Tindak balas kekejaman Israel
Salah satu pendekatan untuk memberi kesan kepada Amerika Syarikat (AS) yang menjadi sekutu rejim Zionis ialah memboikot produk terbitan AS dan Israel. Langkah ini sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza yang mengorbankan orang awam yang tidak berdosa. Tetapi ada juga yang sangsi sejauh manakah keberkesanan kempen boikot produk AS dan Israel ini kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara ini.
Pengerusi Citizens International (CI), S.M. Mohamed Idris yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yakin boikot akan memberi kesan kepada AS sekiranya mendapat sokongan rakyat.
Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia ABU HAKIM TANZIMUDDIN KHAN dan NURUL HUDA HASSAN di Pulau Pinang, S.M Mohamed berkata kempen yang konsisten akan memberi kesan sebagai tindak balas terhadap sikap jahat Zionis.
Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia SAIFUL HAIZAN HASAM, mengupas falsafah gerakan boikot sebagai serampang banyak mata dalam usaha melahirkan usahawan Islam dan usahawan yang mesra Islam.
Beliau mewakili gabungan-gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu bersama PPIM menggesa orang ramai supaya melaksanakan jihad yang paling mudah iaitu memboikot produk AS dan Israel.
MINGGUAN: Bila kempen memboikot produk AS dan Israel ini dimulakan?
S.M.Mohamed: Usaha itu telah lama digerakkan dan kempen boikot secara rasmi bermula Jumaat lepas. Pelancaran dilakukan serentak dengan perhimpunan secara aman mengutuk kekejaman Israel selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling. Perhimpunan itu disertai ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan membawa sepanduk serta kain rentang mengecam Israel dan mengajak rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Yahudi dan AS itu. Kami rasa terpanggil untuk membantu dengan menggunakan segala cara semaksimum boleh bagi memastikan orang ramai mempunyai kesedaran berhubung perkara itu.
Selepas menyaksikan kejadian menyayat hati seperti yang dipaparkan di akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini, kami merasakan kita tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan yang keji itu.
Mengapa rakyat negara ini perlu memboikot barangan keluaran AS?
S.M. Mohamed: Kita semua mengetahui AS merupakan sekutu kuat Israel, malah mereka juga bersetuju segala tindakan rejim itu dan turut menghulurkan pelbagai bantuan termasuk kewangan dan senjata tanda sokongan. Dana yang diperoleh pula tentunya datang daripada hasil penjualan serta keuntungan pelbagai produk, perkhidmatan meliputi bermacam- macam bidang di negara mereka mahupun dari negara luar termasuk Malaysia.
Antara cara untuk melumpuhkan ekonomi AS itu adalah dengan memboikot barangan mereka supaya tiada lagi hasil dan keuntungan yang dijana daripada penjualan produk mereka di serata dunia dapat disalurkan kepada Israel. Malah, saya juga bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggesa supaya segala urusan perdagangan tidak menggunakan dolar AS.
Sebab itu, Bank Negara dan dewan-dewan perniagaan perlu mengambil langkah menggalakkan terutama ahli perniagaan supaya menggunakan mata wang lain selain dolar AS dalam urusan perdagangan.
Bukankah agak sukar untuk memboikot barangan terutamanya dari AS kerana terlalu banyak produk di negara ini?
S.M. Mohamed: Tidak dinafikan perkara itu tetapi jika setiap golongan masyarakat bersama-sama memainkan peranan masing-masing, kita percaya ia mampu dilakukan. Kita perlu mengambil langkah ketara dengan segera kerana rata-rata masyarakat menggunakan barangan keluaran AS, makanan dan minuman dengan label AS malah pakaian pun dibuat daripada AS.
Sehingga tahap manakah kempen boikot ini hendak dilakukan?
S.M. Mohamed: Tentu sekali ke seluruh negara. Kita akan cetak berjuta-juta keping risalah yang mengandungi maklumat serta senarai barangan keluaran AS dengan tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat. Pada masa sama, kita juga mengharapkan ada mana-mana individu atau syarikat yang sudi untuk menjayakan kempen ini bersama dengan membantu mencetak risalah dan kemudian diedarkan kepada semua.
Bukan negara ini sahaja yang menjalankan kempen seumpama ini, malah negara lain termasuk AS juga melakukan perkara sama kerana ini bukan sesuatu yang baru, boikot dilakukan di peringkat antarabangsa.
British Academy pernah satu ketika memboikot AS di semua institusi pengajian tinggi mereka dan Afrika Selatan juga pernah diboikot dengan tidak dilibatkan dalam sukan, aktiviti kebudayaan dan sebagainya kerana menindas penduduk kulit hitam yang akhirnya membuahkan hasil.
Cukupkah usaha yang dilakukan selama ini untuk membela rakyat Palestin?
S.M.Mohamed: Kita semua perlu bersuara dan masyarakat mesti berani untuk bantah kekejaman tentera Israel. Kecaman dan resolusi di atas kertas sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan tindakan ganas Israel. Sesiapa sahaja yang melihat keadaan di Gaza pasti akan tersentuh hati, satu suasana yang sungguh tragis dan menyedihkan. Sungguhpun begitu, kami gembira kerajaan Malaysia akan mula mengambil inisiatif bagi membantu memulihkan kesengsaraan yang dialami rakyat negara itu.
Usaha itu merupakan satu isu penting yang bukan hanya tertumpu kepada agama atau negara atau kaum tetapi ini adalah isu kemanusiaan.
Apakah implikasinya kepada rakyat negara ini sedangkan kita tahu ramai yang bekerja dengan francais makanan produk AS seperti KFC, Pizza Hut, Starbucks dan McDonalds?
S.M. Mohamed: Saya rasa kita mampu untuk menangani kesannya dan ia bukan sesuatu yang sukar. Kalau tiada KFC cuba hasilkan ayam goreng berjenama Malaysia dan kemudian gandakan usaha membangunkan produk-produk lain, jika negara lain mampu berbuat demikian saya yakin kita juga boleh. Sebenarnya, kebanyakan kita tidak sedar ada antara produk berlabel AS dihasilkan oleh Israel dan barangan itu pula dibawa masuk ke negara ini melalui negara lain.
Tetapi banyak kempen boikot sebelum ini menemui kegagalan?
S.M. Mohamed: Untuk menjayakan program seumpama ini memanglah susah tapi sekurang-kurangnya kita perlu cuba dan bukannya lakukan ia seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mulakan kempen kemudian berhenti, perkara ini memang berlaku tetapi apa yang kita perlu lakukan adalah memastikan usaha-usaha murni ini kekal dan berterusan. Tindakan memboikot ini juga perlu dilakukan secara teratur dan terancang barulah kita boleh berjaya, membuat demonstrasi dengan terjerit sana sini tidak akan memberi sebarang perubahan.
Seorang wanita Yahudi pernah memberitahu saya bahawa dia akan ke stesen perkhidmatan awam yang diusahakan sebuah syarikat Yahudi dengan membawa sepanduk pada setiap hari Sabtu.
Sepanduk itu tertulis menggesa orang awam supaya tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan syarikat tersebut dan dia melakukannya secara berterusan tanpa jemu, difahamkan usahanya itu berjaya. Cara sedemikian berjaya di sana, di Malaysia ia perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik.
Bagaimana dengan penyertaan mereka yang bukan Islam dalam usaha memboikot ini?
S.M. Mohamed: Tentu sekali kita mahu mereka turut bersama-sama menjayakan kempen seumpama ini, pada saya ini bukan isu membabitkan orang Islam sahaja, ini soal kemanusiaan. Jika kita lihat, bukan negara Islam sahaja yang mengutuk serangan dan kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin tetapi rakyat negara lain juga pasti menggiatkan usaha yang sama. Walau apa pun, kita akan cuba mengajak mereka bersama-sama menjayakan kempen ini.
Berapa lama kempen boikot ini boleh bertahan?
S.M. Mohamed: Tentu sekali, saya sering berdoa kepada Allah S.W.T supaya AS dan Israel ini musnah satu hari nanti, rejim ini seperti sumpahan kepada dunia kerana mereka membunuh sesiapa sahaja. Negara ini juga jika dilihat seolah-olah telah menjadi seperti AS kerana di mana-mana sahaja ada barangan mereka, baju, makanan dan macam-macam lagi. Kita sepatutnya melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kita sendiri tetapi apa yang kita nampak sekarang adalah kebanyakan perkara hanya membawa keuntungan kepada AS sahaja.
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sa...
-
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemar...
-
Bahagian Pertama Bahagian Ke 2 Bahagian ke 3
No comments:
Post a Comment