21.2.10

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman..Part 3

Selama kami menziarahi tanah rancangan setiap minggu dalam kawasan yang berbeza..di samping menjalankan latihan buat kepimpinan di sana... apa yang boleh saya rumuskan buat ketika dan saat ini ialah

1. Kehidupan di Tanah Rancangan F adalah situasi yang panas cuaca dan panas keadaan penduduknya.

2. Kehidupan mereka yang berkisar ttg kehidupan dalam tanah rancangan akan menyebabkan mereka byk bergantung kepada kekuatan emosi..... setiap isu dan maslah diselesaikan berdasarkan emosi yang mana akhirnya akan melahirkan tekanan dan stress serta permusuhan yang berpanjangan.

3. Campur tangan orang luar atas nama kepartian dan kepolitikan akan memburukkan situasi kepanasan emosi tersebut.

4. Kenapa politik berasaskan emosi lebih diutamakan lebih daripada asas fakta dan rasional berasaskan ingin membangunkan bangsa dan warga F tanpa mengira dari mana asalnya..fahaman politik...yang penting dia adalah warga F.

5. Warga F seharusnya bersyukur dengan pelbagai yang ada dari zaman kanak-kanak sehinggalah masuk Universiti.... namun begitu...jika terdapat kelemahan teknikal maka ia adalah lumrah kehidupan..yang penting diperbaiki dan terus diperbaiki akan menjadi satu standard yang hebat.

6. Setiap warga F perlu meletakkan azam yang kuat untuk tidak selamanya bergantung hidup dgn F. Setiap individu mesti berusaha sendiri agar mampu hidup berdikari tanpa meletakkan tongkat pada F. Namun begitu, setiap tawaran, tabung dan skim yang disediakan hendaklah dimanfaat sebaik mungkin kerana kesatuan adalah penting. Kerja secara teamwork juga penting.

7. Setiap warga F juga harus membebaskan dirinya daripada kongkongan dan pemikiran kepartian... kenapa kita perlu mengikuti telunjuk orang berkepentingan politik..... kenapa tidak diletakkan rasional bahawa membangunkan warga F secara kolektif adalah lebih utama.

8. Setiap warga F perlu sentiasa menimba ilmu baru dan terkini sejajar dgn matlamat supaya warga F menjadi contoh buat orang lain... dengan kekuatan ilmu, kekuatan iman, kekuatan emosi positif dan kekuatan rohani, maka warga F mampu bangun tanpa perlu bergantung kpd orang luar kepartian yang datang menaburkan janji itu dan ini yang belum terbukti mampu ditunaikan.... orang luar pandai berjanji tapi akibat kehidupan hanya warga F yang tentukan.

9. Generasi muda warga F perlu diberi peluang dan ruang oleh generasi lama agar mereka mampu menjadi aset dan penggerak bebas yang mampu membawa perubahan sosial, ekonomi dan kemasyarakatan yang lebih positif, efisien dan tersusun.

10. Generasi belia adalah generasi penyambung hayat kehidupan warga F, keperibadian unggul perlu diwujudkan secara amal jamai dan perlu diperbanyakkan generasi terbaik ini di tanah rancangan.

11. Warga F perlu sedari bahawa apa yang maju diluar sana...belum tentu dapat dimajukan di dalam sini.

SEBENARNya, kehidupan warga F adalah penuh cabaran, kesedihan, keseronokan, kemewahan..... siapa yang pandai intai peluang ..dialah yang dapat....

Apa yang penting ialah hasil yang barakah dan berkat hendaklah diUTAMAkan.....

No comments: