17.2.10

Penyelidikan-Jauh Perjalanan Luas Permandangan Part 2

sambungan.....

Kami sentiasa mengambil peluang untuk bersembang dan bertukar-tukar pandangan dengan generasi belia kampung... apa yang kami perhatikan ialah generasi belia perlukan anjakan paradigma ...perlu lebih dilatih melihat diri sendiri daripada melihat orang lain, kalau tak mereka akan menyalahkan itu dan ini, situ dan sini, orang yang berada nun di sana..... mereka akan lupa tanggungjawab diri sendiri membina mementum perubahan...mereka akan nk orang lain mengubah mereka dan bukan mereka yang mengubah diri sendiri.

Kami memuji yang ramai belia yang cerdik dan pintar di tanah rancangan walaupun tidak berpendidikan tinggi (tidak berpeluang menyambung pelajaran kerana sistem pendidikan perlukan byk A's dalam peperiksaan).. namun begitu..kecerdikan yang terhalang atau terbantut apabila pemikiran dan pendedahan sekadar di tanah rancangan...mereka perlu terdedah kpd pengalaman dunia luar supaya mampu melihat peluang-peluang yang sebenarnya wujud di tanah rancangan.

Saya tidak salahkan mereka kerana suasananya begitu....

Para belia perlukan motivasi dan semangat yang kental serta perancangan perubahan yang bersifat holistik, tersusun rapi dan tiada unsur-unsur politik untuk memajukan mereka yang sebenarnya dahaga perubahan kebaikan untuk semua.

Belia-belia wanis perlu diberi tunjuk ajar yang benar agar gejala rempit, dadah, sex bebas di tanah rancangan dapat dikurang dan akhirnya dihapuskan....

Siapakah yang berperanan dalam membawa perubahan positif untuk para belia/beliawanis ini?


No comments: