penyakit mental mampu merosakkan kehidupan indah seorang kanak-kanak. Anak mereka, January ‘ Jani’, 7, disahkan mengidap penyakit schizophrenia yang amat jarang ditemui pada kanak-kanak.

Berdasarkan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), schizophrenia adalah satu penyakit kerosakan otak yang menyebabkan penghidapnya mendengar suara ghaib dan menyalah anggap kehidupan realiti. Dalam sesetengah kes, pesakit turut menganggap masyarakat sekeliling merancang untuk memusnahkan mereka dan akhirnya berlaku kemurungan dan kelakuan yang luar biasa.

Michael yang juga seorang profesor bahasa Inggeris di sebuah kolej berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jani ‘bertemu’ lebih 200 jenis kucing, anjing, burung dan kanak-kanak kecil yang anaknya saja boleh melihatnya. Sejak hari pertama Jani dilahirkan, Michael berkata dia dan Susan mengesan sesuatu luar biasa pada anak sulungnya. Deria Jani lebih bijak berbanding bayi seusia dengannya dan anaknya itu mempunyai tabiat tidur yang berlainan.

“Kebanyakan bayi tidur kira-kira 16 jam sehari tetapi Jani hanya tidur sekitar 20 minit setiap kali ditidurkan. Ia menyebabkan Jani hanya tidur empat jam saja sehari,” katanya. Selain itu, apabila usianya mencecah dua tahun, Jani menggelarkan dirinya dengan pelbagai nama termasuk Blue-Eyed Tree Frog serta Jani Firefly. Imaginasi Jani juga semakin kuat daripada tahun ke tahun dan ketika umurnya mencecah lima tahun, kelakuannya semakin berbahaya serta sukar dikawal.

“Jani akan mencakar badannya sehingga keluar darah. Dia cuba mencakar muka saya dan mengeluarkan mata. Tetapi beberapa saat kemudian, Jani kembali normal dan berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku. Kelakuan Jani memang menakutkan tetapi saya dan isteri perlu sentiasa berwaspada memandangkan Jani kini mempunyai adik lelaki, Bodhi,” katanya.

Jani pernah memberitahu kepada mereka mengenai haiwan imaginasinya bernama Wednesday dan 400 yang menyuruh dirinya untuk memukul sesuatu. Seandainya Jani enggan, haiwan itu dikatakan akan mencakar serta menggigitnya. Susan berkata, dia dan suaminya pernah menemui Jani yang cuba terjun daripada tingkap biliknya kerana marah dihukum berada dalam biliknya. Namun, Jani seorang kanak-kanak yang pintar dan amat meminati Sains serta Matematik.

“Jani pernah diuji dan markah tahap kecerdasannya ialah 146. Ia ternyata amat mengejutkan kami,” katanya. Antara Januari hingga Ogos tahun ini, Jani dimasukkan ke wad psikiatrik Pusat Perubatan UCLA sebanyak tiga kali selama 174 hari. Pakar, Dr Mark DeAntonio berkata, kes seperti itu amat jarang dijumpai pada kanak-kanak seusia dengan Jani.


“Keadaan yang dialami Jani amat menakutkan dan mengganggu proses pembesarannya. Penyakit itu mungkin satu dijumpai dalam tempoh 20 tahun,” katanya. Penyakit itu memang sukar untuk diubati tetapi doktor masih berusaha mengawal kelakuan luar biasanya dengan memberi ubat kuat.

“Jani mengambil 200 miligram (mg) Clozaril dan 600 mg litium setiap hari. Ubat itu amat kuat untuk mengawal otaknya kerana Clozaril adalah penyelesaian terakhir bagi pengidap Schizohrenia dewasa,” kata doktor. Biarpun mengambil ubat, kelakuan Jani tetap sukar dikawal. Justeru, mereka terpaksa memisahkan Jani dari adiknya.

“Kami sukar melelapkan mata tanpa memikirkan keselamatan Bodhi kerana Jani boleh menyerangnya pada bila-bila masa,” katanya. Bagi memberi peluang kepada anaknya itu untuk menikmati kehidupan yang normal, mereka menghantar Jani ke sekolah awam yang menyediakan guru khas.

“Jani tidak berkawan dengan kanak-kanak lain seperti yang kami harapkan kerana dia hanya bermain dengan haiwan imaginasinya iaitu seekor cicak bernama Spikes. Sebagai ibu bapa, kami tidak akan berputus asa mengubati penyakit Jani,” katanya. Masalah Jani menyebabkan hubungan Michael dan Susan retak.

“Pernah saya memikirkan untuk menamatkan semua ini dengan cepat kerana sudah tidak tahan. Saya pernah cuba membunuh diri dengan mengambil ubat penenang,” katanya.

Sementara itu, kisah keluarga ini turut menarik perhatian selebriti terkenal, Oprah Winfrey yang sanggup terbang daripada California untuk menghabiskan masa sepetang bersama keluarga berkenaan. Selepas sejam, Oprah mengakui dia tidak mempunyai kesabaran dan ketabahan seperti yang dimiliki pasangan itu.

“Saya tertanya-tanya bagaimana pasangan ini dapat melaluinya sejak bertahun-tahun sedangkan untuk sejam pun saya tidak tahan menjaganya. Itulah istimewanya hubungan ibu bapa dan anak. Apa yang menggembirakan saya ialah pasangan Michael dan Susan berjanji untuk menjaga Jani sebaik mungkin,” kata Oprah dalam rancangan bual bicaranya, baru-baru ini.

*** TAMAT PETIKAN ***



Penyakit Gila atau Skizofrenia boleh dirawat

Menurut Dato’ Dr Noor Laily (NURY), penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi kepada seseorang selepas umur empat hingga lima tahun, di waktu umur remaja atau yang telah melalui beberapa kali kecederaan di kepala seperti jatuh dari pokok, jatuh motosikal dan sebagainya. Tanda-tandanya seperti anak kecil yang mengalami masalah yang dikenali ramai sebagai autisma.

Orang yang dikatakan gila ini biasanya tidak boleh diduga perangainya. Ada kalanya hiperaktif, melompat ke sini, ke sana menjerit, memukul, merosakkan diri atau barang-barang atau binatang. Ada kalanya pula dia berdiam diri dan masuk ke alamnya sendiri dan tidak mahu bercakap dan kadang-kadang menangis atau ketawa tanpa berhenti. Mereka juga bercakap seorang diri atau berlaku seolah-olah ada orang melayani mereka. Atas sebab itulah dia di anggap orang gila. Dalam bahasa saintifiknya, keadaan ini diberi nama ‘skizofrenia’. Selain kecederaan otak yang mungkin telah wujud dari lahir lagi tetapi tidak teruk, penyakit ini boleh terserlah bila seseorang itu mengalami tekanan atau stres yang amat teruk.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, beliau pernah merawat beberapa orang pesakit ‘skizofrenia’ ini. Ada seorang pesakit yang bermula dengan hanya tidak boleh tidur dan keadaan ini melarat sehingga tidak mahu makan atau sering berdiam diri. Ada satu lagi kes pula, pesakit tidak mahu ibu atau bapanya datang mendekati dan akan menyebut ‘busuk’, ‘pergi’ dan meludah muka mereka. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh mendekatinya. Seorang lain pula, bermula dengan menjert-jerit, selepas itu dia akan lari dari rumah dan pergi merayau-rayau tanpa makan atau minum berhari-hari sehingga dijumpai oleh ibu atau bapanya.

Punca penyakit ‘skizofrenia’

Selain daripada kecederaan otak seperti yang dinyatakan di atas, faktor baka atau keturunan juga boleh memainkan peranan. Walau bagaimanapun, tidak dalam semua kes yang dirawat Dato’ Dr Noor Laily berpunca daripada faktor baka atau keturunan. Biasanya kes-kes seperti ini akan dihantar ke pusat-pusat seperti di Tanjung Rambutan dan mereka akan bercampur dengan orang-orang yang bermasalah sama dengan mereka. Mereka ini biasanya dirawat dengan dadah atau kadang-kala juga dengan berbagai hukuman atau deraan yang akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu ada yang tinggal di hospital gila ini hingga akhir hayat mereka.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, sebenarnya orang seperti ini boleh dirawat. Beliau biasanya merawat ibu bapa atau isteri atau suami atau ahli-ahli keluarga berkenaan dengan meminta mereka menyertai kursus NURY selama dua hari dan setelah itu beliau akan memeriksa mereka yang berkenaan dan memberi lima program yang amat penting untuk memulihkan otak yang telah cedera. Program ini mesti mendapat sokongan penuh semua ahli keluarga dan dilaksanakan secara konsisten dengan beberapa cara iaitu :

