25.2.10

KOMPUTER GENERASI BARU

Komputer riba Lenovo menjadikan pengalaman melihat gambar, mendengar muzik, bermain permainan komputer dan membaca e-Book lebih menarik.


SEORANG model, Sim Mei Fen memperagakan komputer baru jenama Lenovo di One World Hotel, Damansara baru-baru ini.


DENGAN pengalaman hampir dua dekad di dalam industri teknologi, komunikasi dan maklumat, adalah sesuatu yang mustahil jika keempat-empat produk komputer peribadi keluaran Lenovo untuk 2010 tidak menepati cita rasa pengguna yang menantikan kemunculan generasi baru komputer riba mahupun komputer yang serba canggih.

Bermula dengan IdeaPad S10-3t dan S10-3, generasi komputer riba (netbook) itu tampil penuh gaya dan kaya dengan ciri-ciri multimedia yang menggabungkan portabiliti selain merupakan peneraju teknologi dalam kalangan kategori komputer riba masa kini.

"Melalui respon Lenovo NaturalTouch ini segala-galanya hanya di hujung jari sahaja," kata Hui Hui.

Pengguna akan menikmati pengalaman menakjubkan apabila skrin dengan lebar 25.4 sentimeter (sm) inci tersebut boleh dipusing sehingga 180 darjah dan boleh dilipat sekali gus menjadikannya tablet sentuh yang lebih praktikal untuk digunakan di mana-mana sahaja.

"Dengan pelengkap ciri Prosesor Intel Atom N450 dan simpanan 250 gigabit HDD, IdeaPad S10-3t dan S10-3 menawarkan pengalaman audio yang hebat di samping pembesar suara stereo dan audio fon kepala Dolby.

"Kedua-dua ciri komputer riba ini juga disertakan dengan Maplife, iaitu perisian yang mampu mengesan kedudukan lokasi dan sistem perlindungan aktif yang mampu melindungi cakera padat sekiranya komputer riba terjatuh," jelas beliau.

Harga Lenovo IdeaPad S10-3 ialah RM1,399 manakala Lenovo IdeaPad S10-3t ialah RM1,899.

Lenovo G460 mengimbangi antara fungsi dan kemampuan pengguna. Ia dilengkapi dengan prosesor Intel Core baru dengan teknologi Intel Turbo Boost dan mempunyai memori sehingga 8GB DDR3 serta simpanan 500 gigabit HDD.


KOMPUTER riba S10-3t tampil penuh gaya dan kaya dengan ciri-ciri multimedia.

Antara ciri lain Lenovo G460 adalah ia disertakan dengan Lenovo Energy Management 5.0 yang memanjangkan jangka hayat bateri dan kurang bunyi bising melalui kawalan kipas yang dinamik.

"Model ini juga hadir dengan sistem OneKey Rescue iaitu sandaran dokumen satu sentuhan, alat memperbaiki dan pemulihan dan pengenalan wajah VeriFace, yang mempercepatkan proses login dan keluar," katanya mengenai produk yang berharga RM2,249 itu.

Selain itu, IdeaCentre B500 tidak kurang hebatnya kerana ia menyediakan tahap persembahan yang tinggi - semua dalam satu dan pengalaman hiburan paling hebat dengan ruang memori luas.


KOMPUTER riba IdeaCentre B500 menyediakan ruang memori yang luas.


"Model ini dilengkapi dengan Prosesor Intel Core 2 Quad, diskrit grafik berkuasa dan ruang memori sehingga 1 terabit HDD yang membolehkan ia menjadi pilihan pertama bagi mereka yang gilakan permainan komputer dan pengguna multimedia.

"Dengan kelebaran skrin sehingga 58 sm, berdefinisi tinggi dan pembesar suara JBL-brand yang berkualiti serta bersepadu, ia dapat memberi kepuasan maksimum," katanya.

Komputer peribadi itu turut disertakan dengan tuner televisyen yang membenarkan ia menerima transmisi TV dan CamSuite iaitu alat yang membolehkan pengguna berada di tengah-tengah fokus kamera web.

"IdeaCentre B500 dijual pada harga RM3,669," katanya.


No comments: