Seminggu lepas, saya dan rakan-rakan membawa 19 orang researcher (penyelidik) menyelami hati peneroka di Pahang bermula kg Awh, S.Nrk, J19, J15 dan J01.
Kami ke sana menjalankan satu penyelidikan tentang kepuasan hati peneroka kepada konglemerat F. Penyelidikan ini berdasarkan permintaan F sendiri. Kira baguslah mendapat maklumat terus daripada badan bebas yang tiada kepentingan sama ada di pihak peneroka atau di pihak F sendiri.
Pelbagai pengalaman yang kami ceduk apabila melawat 5 kawasan ini, pengalaman cara manusia berfikir akan melahirkan tindakan yang berbeza, pengalaman manusia yang pernah hidup susah sekadar RM65 sebulan tahun 70-an sehingga jadi mewah dan jutawan.
Pengalaman memahami minda dan hati peneroka, pengalaman cuba memahami minda generasi yang kedua dan ketiga.
Ada yang cop kami sebagai sekumpulan berbaju merah, ada yang melihat kami sebagai group berbaju neutral dan ada pula lihat kami berbaju hijau walaupun kami sentiasa bersifat rasional, pragmatik dan tidak pernah condong ke mana-mana.
Ada yang curiga dgn kehadiran kami sehingga mengeluarkan perkataan yang berbau ugutan, ada yang menyokong kedatangan kami dan ada yang bersifat berkecuali.
Namun bagi kami, kedatangan kami amat baik, kami datang dgn soalan dan questinaire yang telah tercetak.... menanya peneroka, anak, menantu dan cucu ttg kepuasan mereka pada F secara keseluruhan bermula dari kepelbagaian penjuru...mencari kebenaran atas kebenaran...jika ada pendapat yang tak puas hati...kami akan masukkan dalam buku yang dibawa...jika puashatipun kami kan tulis.
Secara keseluruhan, saya lihat kehidupan peneroka dan keluarga sentiasa berubah ke arah yang lebih positif.... Di antara F dan Peneroka, saya melihatkan penerokalah yang harus menyesuaikan diri dgn perkembangan terkini yang sentiasa berubah..... peneroka mesti berani memegang diri untuk membawa keluarga dan diri kemercu kejayaan. Tak perlu lagi bertongkat kerana tongkat kayu yang diberi akan reput, jika tongkat besi akan berkarat, jika tongkat kata-kata...sampai bila ianya memberi semangat... melainkan jiwa peneroka menjadi kental, jiwa anak-anak generasi ke dua dan ketiga menjadi hebat utk mengubah diri.
Bersambung.....

No comments:
Post a Comment