  1. Bekalan oksigen yang cukup kepada otak mengaktifkan semula sistem pernafasan melalui beberapa latihan tertentu. Latihan ini juga akan memulihkan otak yang telah cedera.
  2. Menentukan makanan dan minuman yang tidak menambahkan lagi keadaan tekanan ini. Ini bermakna mereka mesti mengikut menu yang dicadangkan oleh NURY dan meninggalkan makanan dan minuman yang diistilahkan sebagai makanan dan minuman dera diri, iaitu makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan-bahan yang dibuat dari tepung gandum, gula pasir, susu lembu (boleh makan dalam bentuk dadih atau yogurt) dan yang mengandungi perasa, penahan dan pewarna, dan makanan yang digoreng.
  3. Kekurangan vitamin dan galian akan ditambah dengan menasihatkan ibu bapa atau yang berkenaan memberi vitamin dan galian tambahan secara kosisten.
  4. Keadaan sosio-emosi dalam persekitaran yang memberi pesakit itu rasa tenteram, selamat dan disayangi termasuk cara bertutur, senyuman nada dan suara dan sering mengusap dan memeluknya.
  5. Keadaan kesihatannya mestilah dijaga dan sekiranya anak atau orang itu telah diberi pelbagai jenis dadah, Dato’ Dr Noor Laily mencadangkan ia dikurangkan satu persatu mengikut jadual yang dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa atau orang yang berkenaan.

Keadaan kesihatan pesakit perlu dipantau melalui pemeriksaan fizikalnya dan juga melalui pemeriksaan darah dan air kencing antara lainnya. Kedua-dua ibu bapa atau orang yang berkenaan mestilah juga dirawat serentak supaya mereka faham dan boleh memberi kerjasama dan yakin dengan apa yang mesti mereka lakukan dan dinasihatkan banyak berdoa dan menyempurnakan solat.

Menurut Dato’ Dr Noor Laily, alhamdulillah dengan izin Allah, ramai pesakit seperti ini juga anak-anak yang diberi nama Autistik dapat dibawa balik ke alam normal dan terus berjuang dalam hidup mereka. Malah mereka menjadi orang-orang yang berdisiplin dan pandai pula menguruskan keluarganya sendiri dan ada yang telah sampai belajar ke pringkat universiti.

PERGINYA PEJUANG PENDIDIKAN KANAK-KANAK KE RAHMATULLAH


My Photo


Pada hari ini, waktu pagi 23 MAC 2011 (hari Rabu)...ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerjaku di Jalan Ampang. Aku dikejutkan dgn panggilan telefon drpd rakan karib memaklumkan Dato' Dr Noor Laily Bte Dato' Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah kerana demam.

Aku terkejut lalu kuucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun (setiap yang hidup akan pergi di penghujung usia).

Yang berbahagia Dato' Dr. Noorlaily adalah bekas majikanku yang banyak menyediakan ilmu pendidikan bayi dan kanak-kanak ketika aku bekerja di NURY Institute of Parenting and Child Development. - beliau mengajar staff bagaimana mendidik anak menjadi genius seawal usianya dilahir dan seawal usianya dalam rahim.


Byk ilmu yang kami amalkan di rumah -khas utk anak-anak kami..alhamdulillah menjadi dengan syarat anak itu readiness menerima teknik dan ilmu tersebut.

Hari ini, mutiara yang berharga ini, telah pergi bersama ilmu dan pengalaman di dada dan mindanya...yang masih boleh dikutip ialah catatan ilmu dan pengalaman yang digarapkan oleh beliau....

Salah seorang anak perempuan beliau Dr Zaza adalah diharapkan dapat mewarisi ilmu Dato utk meneruskan perjuangan yang telah dimulakan oleh dato...

Semoga Allah merahmati beliau atas setiap usaha murni yang dilakukan oleh beliau...


Al-Fatihah!


BIODATA BELIAU IALAH

PROFILE
Dato’ Dr Noor Laily Bte Dato’ Abu Bakar
Date of birth & Place of birth 15 July 1940; Kuala Lipis, Pahang, Malaysia

Present Occupations


1. Chairman, Founder and Director of NURY Institute of Family & Child
Development, Medical Company with no paid up capital and guaranteed by Taman
Keluarga NURY Sdn Bhd. Chairman and Director as well as Fractional of Sigmalink
Sdn Bhd. Main focus of the NURY programmed:- a. Family and Child
Development programmed which covers normal and brain injured children and
treatment of chronic diseases through integrative complementary therapies. b.
The NURY programmed was initiated in 1984 and will be 21years this July 2005.
c. The Institutes for the Achievement of Human Potential, PHILADELPHIA
USA.


The NURY Institute of Family and Child Development works very closely with
the IAHP since 1984. The IAHP Founder and Chairman is Dr Glenn Doman. He and
member of the Institutes have visited Malaysia several times and have had
audience with Yang Di Pertuan Agung and Permaisuri Agung, then the Sultan and
Sultanah of Johore. Dr Glenn Doman and his wife Katie Doman also made a
courtesy call on The Prime Minister then the Right Honorable Tun Dr Mahathir
Mohamad, and they were given the honor of a dinner at the Prime Minister’s
House with members of the Prime Minister’s family. Tun Dr Siti Hasmah visited
the IAHP and her photograph appeared in his book “The Physical Excellence
Program”.




Dr Noor Laily is a member of the Institute World Organization on Human
Potential which met at The IAHP, once a year in May. This year the Institutes
celebrate its 50th Anniversary.
a. Beside a close collaboration, we have contributed substantially
(Financially) to the research on the use of O2/CO2 therapy and Brain Injured
Children.
b. The NURY program for well children has been implemented:
· In the whole state of Kedah through KEDA and The state
Government of Kedah.
· In Terengganu through Institute Besut-Nury
· In Pahang, through Institute Tengku Ampuan AFZAN.
· In Johore through The Johore Education Foundation.
· In Sarawak through The State Economic Development Corporation by
a subsidiary company Sedidik Sdn Bhd.
· In the Federal Territory of Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
· In all the rural kindergartens through the KEMAS-NURY programme
through out Malaysia.

3. The American College for the Advancement of Medicine and
the International Board of Complementary Therapy (IBCT) now known as the
International Board of Clinical Metal Toxicology. Dr Noor Laily receives the
certificate to practice Chelation Therapy and the Diplomat on Chelation Therapy
from the American Collage for the Advance of Medicine and the International
Board of Clinical Metal Toxicology.



Other Membership (Present) :

- The Australian College in Nutritional and Environment
Health.
- The Malaysian Medical Association (MMA).
- The Malaysian Association on Complementary Medicine.
- Founder and member of the Malaysian Women Graduates
Association.
- Member of American Association for the Advancement
of Science



Qualification

1. M.B.B.S (University of Singapore) 1966 (Bachelor of
Medicine and Bachelor of Surgery equivalent to MD in America).
2. MSC Medical Demography University of London (1972)
3. Certificate in Population Planning, University of
Michigan USA;
4. Certificate in population and Development, The World Bank
Institute USA
5. Certificate in NUTRITIONAL and Environmental Health – The
Australian College on
6. Nutritional and Environment Health, Australia.
7. Certificate on Contending Medical Education Post
Graduate Institute for Medical USA






Awards

National Award

1. National Award (JSM) Jaksa Setia Mahkota.
2. State Awards- SAP (Sultan Ahmad Shah Award)
3. D.I.M.P (Darjah Indera Mahkota Pahang) also by this HRH Sultan of
Pahang (which gives the title Dato’)
A National recognition in the book of 200 women who have given significant
contribution to the country’s development (launched by The Prime Minister of
Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi in 2004).


International Award

1. The Einstien Book of Records
2. Man of The Year award (2005).



Previous Occupation.

1. Medical officer, General Hospital, Kuala Lumpur.
2. Director of Training, the National Family Planning Board of Malaysia
3. Director, material and child Health, The State of Pahang
4. Administrator Director, Material and Child Health, the Ministry of
Health Malaysia.
5. Director General, National Population and Development Board, Malaysia
(1974-1984).

Past membership

National

1. Member and one of the Founders, of NACIWID, The National Advisory
Council for the Integrative of Women in Development.
2. Member of the University council, University of Malaya (The 1st
University in Malaysia)
3. Chairman women’s Institute, the State of Pahang.
4. Member of the Board of Directors, the Agriculture University or
University PUTRA (Malaysia)

Represented Malaysia in:-
1. UN Commission on the Status of Women
2. UN Commission in population
3. Represented Malaysia in many international conferences.
4. Executive secretary and founder of the Organization which
consists of wives and government workers- called PUSPANITA
5. Prepared the projections and the white paper on the “70
Million Population Policy”
6. Secretary to the project called “KARYANEKA”-the one
village one project.
7. Served as EXECUTIVE Secretary and coordinator of the
second Population project, Funded by World Bank which involved the inter-agency
and inter-ministerial involvement and collaboration.
8. Executive Secretary to the Parliamentarian group on
Population and Development for Malaysia and Asian (The Chairman was the present
Prime Minister).

International

1. Chairman for Asian Heads of Population program.
2. Chairman of IFFH(International Federation of Family Health)
3. Revived and became one of the member of the Executive Committee on the
4. Management of Population Program and establish in Kuala Lumpur (ICOMP).
5. Member of WHO committee (World Health Organization) on the studies on
INFANT MORTALITY
6. Served as consultant for World Bank to develop the Evaluation System
on Family Planning in Nepal.
7. Served as consultant for United Nations Fund for Population Activities
(UNFPA) to help develop the Maternal and Child Health Program for the
Philippines.
8. Represented Malaysia for World Bank Negotiation for Malaysian
population and Family Development Project.
9. Served as Secretary the delegation for the Conference on Women in
Development in Copenhagen.
10. Secretary to the Malaysian Delegation to the Second Population Program in
Mexico and member of the team to prepare the Mexico Declaration (In UN, in New
York).
11. Secretary to The delegation of The Parliamentary group as served also as
Repporteur General;
· Singaporean formed the Asean Parliamentary group on
Population and Development.
· Colombo, to form the Asian group of Parliamentarians
Population and Development and serves Repporteur General to prepare the Colombo
Declaration
· Peking, to form the Global Forum of Parliamentarian
on Population and Development and helped prepare The Peking Declaration. The
delegation was headed by the present Prime Minister, The Chairman of The
Malaysian, Asean and Asian Parliamentary Group on Population and Development.

++++++++++++++++++++++++++++++++++


Salah satu blog yang menjelmakan ilmunya ialah

http://tknury.blogspot.com/

Antara isu yang diperkatakan ialah:

Sunday, December 27, 2009

Anak Yang PENAKUT


Anak saya sangat timid-penakut,pemalu dan tidak mahu bercampur dengan orang lain.Hadi sekarang berumur 10 tahun,dan sedang menuntut didarjah empat,disebuah sekolah rendah.Kerja sekolahnya bolehlah dikatakan sederhana tetapi mengikut laporan gurunya,Hadi adalah anak yang pendiam dan sering mengasingkan dirinya dari kawan-kawannya.Hadi juga tidak suka,kalau disuruh bermain atau melakukan exercise.Sekiranya diminta menjawab soalan di dalam kelas,Hadi akan berdiri,tetapi akan hanya diam dan tidak menyebut apa-apa.

Ramai anak kita mengalami masalah seperti Hadi kerana Hadi telah dibesarkan didalam keadaan yang sering menyebabkan dia takut,tidak tenteram.Rasa “takut” adalah satu rasa yang mungkin kita semua telah alami.Ada beberapa perkara yang orang seperti Hadi takutkan iaitu:-

- takut cedera;
- takut gagal;
- takut menyinggung perasaan orang lain;
- takut rasa tidak disayangi atau ‘rejection’;
- takut kepada keadaan seperti tidak ada wang,takut dipukul,takut dikurung,takut
tidak ada makan,takut malu.

Semua perasaan yang ada pada Hadi sekarang adalah hasil dari pengalamannya dari kecil lagi yang telah Hadi alami berulang kali.


TAKUT CEDERA

Perasaan takut cedera ini wujud kerana mungkin waktu Hadi kecil,dia sering jatuh atau terlanggar barang-barang didalam laluannya dan dengan itu cedera dan kadang-kadang jatuh dan kecederaan ini bukan sahaja dikaitkan dengan rasa sakit tetapi juga dengan marah atau kena pukul.


BAGAIMANA KEADAAN INI BOLEH DIATASI

Ibu Ayah,Guru dan orang yang dekat dengan Hadi boleh membantunya,kerana Hadi baru sahaja berumur 10 tahun – rebung masih lagi belum menjadi buluh keras dan masih boleh dilenturkan.

* Pertama,pulihkan balik keyakinan diri Hadi dengan mewujudkan ‘bonding’ atau hubungan Ibu Ayah – Anak yang ikhlas,mesra dan total.Satu cara yang baik sekali ialah dengan sentuhan fizikal gosok kepalanya,usap atau peluk – yang mesti dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan khusyuk.”Bagaimana boleh saya mulakan – kerana Hadi telah besar dan mungkin terasa malu;saya pun rasa malu hendak memeluknya,kerana saya jarang sekali memeluknya”,tanya ibu Hadi.

Soalan ini adalah soalan yang biasa ditanya oleh Ibu Bapa.Anak belajar kerana otaknya belajar,dan otak sangat senang memaafkan.Dengan itu Ibu Ayah boleh memberitahu Hadi,”Hadi,Ibu dan Ayah baru sahaja belajar bahawa adalah amat penting Ibu dan Ayah memeluk Hadi,dan memberi Hadi kasih sayang yang ikhlas dan tanpa syarat.Ibu dan ayah memeluk Hadi dan minta maaf atau kesalahan Ibu Ayah selama ini.

Mengikut pengalaman kami di NURY,ada anak yang mungkin menolak apabila hendak dipeluk.Sekiranya ini berlaku Ibu Ayah mestilah meneruskan usaha ini,sehingga anak menerima pelukan dan memeluk balik Ibu dan Ayah.

* Kedua,tentukan anak tidak ada masalah ‘dyslexia’ yang menyebabkan anak tidak dapat menumpukan penglihatannya dan dengan itu tidak dapat membezakan lantai yang tinggi,rendah dan dengan itu senang jatuh.Sekiranya anak ada masalah ‘dyslexia’ penglihatan,matanya biasanya juling-juling air.Anak kadang-kadang tulis terbalik.

Anak yang ‘dyslexia’ juga mengalami keadaan yang diberi nama gayat-iaitu takut memanjat,takut menyeberang jambatan,takut naik escalator,takut naik lif dan lain-lain.Keadaan ‘dyslexia’ ini dapat diatasi dengan menggalakkan anak membuat latihan menjulur,merangkak dan membuat latihan seperti melompat,skipping dan forward roll.

* Ketiga,tentukan anak tidak ada masalah ‘dyslaterality’.Masalah dyslaterality ini amat senang dikesan dikalangan anak-anak seperti Hadi.Cuba perhatikan cara Hadi menggerakkan tangan,kaki,mata dan telinganya.Ada anak yang menggerakkan tangan kanannya untuk menulis,melukis,menggosok kain,menuang air ke dalam gelas,makan,minum,menjahit tetapi menggunakan kaki kirinya untuk menyepak bola dan mungkin mata kirinya untuk menggunakan kamera dan mungkin pula telinga kanannya untuk mendengar sesuatu dengan sebelah telinganya.Sepatutnya kita lebih kerap menggunakan tangan kanan,kaki kanan,mata kanan,telinga kanan atau sebaliknya,yang menunjukkan otak yang kanan atau otak yang kiri lebih berkuasa.Apabila bercampur dan semasa buat ini,anak sering dalam keadaan kelam kabut.

Bagaimana mengatasi keadaan ini :

- Anak digalakkan banyak menjulur dan merangkak.
- Tentukan tidak ada masalah mata atau telinga (nanah atau tahi telinga)

* Tentukan anak tidak mengalami alahan kepada makanan.Alahan boleh menyebabkan keadaan ‘dyslexia’ atau ‘dyslaterality’


Gula pasir,kopi,teh,coklat,tepung gandum dan susu merupakan bahan-bahan makanan yang dimakan setiap hari-yang boleh menyebabkan alahan.Makanan dan minuman ini elok dielakkan sama sekali.

Buah-buah dan sayuran yang mengandungi acid salicylic yang boleh menyebabkan alahan seperti buah-buah yang diimport(epal,pear,oren,anggur dan lain-lain) dan buah-buahan tempatan seperti tembikai yang harus dielakkan.Antara sayur-sayur yang boleh menyebabkan alahan tomato,timun,kacang bendi,terung dan ubi kentang.


BOLEHKAH MASALAH INI DIELAK?


Tentu sekali boleh dengan menentukan otak Hadi dibangunkan dari kecil lagi dengan:

- exercise yang tepat;
- oksigen yang cukup;
- simulasi yang cukup dan tepat;
- keadaan emosi yang rambang;
- makanan dan minuman yang sesuai;
- keadaan kesihatan yang sesuai.

Antara latihan yang boleh menghasilkan kemampuan anak supaya tidak gayat dan boleh menumpukan penglihatan,ialah menjulur,merangkak,lompat,trampoline,forward roll,backword roll dan logroll.

Sunday, December 6, 2009

MENGAPA DI NURY KAMI PERCAYA "ANAK ISTIMEWA" BOLEH DIPULIHKAN


Selama hampir dua puluh lima tahun kami melaksanakan program NURY, kami amat yakin dan percaya bahawa anak ‘normal” boleh dicemerlangkan dan anak istimewa boleh dipulihkan kerana ramai anak-anak yang sedemikian telah berjaya dibawa oleh ibu bapa mereka. Dengan izin Allah, pulih dan balik ke alam manusia. Selalunya yang telah menjejak tempat Universiti dan ada pula yang cukup cekap selalunya boleh membantu menguruskan syarikat ayah atau keluarga mereka.

Apa yang penting sebagai orang Islam, kita percaya bahawa “tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaiannya”. Yang penting sekali Allah SWT telah menganugerahkan kita fitrah atau potensi untuk setiap anak manusia, tidak kira ditahap mana dia bermula dengan fitrah atau potensi, melalui baka manusia (baka homo sapiens) untuk dibangunkan menjadi manusia pada erti kata yang sebenarnya.

Waktu saya belajar di Universiti dalam Ilmu Kedoktoran dan seterusnya bertugas di hospital di Kementerian Klinikal sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak dan seterusnya sebagai Ketua Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Segala ilmu yang saya perolehi membawa kearah yang negatif kepada orang-orang yang cacat atau terencat akal yang sekarang diberi nama orang kurang upaya atau OKU. Semua orang berkata mereka tidak boleh dipulihkan dan ibu bapa mesti menerima hakikat ini. Saya tidak percaya dengan amalan ini dan dengan itulah sampai sekeliling dunia. Saya mencari ilmu ini setelah saya bertemu dengan Dr Glenn Doman dan Institut Pembangunan Potensi Manusia di Philadelphia, Amerika Syarikat..

Waktu saya mula bertemu Dr Glenn Doman, beliau telah melaksanakan program anak istimewa dan anak cemerlang ini hampir 20 tahun. Saya kagum dengan kejayaan ini dan mahu beliau mengajar saya. Sekarang NURY hampir mencecah usia 22 tahun Julai 2006 ini dan Institut Pembangunan Potensi Manusia akan 51 tahun, May 2006 ini. Mengapa ramai lagi orang yang tidak percaya dan malahan mentertawakan kami dan kadang-kadang menyindirkan pula?? Tetapi lagi ramai ibu bapa yang telah di anugerah dengan anak seperti ini, mereka akan berusaha juga mencari apa jua rawatan yang akan memulihkan anak mereka. Alhamdulillah rupanya ramai orang yang mempunyai sikap terbuka dan kadang-kadang dari jauh mereka datang mencari kami. Mereka yang membaca artikel dalam majalah ini juga telah ramai menghubungi kami. Terima kasih Majalah Mingguan Wanita. Dengan itu, perkara pertama yang menyakinkan kami ialah bagaimana kami merawat anak ini dengan menggunakan ibu bapa mereka dan ahli keluarga sebagai pendidik utama dan pertama.

Sebab kedua, kami yakin anak-anak ini boleh dipulihkan iaitu kami yakin sekali dengan anugerah Allah s.w.t kepada manusia iaitu fitrah di alam baka manusia yang telah ditetapkan bahawa setiap anak manusia boleh diberikan sokongan menjadi khalifah di bumi Allah. (surah Attin). Ibu bapa dan ahli keluarga mesti yakin dan percaya dengan fitrah ini dan dengan itu sanggup berkorban apa jua untuk mencapai merealisasikan fitrah ini.

Apa yang mesti dipulihkan oleh ibubapa ialah ilmu dan teknologi yang tepat, betul, jelas dan tidak mengelirukan. Mereka yang telah menerokai bidang penyelidikan tentang baka manusia, ilmu neurofisiologi dan ilmu sains orthomolecular manusia telah mengesahkan bahawa pembangunan anak manusia adalah pembangunan otak dan system sarafnya, dan kapasiti yang telah dianugerah oleh Allah s.w.t kepada manusia melebihi kemampuan yang mencapai tahap Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Malah sekiranya sebelah otaknya telah cedera oleh apa jua sebab, ada sebelah lagi yang boleh dibekalkan oleh ibubapa dengan faktor-faktor yang boleh mengatasi kecederaan otak.

Bayangkan satu otak manusia boleh diisi dengan maklumat 125,000,000 kali ganda bahan-bahan yang ada dalam encyclopedia Britannica atau World Book. Ini wujud dari anak ini 3 bulan dalam kandungan iaitu dari saat roh lagi ditiup kedalam jasadnya pada umurnya 120 hari dalam kandungan.

