Pagi tadi, saya dan keluarga pergi cuci kereta MPV kami, dah lama tak cuci dan vakum sekali...... cuti panjanglah katakan.....
Dalam akhbar , masih membicarakan tentang serangan darat Yahudi Zionis.... yang memberikan gambaran bahwa mereka lebihh utamakan tindakan daripada berkata2. Dunia Islam sedang berkata2 dgn kutukan, cadangan, ajakan, perdebatan untuk selamatkan Palestin tetapi Zionis Israel Yahudi ini melaksanakan tindakan dan aktiviti menghancurkan Palestin terutama kekuatan Hamas, manakala Hamas sedang membuat Tindakan dan AKtiviti mempertahankan wilayahnya...
Jadi yang manakah menjadi realiti.... banyak berkata2 atau banyak perbuatan....dan tindakan........
Dalam suasana dunia yang kelam kabut ini, tempat kami cuci MPV di datangi oleh satu kereta savvy hitam yang dihiasi pelbagai assesories yang menarik.......
Keluarlah daripada dalam kereta itu, 3 orang jejaki tampan dgn baju high class dengan gaya mcm salesman kereta dan macam berlulusan diploma atau ijazah.......
Sayang seribu kali sayang.... muka dan fizikal sahaja yang tampan tapi yang keluar daripada mulut-mulut mereka perkataan "bodoh" pada setiap ayat lengkap yang diutarakan......
Terfikir kami... apalah gunanya allah telah jdikan fizikal yang tampan, gaya yang macho tapi akhlak mulut senipis dan serendah haiwan...... haiwanpun tak pandai nak katakan "bodoh" dalam setiap ucapannya... haiwan banyak berzikir pada Allah dalam setiap bunyi yang dikeluarkan.
Anak saya yang baru berusia 3 tahun apabila mendengar perkataan "bodoh" itu berkata, "tak baikkan cakap "b......o....d.....o....h" (beliau mengeja perkataan bodoh itu sebab tak mahu sebut). betul tak mama?
Dalam hati saya, alhamdulillah, anak sekecil ini pun tahu malu untuk menyebutnya.... inikah orang dewasa macam kita.......
No comments:
Post a Comment