1.1.09

Gaya Remaja Melayu Muslim Ketika Menyambut Tahun Baru

               Gaya remaja melayu muslim kita ketika menyambut tahun baru masihi...... dihidangkan dengan santapan emosi... konsert artis.... dibiarkan merewang tengah malam di dataran... dengan kawan-kawan... Solat Maghrib mu bagaimana? Solat Isyak?.. Apatah lagi solat subuh... kerana endah bila engkau tidur....

            Ikuti seperti apa yang ditonjolkan dalam berita... buat kita semua yang masih punya aqal untuk berfikir...


Laporan Pertama **************************
Kedatangan 2009 disambut meriah

SEBAHAGIAN warga kota memegang sepanduk 2009 menjelang detik 12 malam pada sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.


KIRA-KIRA 15,000 pengunjung membanjiri Dataran Danga Bay untuk menanti detik 12 tengah malam sambil menyaksikan konsert Tahun Baru 2009 di Danga Bay, Johor Bahru semalam.


Detik 12 malam pula diwarnai dengan persembahan bunga api anjuran Petronas yang memukau puluhan ribu pengunjung yang berkumpul di Taman KLCC.


PELBAGAI ragam anak muda menyambut ketibaan Tahun Baru 2009 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


Sambutan di negeri-negeri lain juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai pertunjukan menarik yang menghiburkan pengunjung.


GELAGAT warga ibu kota dengan topi kertas menyambut tahun baru di Dataran MErdeka malam tadi.

"Mereka melompat-lompat riang.... tanpa satu soalan.... tahukah mereka erti Tahun baru sebenarnya?............ Adakah sekadar suka-suka....... happy semacam.... lepas tu? Tanggungjawab?


Laporan kedua********************

Dua rakan maut selepas sambut Tahun Baru

01/01/2009 6:09pm

KUALA LUMPUR 1 Jan. — Kegembiraan tiga sahabat menyambut tahun baru bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, awal pagi tadi.


"Mungkin 2 remaja ini ditakdirkan hadapi kemalangan maut... tetapi berapa ramai lagikah remaja yang kemalangan motorsikal akibat mengambil dadah... atau mabuk.... semuanya gara-gara Tahun Baru..... yang dipelopori oleh bangsa Yahudi...."


Laporan ketiga******************************************

Pesta Seks , Dadah dan Minuman Keras Pada Tahun Baru

Penyampai berita, pelakon ditahan positif dadah


KUALA LUMPUR: Seorang penyampai berita tv swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara, di sini, awal pagi tadi. 


serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.

“Semua 26 yang ditahan berumur 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripadanya iaitu enam lelaki dan tiga wanita positif dadah,” katanya ketika di sini hari ini. 

Katanya ketika serbuan tiga pasangan berada di atas katil manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar dipercayai mabuk. 

Difahamkan pesta seks dan dadah itu dianjurkan oleh dua lelaki dan semua mereka berkenalan di dalam kelab dan melalui rangkaian laman web friendster. 

Semua mereka yang ditahan dibawa ke IPKKL dan sembilan yang positif dadah disiasat di bawah Sekyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. 

Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang tercemar apabila kira-kira 40 orang ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama


PELAKON wanita (kiri) dan penyampai berita stesen televisyen semasa dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, tiga daripada 26 orang yang ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee bersama dua selebriti itu.


ANTARA pasangan ditahan dalam pesta seks dan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam semalam.


"INILAH REMAJA KITA.... YANG MENIRU GAYA ARTIS BARAT... DAN SEBAHAGIAN ARTIS LOKAL SENDIRI... MENGANGGAP ARAK ITU HALAL.... DADAH ITU HALAL DAN MAINAN SEKS TANPA KAHWIN ITU HALAL DAN LUMRAH KEHIDUPAN... MAK AYAH INGATKAN MEREKA SEKADAR KELUARGA BERSAMA RAKAN-RAKAN TANPA SEDARI .... LEBIH DARI ITU YANG MEREKA AMALKAN"


"DALAM BERITA TV3 TADI DILAPORKAN DI PAHANG... MEREKA IAITU REMAJA BERKHALWAT PADA AWAL PAGI TAHUN BARU.... SEMUA BARU BAGU MEREKA TERMASUK SERAHKAN DARA PADA TERUNA......

ITULAH REMAJA KITA YANG MENGAKU MUSLIM TETAPI PADA AMALAN SAMA SEPERTI YANG BUKAN MUSLIM......

Gadis bersama 5 lelaki dalam bilik


SEORANG gadis menyembunyikan muka kerana malu ditahan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Kuantan semalam.


KUANTAN - "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang." 
Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ghazali Abdul Aziz selepas operasi cegah maksiat jabatan itu berjaya menangkap 56 remaja yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini awal pagi semalam.

"Saya terkejut, dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.

"Kononnya nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, lepas itu tak sempat hendak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah sewa hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan.


hAI... REMAJAKU TIDAKKAH KAMU LIHAT APA YANG BERLAKU KAT REMAJA DI PALESTIN di TAHUN BARU DAN HARI-HARI BERIKUTNYA .....

LIHATLAH DIBAWAH INI.........