Tapi apa yang mengkagumkan kami ialah dalam era yang sedang membangun dengan pesat ini, di mana manusia ramai yang materialistic atau kebendaan, wang ringgit, rumah yang indah, kereta yang mahal.Rupanya ramai lagi yang masih sayangkan anak mereka dan sanggup cahaya mata anugerah Allah s.w.t kepada mereka itu, di bawa balik ke alam manusia.

Kadang-kadang saya pernah disoal mengapa kedua ibu bapa mesti ikut kursus kami dan tahu bagaimana hendak mendidik anak-anak kami. Terasa bodoh pula!!!.Saya dulu begitu juga, kalaulah saya tahu ilmu ini waktu saya membesarkan anak-anak saya dulu alangkah baiknya.Tetapi anak-anak saya lebih bertuah kerana boleh menggunakan ilmu ini untuk mendidik cucu-cucu saya insyaAllah.Tetapi arwah ibu dan ayah saya pula tidak ada ilmu ini, tetapi secara warisan telah diturunkan ilmu mendidik anak, sehingga saya menjadi saya.

Umpamanya, berapa orang ibu dan ayah menimang anak kecil mereka sebelum pergi kerja dan menyanyi?:
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai baca kitab.

Masalahnya kita tidak tahu dan waktu pagi lagi kita terkejar-kejar untuk pergi bekerja.Di waktu pulang pula, kita sudah letih dan anak-anak pula sudah tidur.

Ayah dan ibu saya dulu jarang sekali bercakap dengan perkataan yang negatif seperti:
“ anak demam” arwah mak akan berkata “anak itu bukan demam” tetapi nak melangkah setapak lagi. Kalau anak itu memanjat dan jatuh dia ulang sekali ayat anak itu jahat atau nakal tetapi perkataan yang digunakan “kes semulajadi” kerana perkataan-perkataan yang negatif itu dianggap sebagai semulajadi.

Jadi sekiranya orang “OKU” terus dilabel “OKU” mereka akan “OKU” lah semasa hidupnya.Malah dengan ilmu dan teknologi yang telah memberi kejayaan kepada anak-anak istimewa, kami telah menggunakan ilmu dan teknologi yang sama untuk orang dewasa yang diserang angin ahmar dan lain-lain penyakit kronik termasuk kanser.

Saya dan NURY masih belum diterima orang secara menyeluruh.Apa sebabnya? Saya pun tidak tahu.Mungkin belum sampai masanya lagi. Tetapi insyaAllah saya dan NURY akan terus berusaha. Dengan ramai lagi pembacaan majalah ini ramai lagilah yang akan mengenali NURY dan mencari kami di Bukit Antarabangsa ini.

MENGAJAR ANAK MENIPU?

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil perhatian.

KENAPA ANAK MENIPU?

Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:

Kerana takut tidak diterima (disapproval)
Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, atuk dan nenek
Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya

Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;

“Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja. Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan sayang ada Adi kalau senyum macam ini.”

Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;

Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah, saya mesti berhenti menangis dan senyum.

Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah marah. Dengan itu, saya tidak akan menangis.

Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan perasaannya tetapi takut untuk menangis. Dia juga akan memaksa dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan ini dia telah mula menipu.

Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi dengan jelas dan tepat kepada anak

“Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja. Adi kecil lagi dan dengan itu tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja. Adi tinggal di rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan pulang.”

Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan terus pergi tanpa menyebut “Jangan menangis, senyumlah sedikit” dan lain-lain.

Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan anak yang sedang menangis. Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik, terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.

Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat yang boleh. Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan, eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum meninggalkannya pada waktu pagi tadi.

Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita menipu.

Situasi seterusnya; “Ain, sayang adik tak?” Ibu bertanya kepada anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia satu bulan ke atas riba kakaknya. “Tak sayang.” Jawab Ain menolak adiknya. “Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau. Adik ini pun anak ibu juga”. Ibu Ain menjawab agak serius dan dukacita.

Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat keputusan “saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab” tetapi di dalam otak kecilnya masih berkata “tak sayang”.

Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab “ Tentulah sayang ibu”

Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.

Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari dalam kandungan lagi. Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung dengan adiknya dari dalam kandungan lagi. Malahan Ain boleh diberi penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya. Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.

Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik serta aan membawa adik itu pulang ke rumah.

Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan anaknya. Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya, sebaik sahaja adik dilahirkan.

Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju, lampinnya, dan lain-lain lagi. Ain juga boleh mengambil bahagian menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu menyapukan krim dan lain-lain.

Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan. Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.

Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima adik, persoalan “Sayang adik tak?” tidak perlu dilafazkan kerana ibu dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.

Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-anak. Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar anak kita menipu. tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.