Antara koleksi gambar-gambar kekejaman Israel terhadap Palestin






















































































Sumber : Web berita Al-jazeerah dan Palestin info


SEORANG anggota paramedik mendukung seorang 
kanak-kanak yang cedera selepas serangan tentera udara Israel di Gaza semalam.

Israel bom Gaza pada tahun baru

SEORANG wanita Palestin meratap di hadapan kediamannya yang musnah akibat serangan udara Yahudi di Rafah, semalam.

SEORANG wanita Palestin parah akibat serangan udara Yahudi di Rafah, semalam.

Israel bunuh pemimpin Hamas


Penduduk Palestin memeriksa kemusnahan bangunan yang menempatkan rumah Nizar di Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Tentera Israel membunuh seorang 'orang kuat' Hamas semalam dalam serangan menyasarkan pemimpin-pemimpin kanan pergerakan berkenaan.

Serangan itu dilakukan di apartmen lapan tingkat iaitu tempat pemimpin Hamas tersebut, Nizar Rayan menginap menyebabkan dua daripada isteri dan empat anaknya terbunuh di Gaza.


SEBUAH jet F-15 milik tentera udara Israel berlegar-legar di utara Genting Gaza semalam.


Beberapa pemimpin Hamas menyembunyikan diri sebelum tentera Israel melancarkan operasi itu.

Rayan, 52, merupakan antara lima pemimpin teratas yang terlibat dalam membuat keputusan.

Beliau merupakan seorang profesor undang-undang dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan sayap ketenteraan Hamas.


ASAP menjulang selepas serangan Israel di utara Genting Gaza semalam.


Sementara itu angka korban berikutan serangan bertalu-talu sejak Sabtu lalu mengakibatkan lebih 402 penduduk Gaza mati manakala 2,098 lagi cedera.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan suku daripada angka kematian membabitkan orang awam.


SEBUAH roket dilancarkan dari Genting Gaza semalam.


Lebih 30 serangan peluru berpandu udara direkodkan semalam manakala beberapa buah kapal tentera laut mengawal pesisir pantai Gaza.

Banyak kemudahan awam dan rumah rosak termasuk bangunan Parlimen serta kementerian keadilan di kompleks kerajaan Hamas. - Agensi



Masjid jadi sasaran Yahudi



keadaan bangunan di Rafah, selatan Genting Gaza yang musnah akibat serangan udara tentera Israel, semalam. – Reuters


BAITULMAQDIS 1 Jan. – Masjid dan kawasan ibadat umat Islam tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan tentera Israel di Genting Gaza yang memasuki hari keenam, hari ini.

Tindakan menyerang masjid dan tempat ibadat umat Islam itu dibuat selepas Israel mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata.

Ketua Khidmat Keselamatan Shin Bet, Yuval Diskin memberitahu Kabinet Israel semalam bahawa pemimpin Hamas bersembunyi di masjid dengan anggapan tentera Zionis tidak akan menyerang mereka di kawasan suci tersebut.

Keadaan itu menyebabkan tentera Yahudi turut menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran serangan.

Setakat ini serangan itu memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat.

Israel sebelum ini sering menjadikan tempat suci umat Islam ini sebagai sasaran walaupun tindakan itu berpotensi untuk menyemarakkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Terbaru semalam, serangan oleh pesawat perang Israel telah memusnahkan Masjid Tel Al-Hawa.

Penduduk Palestin dan jemaah masjid berkenaan membantah keras tindakan tersebut dan menafikan ia digunakan sebagai markas tentera.

“Tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam,’’ kata seorang penduduk, Iyad Akram.

Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel perlu menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum sebarang cadangan melaksanakan perjanjian damai dapat dipertimbangkan oleh Palestin.

Katanya, serangan ganas tentera Zionis ke atas wilayah Palestin perlu ditamatkan tanpa sebarang syarat dan selepas itu barulah rundingan damai dilakukan.

“Kedua, kepungan perlu dihentikan dan semua pintu sempadan perlu dibuka semula kerana kepungan itu merupakan ibu kepada semua masalah di Gaza,” tegas Ismail.

Ismail dalam nada tegas turut menyatakan, pejuang Islam yang mengawal Genting Gaza akan menang dalam peperangan menentang Israel.

“Kami ingin memberitahu penduduk Palestin di Gaza dan di mana jua bahawa kita akan menang dalam peperangan ini.

“Kemenangan semakin hampir dan insya-Allah ia lebih cepat daripada yang anda semua fikirkan,” tegas beliau.

Perdana Menteri itu menyatakan perang ini bukan serangan biasa tetapi merupakan peperangan sebenar di luar batasan moral, prinsip dan juga undang-undang.

“Perang ini merupakan satu peperangan menghapuskan penduduk Palestin di Genting Gaza,” katanya.

– Agensi

Tentera Israel semakin mengganas

BANDAR GAZA 1 Jan. - Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mempedulikan kesengsaraan mereka sewaktu kemeriahan sambutan tahun baru di seluruh dunia, hari ini.

Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi ini memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.

Rejim Zionis turut melepaskan tembakan ke atas kedudukan Hamas di tepi laut bagi melumpuhkan kekuatan mereka.


No comments: