28.1.09

Peperangan Gaza... Apa Kesannya Ke Atas Rakyat Yahudi Israel?

Biasanya, pihak media melaporkan kesengsaraan Rakyat Palestin..... Namun begitu, pihak media barat cuba menyembunyikan kesengsaraan rakyat yahudi palestin..... kita dengar yang hamas ada melancarkan puluhan roket ke wilayah penjajah ini tapi apa kesannya?

Dunia barat cuba memberikan gambaran kepada Dunia yang mana tindakan Hamas tidak memberikan kesan kepada Israel... seolah-olah perbuatan atau tindakan Hamas adalah sia-sia

Mari kita lihat beberapa video ini.... yang membuktikan rakyat israel juga sengsara walaupun tidaklah seteruk sahabat muslimin kita di Gaza....

Ianya menunjukkan kejayaan Hamas dalam memberikan kesan atau parut kepada regim yahudi bahawa Umat Islam kalau diberikan peluang memiliki senjata yang minima... mereka mampu memberikan tamparan yang hebat kepada musuh Islam yang memiliki senjata canggih kerana Umat Islam ada senjata rohani yang amat powerful iaitu iman dalam berjihad.....

Video 1



Video 2 - --> 5 Tentera Israel Maut, 25 Cedera



Video 3 -->



Video 4---> Roket Hamas sampai Sderot ISrael



Video 5 ---> Kehebatan Tentera Hamas - Bersama Syeikh Nizar Rayyan (Assyahid)

http://www.youtube.com/watch?v=gWHf1I4oeiw


Video 6 ---> Latihan Intensif Hamas Untuk Hadapi Kemungkinan



Video 7 ---> Tentara Hamas ada Kelengkapan Menghakis serangan uadra Israel


Video 8---> Israel diserang lagi.... tahun 2006... kalau itu 2006 dah teruk... 2008 bagaimana?


Video 9 - Hamas Hantar Roket ke Ashkelon


Video 10 --> Ketakutan Jiran Israel....



Video 11 ---> Bila Hamas Menyerang







Layari juga http://www.youtube.com/watch?v=TBP6usoGmtI




ITu ADALAH SEBAHAGIAN VIDEO... YANG BOLEH DIDAPATI DI YOU TUBE....

Wassalam





26.1.09

Betul ke Lelaki Melayu Tidak Romantik?

Dalam Kosmo hari ini, Isnin 26 Januari 2009 memaparkan satu tajuk yang agak sensasi dan bersifat emosi iaitu
" Cengkaman Lelaki Bangladesh"

Di dalam dinyatakan bahawa lelaki bangla diminati oleh Wanita Melayu sebab romantik dan pandai mengambil hati sehinggakan ada gadis sunti melayu yang sanggup meninggalkan keluarga tercinta yang telah melahir dan membesarkannya gara-gara lelaki bangla ini.....fuh! tragis sungguh dan lemah sungguh lelaki melayu....kononnya....

Lelaki bangla apabila ditanya mereka menyatakan bahawa Wanita Melayu ini lemah lembut dan itulah ciri-ciri yang selama ini dicari oleh mereka.... manakala wanita bangla dikatakan panas baran..... kesihan yang wanita bangla ye.....

Wanita kita pula memuji lelaki bangla ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar itu... lelaki bangla penyayang, sanggup berkorban masa dan SENTIASA MEMUJI sedangkan wanita yang mengutarakan menyatakan bahawa lelaki melayu suka merungut, terlalu ego, mementingkan diri sendiri dan tak pandai melayan kehendak wanita moden..... satu penghinaan kepada lelaki melayu nie......

AGAKnya kalau ditanya kepada Lelaki melayu.... apa pula yang mereka perkatakan tentang wanita melayu?

Perang Besar agaknya........

Apa yang wanita Melayu tak tahu tentang lelaki bangla?

kalau kita tanya kepada wanita bangla... apa yang ingin mereka perkatakan kepada lelaki bangla...

Jawapannya ialah

1. Lelaki bangla sebenarnya panas baran.... mereka tak tunjuk waktu bercinta.... waktu bercinta mereka kelihatan romantik habis.......

2. Lelaki bangla kuat cemburu..... (sebab tu ada kes dalam akhabar yang mana lelaki bangla terus mengganggu bekas kekasihnya...)
Kalau dah kahwin nanti, suami bangla akan cemburu habis bila lihat isterinya bersembang dgn adik isterinya atau abang isterinya....

3. Lelaki bangla lepas kahwin akan bertindak ganas kepada isteri, kalau permintaannya tidak dituruti, di negara mereka, sesetengah lelaki bangla menganggap wanita sebagai simbol seks, boleh dipukul dan diterajang.......

4. Lelaki bangla mempunyai ciri-ciri yang sama dgn lelaki pakistan dan afghanistan iaitu mereka makan makanan rempah yang merangsangkan kegusaran emosi.... sebab itu mereka nampak romantik pada waktu baik.... ganas pada waktu marah...

5. Lelaki bangla majoriti adalah pengotor......, kemajuan negara kita jauh lebih baik dan lebih sempurna berbanding dgn bangladesh, pakistan dan afghanistan.... sesiapa yang pernah melawat 3 negara tersebut akan lebih faham apa yang dinyatakan.
Dalam ibu negara... kita boleh tengok mereka kencing di mana-mana secara open, tandas awam mereka jauh lebih kotor daripada tandas awam kita. Mereka pada puratanya mandi sekali sehari.... kenapa?... belenggu kemiskinan dan belenggu kasta...

6. Antara ciri lain ialah Allah yang jadikan satu ujian kepada mereka iaitu mereka kuat menipu dan berbohong... tanyalah businessman malaysia yang berurusan di bangladesh, pakistan dan afghanistan.... mereka boleh cerita sesuatu yang kita rasa pelik dan tak logik sampai ketahap itu penipuan yang dibuat... Wanita melayu kita terpengearuh dgn cerita sensasi mereka dan pembohongan yang dibuat nampak macam tanpa pembohongan... sebab dah biasa daripada kecil....


Mungkin wanita yang berkata bahawa lelaki bangla penyayang , romantik dan pandai ambil hati itu sebenarnya... belum membuat kajian simple dgn bertanya kepada orang melayu yang pernah tinggal di sana, wanita bangladesh dan wanita yang sudah berkahwin dgn lelaki bangla ini...... saya yakin mereka akan melihat kelebihan dan keburukan lelaki bangla ini dan seterusnya memikirkan kembali tanggapan awal yang mereka berikan......

JANGAN terpengaruh dengan filem bolly wood kerana anda berada pada alam yang fantasi dan bukan alam realiti.....

Persoalan seterusnya, adakah lelaki kita tidak romantis , atau wanita yang dinyata olek kosmo ini tak pernah jumpa kelompok lelaki melayu yang romantik dan romantis.....

Bagaimana pada pandangan Lelaki Melayu di luar sana?

22.1.09

Video Tentang Palestin

Ada beberapa kekawan meminta saya masukkan beberapa video tentang palestin.

Sebenarnya terlalu banyak video tentang palestin yang boleh kita ambil daripada youtube.... tak larat kita nak tengok semuanya... terlalu banyak.....






Di sini saya sertakan beberapa video yang boleh kita kongsi bersama

1. Lagu Oleh Muad, Komposer Oleh Sifu Naser


2. Lagu Samy Yusuf Khas Buat Palestin


3. Nasyid Jihad Palestin by Hamas - khas buat assyahid Ahmad Yassin


4. PAndangan TV MEMRI pada HAMAS


5. HAMAS menunjukkan kekuatan nya kepada rakyat jelata


6. Video Kejayaan Hamas Musnahkan Kereta Kebal Israel


7. Bingkai Kehidupan - Nasyid BUat Palestin


8. Nasyid Khas Buat Rantisi dan Ahmad Yasin


9. Kekuatan Roket Qassam Hamas


10. Lagu Ya Hamas.... kekuatan mereka pada lagu semangat yang dicipta


11. Nasyid Hamas... daripada batu kepada penggunaan senjata


SELAMAT MENONTON........

BERITA PALESTIN YANG TIADA DALAM ARUS PERDANA!

----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: alonyushi along ; sinar_murabbi ; Taman2Syurga
Dihantar: Rabu, 21 Januari, 2009 8:42:21
INFO: Hamas dan pejuang palestin



Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin

Pada
pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh
Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2
dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL

MENGHENTIKAN
SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah
pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR
DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka
telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera
Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan
israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun
Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan
Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam
peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan
keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para
pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah
pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak
menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah
apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat
senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk
mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun
Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan
ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera
Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan
serangan terhadap hammas. Kemenangan
ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor
rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan
ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada
sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang
awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang
dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan
kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada
bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan
pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka
tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana
kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar
ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu
tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap
teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:


لا تزال طائفةمن أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما
أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا
رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan
dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan
musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan
mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah
datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat
bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di
Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga
kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan
hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan
selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg
berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya
lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin,
mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan
ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

18.1.09

KEPUTUSAN PILIHANRAYA TERENGGANU - APA YANG KITA BOLEH PELAJARI?

  Pilihanraya di Terengganu dah selesai. Result sapa yang menang dan sapa yang kalahpun sudah diketahui.

    Pada yang menang diucapkan tahniah.... dalam keseronokan menang dan menjadi YB, dikelilingi oleh penyokong dan ucapan tahniah.... kena fikirkan tentang anugerah tanggungjawab yang Allah dah beri.... kena laksanakan betul2....

     Pada yang kalah... lain kali cuba lagi.....

   Namun dalam tulisan ini, saya tak berminat nak berbicara pasal politik kerana saya bukan arif dan ahli tentangnya

   Walau bagaimanapun ada beberapa persoalan yang boleh difikirkan bersama....

1.  Adakah rakyat yang telah bertukar angin ini memberikan satu buah ilmu dan pemikiran kepada parti yang kalah untuk berfikir.. kenapa kalah teruk?. Apa isyarat rakyat sebenarnya?

             Adakah rakyat telah berkata... "kami mahukan pemimpin baru, gaya leadership yang baru, angin baru, muka baru dan cara integriti yang baru?.............."

2. Adakah rakyat atau pengundi bosan dan meluat dgn proses atau cara berkempen yang seolah-olah mengganggap pengundi itu bodoh, tak boleh berfikir atau membuat analisa sendiri?

            contoh: -    Kenapa bila ada pilihanraya di sesuatu tempat.... maka semua ucapan pemimpin berkaitan kebaikan rakyat dari tempat tersebut..... tak boleh ke pemimpin membuat kenyatakan di tempat lain.......

                Kenapa bila ada pilihanraya, baru dilancarkan pelbagai program kebaikan rakyat dari tempat pilihanraya yang bakal diadakan....... tak boleh ke setiap program kebaikan rakyat dilancarkan dgn janji jutaan ringgit ketika tiada pilihanraya.... ianya dilancarkan mengikut keperluan rakyat.....

3. Adakah cara berkempen zaman 70-an, 80-an masih lagi sesuai dengan era zaman IT, zaman blogger dan zaman maklumat cepat dihubungkan?

            contoh: teknik berkempen di mana, parti lawan tak boleh buat itu dan ini, TAPi parti sendiri buat perkara yang dilarang itu.....

            Isu yang lama... isu zaman 80-an dipermainkan dan dicanang semula.... seperti isu hudud, isu Pas dan DAP bergaduh pasal "kerajaan Islam" dan pelbagai isu.....

         Tengok semalam, media elektronik tak nak siarkan keputusan sebab parti kerajaan kalah... tapi media internet dahpun siarkan seawal pukul 9.33 pm, media bawah pemerintah dalam internet siarkn pada pukul 10.30 pm ke atas.... kenapa tiada telusan dan integriti?

4. Adakah pihak yang kalah semalam telah pun mengkaji secara telus menggunakan perunding penyelidikan yang betul2 bebas bukan syarikat kaki ampu untuk find out kenapa pilihanraya senasional dulu, parti yang kalah telahpun mengalami kejutan yang dahsyat apabila kalah di beberapa negeri besar dan hampir-hampir hilang putrajaya....

              Kenapa masih lagi ulangi kesilapan yang sama..........?

Saya ada berbincang dgn beberapa individu yang memikirkan hal ini .... antara mereka ada yang berkata:

         " Depa masih lagi tak belajar daripada pengalaman yang lalu........."

               "Mereka terlalu comfort zone dgn kelebihan memegang putrajaya"

Wallahu'alam......   

16.1.09

QUNUT NAZILAH ... MOGA ALLAH SELAMATKAN PALESTIN

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
6 Januari 2009
4.29 pagi (UK time)

BEZA YAHUDI DENGAN KITA UMAT ISLAM?

SAYA MENEROKA INTERNET DAN MENEMUKAN SATU ARTIKEL YANG MENARIK UNTUK KITA FIKIRKAN....... DALAM KEGERAMAN KITA ..... PERLU BINA STRATEGI MASA DEPAN...

=====================================================================

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia..
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi..
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk.. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran

Sumber: Utusan Online

11.1.09

ZIONIALAH NAZI KEPADA UMAT ISLAM!

Apabila Zionis jadi Nazi di Gaza

Oleh Zin Mahmud


Akhbar Utusan Malaysia hari Jumaat, 9 Januari menyiarkan tajuk besar Hizbullah bantu Hamas, serangan mungkin permulaan konflik lebih luas di Asia Barat.

Berita yang sama juga didengar melalui radio dan televisyen. Tetapi tajuk-tajuk mereka tidaklah menyebut Hizbullah membantu Hamas. Di satu pihak perkara itu tidak mustahil. Mungkin Hizbullah benar-benar melancarkan roket bagi mengalih tumpuan tentera Israel dan mengurangkan tekanan terhadap Hamas di Gaza.

Pada sudut lain pula, berasa naik semangat kerana penentang-penentang Israel turut membalas dengan apa senjata yang ada. Tentunya Hizbullah, walaupun ia bukan pihak Palestin, berasa setiakawan untuk membantu Hamas. Lebih-lebih lagi gerakan Hizbullah dan Hamas dilihat sebagai dua kumpulan militan yang masih mampu untuk menentang Israel. Kedua-duanya pula mendapat sokongan daripada Iran dan Syria, dua negara yang masih aktif menentang Israel dengan menggunakan ancaman senjata.

Tetapi pada hari yang sama penulis menerima khidmat pesanan ringkas (sms) menyatakan bahawa laporan itu adalah untuk memenuhi kepentingan Israel dan tujuannya adalah memberitahu dunia bahawa Israel sedang diancam oleh militan Islam terdiri daripada Hizbullah dan Hamas yang berupaya mempunyai roket untuk mencederakan rakyat Israel.

Oleh itu, dunia khususnya Amerika Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel harus terus memberi sokongan kepada rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza. Bagi Israel, sokongan Amerika dan Eropah amat penting. Kalau lain-lain bahagian dunia, khususnya umat Islam marah padanya sekalipun, ia tidak peduli. Apa yang penting bagi mereka ialah Amerika dan Eropah mesti menyokongnya. Maka apa yang ia boleh lakukan ialah untuk sentiasa meyakinkan orang ramai di Amerika dan Eropah bahawa tujuannya membunuh rakyat Palestin di Gaza adalah semata-mata bagi menghapuskan pengganas iaitu Hamas.

Mereka juga mahu menekankan bahawa dua kumpulan yang dianggap pengganas ini, iaitu Hamas dan Hizbullah disokong oleh Iran dan Syria bukan saja mengancam Israel tetapi keseluruhan tamadun dan dunia barat, iaitu Amerika dan Eropah. Jadi, Israel mahu menggambarkan kepada mereka bahawa ia melakukan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza itu adalah semata-mata berjuang bagi pihak Amerika dan Eropah untuk menyelamatkan tamadun Barat.

Justeru, oleh kerana Israel menggambarkan diri mereka sebagai pembela tamadun Barat daripada dimusnahkan oleh golongan yang dikatakan sebagai penegak tamadun Islam, maka Amerika dan Eropah mesti terus membantu Israel dengan bekalan dana dan senjata kerana apa yang dilakukan oleh negara Zionis itu adalah untuk menjadi benteng kepada Barat.

Itulah yang cuba digambarkan oleh Israel kepada dunia Barat. Sebab itu, Israel melalui pengulas-pengulasnya dalam televisyen satelit termasuk Al-Jazeera sentiasa menekankan mengenai matlamat perjuangan Hamas yang mereka turut kaitkan dengan Hizbullah dan Iran, iaitu perjuangan untuk menegakkan negara Islam. Maka Hamas digambarkan sebagai kuasa jahat yang mahu memusnahkan Israel dan menegakkan negara Islam di situ bersekali dengan amalan hukum Syariah, yang kemudian berusaha meluaskan wilayah takluk hingga ke Eropah dan Amerika.

Hamas dipaparkan sebagai suatu gerakan yang akhirnya akan memusnahkan dunia demokrasi dan kapitalisme untuk digantikan dengan fasisme Islam, atau istilah mereka Islamofasisme, sebagai pewaris kepada Nazisme Adolf Hitler.

Gambaran israel itu sentiasa diulang-ulang untuk dijadikan alasan bagi membolehkan mereka membunuh orang Palestin termasuk kanak-kanak. Dalam konflik di Gaza ini pula, kanak-kanak adalah dikatakan majoriti yang menjadi mangsa, baik terbunuh atau cedera. Antara alasan yang penyokong-penyokong Israel beri bagi membolehkan pembunuhan kanak-kanak Palestin ialah bahawa mereka itu bakal menjadi pejuang Hamas. Sebab itu dapat dipercayai bahawa askar Israel tidak sedikit pun berasa bersalah apabila membunuh ibu-ibu Palestin yang hamil. Ini kerana bagi mereka anak yang dikandung itu bakal menjadi ancaman kepada Israel.

Hamas

Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian. Hamas walaupun merupakan organisasi berasaskan Islam hanya mahu sebuah negara Palestin yang merdeka di mana penduduknya bebas mengamalkan agama dan budaya mereka iaitu Islam. Hasrat untuk memusnahkan Israel adalah dalam konteks bahawa negara Zionis itu telah menghancurkan negara Palestin dan penghalang kebebasan rakyat Palestin itu sendiri. Begitu juga dengan Hizbullah. Mereka hanya mahu hidup merdeka sebagai rakyat Lebanon yang bebas mengamalkan agama dan budaya sendiri, iaitu Islam mazhab Syiah. Serangan mereka ke atas Israel adalah untuk menghalau negara Zionis itu daripada menjajah mereka. Sebagai seorang Islam dan berperikemanusiaan, sudah tentu mereka berasa setiakawan dengan rakyat Palestin.

Pastinya pihak israel faham mengenai perkara ini. Tetapi mereka hanya mahu menjadikan asas perjuangan Hamas itu sebagai alasan bagi membolehkan mereka terus menundukkan Palestin secara kejam. Tidak menghairankan bahawa di peringkat awal, Israel dan Amerika yang membantu Hamas untuk menjadi kuat supaya dapat melemahkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang berjuang atas nasionalisme sekular.

Kini Amerika dan Israel memihak kepada PLO dan diberi bantuan supaya menekan Hamas pula. Ini kerana mereka melihat Hamas sudah menjadi ancaman kepada Israel. Itupun kalaulah benar. Dunia sukar untuk mengetahui apa yang sebenar kedudukan organisasi ini. Tetapi Amerika dan Israel mempunyai rangkaian perisikan yang lebih canggih daripada pihak lain dan mampu membuat penilaian lebih tepat.

Namun daripada pemerhatian dunia, apa yang dilakukan oleh Israel dan Amerika adalah untuk memastikan PLO khususnya organisasi utamanya iaitu Fatah akan sentiasa berseteru dengan Hamas. Maka akhirnya kedua- duanya lemah.

Maka daripada pemerhatian ini, keadaan kedudukannya ialah Israel merupakan pihak yang sebenarnya fasis. Demokrasi yang diamalkan oleh Zionisme ini hanya untuk bangsa mereka saja. Tetapi demokrasi mereka telah cacat dengan sikap perkauman yang tebal dengan melayan rakyat Palestin sebagai bukan manusia. Mereka percaya kepada keagungan bangsa sendiri iaitu Yahudi. Jadi, apa bezanya mereka dengan Nazi Jerman? Ketika mana mereka menuduh gerakan Islam sebagai Islamofasis, tetapi apa yang berlaku ialah bahawa negara Israel mempunyai fahaman dan amalan yang boleh diistilahkan sebagai Zionofasis. Kata dulang paku serpih.

Ketika Zionis menuduh umat Islam mahu menguasai dunia dan menubuhkan daulah Islamiah yang mengamalkan syariah, tetapi apa yang berlaku ialah mereka iaitu orang Yahudi yang bukan saja mahu menguasai dunia tetapi sebenarnya telah pun menguasai dunia. Mereka menguasai dunia ketenteraan, akademik, korporat, budaya, teknologi dan kewangan sejagat dengan teras wilayah penguasaannya ialah Amerika dan Eropah.

Sistem kewangan yang dipakai dunia hari ini berasal daripada Yahudi hingga hari ini mengancam manusia dengan sistem berasaskan riba. Sistem ini telah mengkayakan golongan mereka dan memiskinkan jutaan manusia yang lain. Bukan orang Islam yang merosakkan dunia, tetapi orang Yahudi. Dengan kecerdekan mereka, orang Yahudi juga memikul tanggungjawab memberikan kesejahtreraan kepada manusia. Tetapi apa yang mereka lakukan ialah merosakkan dunia, dalam semua segi termasuk alam sekitar.

Bagi umat Islam, Hamas dan Hizbullah bukannya gerakan yang perlu ditakuti. Syariah yang mahu diamalkan adalah suatu perkara yang sudah menjadi amalan seharian mereka. Sementara sistem Syariah masih jauh daripada mereka kerana apa yang mereka perlukan saat ini adalah kehidupan seharian iaitu makan, minum, pekerjaan dan pendidikan.

Kalaupun Syariah yang hendak diamalkan, sudah tentu ia mula berlegar pada soal-soal perkahwinan dan akhirnya kepada kewangan islam. Sistem kewangan Islam merupakan amalan Syariah yang semula jadi bagi orang Islam dan memberi manfaat kepada orang bukan Islam.

Maka kebangkitan Hamas serta dibantu Hizbullah adalah suatu yang wajar kerana kedua-duanya adalah sesama Islam. Namun begitu, apabila diteliti berita mengenai pelancaran roket oleh Hizbullah ke atas Israel, maka dapat dilihat ia berpunca daripada laporan oleh agensi berita Amerika iaitu AP, Associated Press.

Walaupun ia merupakan agensi berita profesional; tetapi dapat difahami bahawa ia tentunya memihak kepada Israel. Maka apabila diteliti di mana sumbernya, maka dapat diketahui bahawa laporan AP itu tidak menyebut di mana ia dapat berita itu. Apa yang dilaporkan adalah seolah-olahnya disaksikan sendiri oleh pemberita itu tetapi tidak pula dinyatakan demikian.

Laporan itu kemudian memetik media Israel yang mendakwa pejuang Palestin yang melancarkan roket dari Lebanon ke atas Israel. Tetapi adakah media Israel itu boleh dipercayai kerana mereka sudah tentunya mahu membantu tentera mereka. Persoalan juga timbul dari mana mereka memperoleh maklumat. tentunya daripada sumber tentera mereka yang juga mempunyai kepentingan.

Sementara kerajaan Lebanon pula, yang turut dianggotai oleh Hizbullah sedang menyiasat siapakah yang melancarkan roket itu. Dalam laporan lain pula dinyatakan bahawa Hizbullah, Hamas dan Fatah menafikan telah melancarkan roket. Malah Hizbullah menegaskan bahawa ia tidak mahu diperangkap oleh Israel dengan turut menyertai dalam peperangan itu.

Apa yang berlaku sebenar tidak akan dapat diketahui kerana Israel menguasai semua laporan daripada Gaza. Malah laporan mengenai serangan roket baik yang dikatakan dari Hamas mahupun Hizbullah boleh jadi dibuat oleh Israel sendiri bagi membolehkan mereka terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Bukan saja Israel menguasai maklumat di Gaza, tetapi di seluruh dunia. Para wartawan Barat hanya dibenarkan sampai di sempadan Gaza dan Israel. Bagaimanakah wartawan hendak mengetahui keadaan sebenar? Tentunya laporan mereka juga ditapis oleh pihak tentera Israel.

Namun begitu, ada wartawan yang masuk melalui Rafah di sempadan antara Mesir dan Gaza, itupun amat terhad. Sementara itu terdapat wartawan yang sudah bearda dalam Gaza, termasuk Al-Jazeera. Namun begitu, pergerakan mereka amat terhad dengan kekurangan bekalan peralatan dan ancaman dari Israel.

liputan

Dengan kesukaran wartawan untuk membuat liputan Gaza, maklumat yang dapat dikeluarkan pula akan ditapis di ibu pejabat agensi berita masing-masing. Sudah tentu laporan AP dan Reuters akan disunting di Amerika dan Britain yang kecenderungannya adalah kepada Israel. Agensi berita Perancis AFP mungkin lebih bebas sedikit tetapi ia tetap berada dalam jalur pemikiran Eropah yang juga cenderung kepada Israel. Begitu juga dengan stesen-stesen televisyen seperti CNN dan BBC.

Maka yang tinggal ialah Al-Jazeera milik kerajaan Qatar. Namun begitu pergerakan mereka juga terhad. Selain itu, politik negara-negara Arab di Asia Barat juga perlu diambil kira. Negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dan juga Mesir serta Jordan merupakan sekutu Amerika. Sedangkan Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Sukarnya rakyat Palestin di Gaza untuk menyelamatkan nyawa dan zuriat mereka.

Maka dunia termasuk Malaysia hanya dapat maklumat daripada apa yang disampaikan melalui aganesi-agensi berita. Palsu atau benar, seleweng atau berusaha untuk tepat adalah kesemuanya tidak ada kepastian. Suatu masa nanti akan terbit buku-buku yang ditulis oleh saksi mata mengenai peperangan di Gaza itu.

Para ahli akademik akan membuat penyelidikan melalui sumber pertama akan mengumpul maklumat yang akhirnya boleh memberi gambaran kejadian sebenar di Gaza. Tidak kurang pula wartawan yang terlibat menyampaikan maklumat termasuk penyunting mereka di ibu pejabat akan menceritakan tekanan-tekanan yang mereka terima daripada pelbagai pihak termasuk pemilik yang dipengaruhi oleh lobi Yahudi.

Dalam mana-mana peperangan, mangsa pertama adalah kebenaran. Atas cebisan maklumat yang diterima oleh dunia inipun dapat dirasakan betapa perit dan sengsaranya rakyat Palestin di Gaza menjadi mangsa Israel.

Buat masa ini perang panjang oleh Israel yang dilancarkan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 40-an dahulu memihak padanya. Keupayaan mereka untuk menang bermula daripada penguasaan mereka terhadap media antarabangsa. Untuk melawan balik, umat Islam mesti menang dalam medan media.

Wawancara Bersama Dr Chandra

Zionis nafikan sejarah

Serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin beberapa hari ini dikatakan sebagai


tindakan balas terhadap pihak pejuang Hamas melancarkan

serangan roket ke kawasan pendudukan Israel. Walaupun faktanya Israel yang mencabul gencatan senjata, tetapi rejim itu memutar belit seolah-olah Hamas yang menjadi punca

sekaligus mewajarkan mereka membunuh ratusan orang yang tidak berdosa.

Konflik antara Israel –

Palestin berlarutan dalam jangkamasa yang panjang. Bermula tahun 1948 ketika Israel

merampas tanah air Palestin

sehingga kini konflik tidak memperlihatkan titit penyelesaian.

Israel yang dinaungi oleh Amerika Syarikat (AS) menjadikan rejim ini begitu angkuh dan melanggar semua tatacara Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Ahli akademik yang juga Presiden International Movement For Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar melihat, semua ini berlarutan disebabkan Israel dan AS cuba menafikan sejarah.

Menurut Dr. Chandra, fakta sejarah bahawa tanah milik Palestin dirampas oleh Israel

cuba dipadamkan dan yang timbul tindak balas Palestin

seolah-olah pengganas yang menyerang Israel.

“Israel sengaja mengalih isu kepada serangan Hamas untuk membolehkan mereka melancarkan serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas

Palestin. Ini menafikan sejarah sebenar mereka yang merampas tanah Palestin,” tegas

Dr. Chandra kepada wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan ARSHAD KHAN Khamis lalu.

Mengenai sikap AS yang

memayungi kejahatan Israel

sekaligus memonopoli PBB, Dr. Chandra berkata, sistem politik dan pentadbiran termasuk

bidang akademik AS dikuasai oleh zionis. Maka beliau tidak menaruh harapan yang besar kepada bakal presiden AS,

Barack Obama boleh

mengubah sokongan AS

terhadap Israel kerana Obama juga dikelilingi zionis.


MINGGUAN: Apa masalah yang paling kuat menghalang penyelesaian isu di Palestin?

Akar umbi masalahnya adalah berkaitan kepada soal pendudukan Palestin. Kalau mereka (Israel dan beberapa negara Barat) tidak mengakui masalah besar ini iaitu penaklukan ke atas Palestin sejak 1948 yang berlaku atas beberapa faktor pada hemat saya adalah puncanya. Jika mereka tidak mahu mengakuinya masalah ini dan cuba memberikan fokus kepada roket dan Hamas sebagai pergerakan pengganas, ini bererti mereka tidak jujur. Inilah punca masalahnya. Jika mereka ingin menyelesaikan masalah Palestin, mereka harus mengembalikan hak rakyat Palestin dan tidak ada cara lain. Sebaliknya jika mereka menafikan hak rakyat Palestin secara menyeluruh, tidak akan ada penyelesaian sehingga hari kiamat.

Adakah Amerika Syarikat (AS) tidak melihat daripada sudut itu?

Bukan AS tidak melihat ke arah itu tetapi mereka tidak mahu bertindak atau mengambil langkah-langkah yang perlu dan penting untuk mencapai matlamat. Ini kerana pemerintah AS sejak 1948, lebih-lebih lagi selepas Perang Enam Hari 1967 dikuasai oleh kepentingan-kepentingan Zionis yang begitu kuat dan kukuh dalam sistem AS. Yang kita maksudkan kepentingan Zionis dalam politik, mereka mempengaruhi Kongres AS, Senat dan Rumah Putih. Misalnya individu yang dilantik sebagai Ketua Staff Rumah Putih oleh bakal presiden AS Barack Obama , Rahm Emanuel merupakan bekas pegawai tentera Israel. Bukan Obama tidak tahu masalah Palestin kerana Obama ini pernah berkata suatu masa dahulu, saya petik ini daripada buletin Yahudi, Jewish Voice For Peace yang pro Palestin, “Tiada siapa yang lebih menderita daripada rakyat Palestin.” Ketika itu Obama belum masuk gelanggang politik dan dia sebagai peguam, ahli akademik dan pengelola masyarakat. Namun, bila beliau masuk politik, dalam perjalanan ke kemuncak beliau berubah. Ini kerana jika beliau tidak berubah, beliau tidak boleh menang. Sistem AS memang jelas dikuasai oleh Zionis.

Jadi apabila sistem AS dikuasai Zionis, isu ini tidak ada harapan untuk selesai hingga bila-bila?

Akan berubah sekiranya berlaku perubahan di AS. Perubahan berlaku disebabkan kesedaran manusia untuk berubah. Seperti yang berlaku dalam isu Iraq. Dalam tahun 2003, sebelum AS menyerang Iraq, hampir 70 peratus rakyat AS menyokong serangan terhadap Iraq. Tahun 2004, dalam pilihan raya ketika Bush menang kali kedua, sebahagian besar masih menyokong perang di Iraq. Tetapi dalam beberapa tahun selepas 2004, keadaan berubah kerana mereka sudah sedar kematian yang berlaku di Iraq, mereka mengetahui serangan di Iraq itu tidak mencapai matlamat. Mereka sedar ini adalah satu masalah besar. Kesedaran itu yang penting. Kita perlu meningkatkan kesedaran rakyat AS dalam isu ini (Palestin).

Rakyat Yahudi yang duduk di negara-negara Arab sepanjang sejarah, asalnya mereka tidak menyokong pergerakan Zionisme, kini sudah berubah. Dalam kurun ke-19 bermula pergerakan Zionisme politik di Eropah dan bukannya di Timur Tengah, di Baitulmuqaddis atau bukan di tempat yang kini digelar Israel. Yang bertanggungjawab atas pergerakan ini, yang memulakannya adalah golongan Yahudi yang seratus peratus sekular. Mereka ini tidak ada pegangan atau hubungan terhadap agama mereka sendiri. Tetapi antara yang tidak bersetuju dan menentang dengan usaha penubuhan negara Zionis adalah beberapa individu-individu Yahudi yang kuat berpegang pada agama Yahudi.

Tetapi Dr, hakikatnya, sudah ada sebuah negara bernama Israel. Jadi apakah yang mesti dilakukan?

Saya ingin tegaskan di sini satu perkara yang jarang disebutkan bahawa PBB melanggar piagamnya sendiri dalam usaha menubuhkan Israel. Dalam piagam PBB, sebelum sebuah negara ditubuhkan, rakyat yang terlibat harus diberikan kuasa untuk menentukan masa depan mereka, ini adalah piagam PBB. Hak untuk menentukan nasib telah dinafikan. Hak ini tidak diberikan kepada rakyat Palestin. Rakyat Palestin, Islam dan Kristian adalah majoriti ketika itu. Yahudi ketika itu tidak sampai 30 peratus. Mereka membahagikan Palestin itu satu lagi tindakan yang bertentangan dengan piagam PBB kerana PBB tidak berhak untuk membahagikan mana-mana negara, kawasan dan wilayah. Cara mereka bahagikan pun tidak mencerminkan keadilan. Yahudi yang tidak sampai 30 peratus diberikan 60 peratus daripada wilayah, rakyat Palestin yang berjumlah 70 peratus diberikan hanya 40 peratus. Ini cara mereka bahagi negara Palestin.

Sepanjang pengetahuan Dr. apakah formula penyelesaian yang pernah dikemukakan untuk menyelesaikan krisis ini?

Ada dua bentuk penyelesaian. Satu yang diterima oleh beberapa kerajaan dan beberapa kumpulan serta sebahagian daripada rakyat Palestin iaitu 22 peratus kawasan yang dirampas pada 1967 yang dianggap sebagai kawasan ditakluki Israel, dipulangkan kembali kepada Palestin.

Penyelesaian ini bermakna Baitulmuqaddis khususnya Baitulmuqaddis Timur dikembalikan kepada Palestin dan ia akan menjadi ibukota negara Palestin. Rakyat Palestin yang lima juta dianggap pelarian yang tinggal di negara-negara Arab lain dan di negara barat dibenarkan kembali dari segi undang-undang antarabangsa yang kita kenali sebagai The Rights Of Return. Tetapi ini tidak dipersetujui oleh Israel. Mereka berkata, jika hak ini dipersetujui, bermakna mereka tidak dapat mempertahankan identiti negara Israel dan akan ia dibanjiri oleh rakyat Palestin.

Bagaimana reaksi negara-negara Arab terhadap formula ini?

Negara-negara Arab setuju dengan formula ini. Kerajaan-kerajaan dalam Liga Arab pada 2002 mencapai muafakat kerana mereka cintakan kedamaian. Mereka membuat resolusi ini di Beirut pada 2002. PLO juga bersetuju dengan penyelesaian ini termasuk bekas pemimpinnya, Allahyarham Yasser Arafat. Negara kita juga sokong penyelesaian ini, pada persidangan OIC pada 2003, ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Adakah AS setuju dengan formula ini kerana Isreal adalah di bawah naungan AS?

AS yang merupakan penaung, pelindung, penyokong Israel tidak bersetuju. Saya berpendapat penyelesaian ini tidak dapat dilakukan jika kita kaji secara realistik kerana Israel telah ubah sama sekali ciri-ciri Tebing Barat. Sebagai contoh, kawasan penempatan mereka sudah begitu ramai di seluruh Tebing Barat, mereka cuba ubah ciri-ciri Baitulmuqaddis Timur dengan cuba menjadikannya sebagai satu bandar Yahudi seratus peratus. Mereka sudah kuasai sumber-sumber air di Tebing Barat untuk kepentingan mereka. Ini menunjukkan Israel telah mempastikan mereka akan kekal abadi di Tebing Barat.

Banyak pihak melihat negara-negara dunia Arab seperti tidak membuat sesuatu dalam konflik panjang Palestin – Israel ini?

Dunia Arab tidak mampu memaksa AS. Formula penyelesaian ini sebenarnya satu pengorbanan yang amat besar di pihak Palestin dan dunia Arab. Namun ia masih tidak diterima. Itulah sebabnya saya berpendapat apabila pemimpin-pemimpin Israel dan sebahagian besar pemimpin AS berbincang tentang penyelesaian dua negara, yang dimaksudkan mereka bukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan mantap. Inilah yang berlaku dalam pengunduran Gaza pada Ogos 2005, di mana pengunduran Israel yang tidak ikhlas kerana mereka masih menguasai Gaza. Jika pengunduran ini diibaratkan penjara, Gaza adalah penjara terbuka yang terbesar di dunia. Dahulu warden penjara ini iaitu Israel mengawal penghuni penjara ini dari dalam sebelum Ogos 2005, kini dia kawal dari luar. Warden Israel masih kawal Gaza dari laut, udara dan darat. Rakyat Palestin masih tidak boleh bergerak.

Jika Obama berkuasa kelak, bolehkah kita mengharapkan suatu yang akan dilakukan untuk menyelesaikan krisis di Palestin?

Struktur kuasa di AS dikuasai oleh Zionis. Mereka menguasai politik, ekonomi, media, budaya dan dunia ilmiah di AS. Walaupun kecil jumlahnya (Yahudi di AS), hanya enam juta tetapi mereka menguasainya.

Maknanya di bawah Obama kita mungkin hanya akan melihat perubahan warna kulit pemimpinnya dan bukan dasarnya?

Kita mahu berlaku adil dan hendak tengok apa yang boleh dilakukan oleh Obama. Kita tidak boleh menghukum beliau sebelum beliau bertindak sebagai presiden. Namun, melihat kepada struktur kuasa AS seperti mana yang dicerminkan dalam politik AS, Kongres, Senat, Rumah Putih, struktur kuasa dalam ekonomi terutamanya dalam bidang kewangan, media, latar belakang sebahagian besar daripada tokoh-tokoh akademik di AS, sebahagian besar mereka adalah Zionis.

Jangan lupa saudara, satu lagi yang penting, kuasa mereka dalam dunia hiburan. Sejak tahun 1930-an mereka telah mula merancang untuk menguasai Hollywood. Jika kita lihat beberapa nama dan pengarah, penerbit dan pelakon di Hollywood, mereka ini memang ada kaitan dengan Zionis. Peranan media dalam kes Gaza ini memang jelas, walaupun ada media di sana sini cuba menegakkan kebenaran, tetapi pada keseluruhan media barat memihak kepada Zionis dengan jelasnya.

Maka bolehlah dikatakan bahawa isu pejuang Hamas bukanlah isu yang membawa kepada serangan itu?

Hamas adalah pejuang-pejuang pembebasan rakyat Palestin dan serangan itu bukan isunya. Serangan Hamas itu adalah sesuatu yang dilakukan oleh setiap bangsa sepanjang sejarah manusia yang ditakluki. Contoh dari sejarah Yahudi sendiri, semasa 1943, Yahudi Jerman cuba menghapuskan Yahudi ada satu peristiwa dinamakan Kebangkitan Warsaw, di mana Yahudi diletakkan dalam kepungan di kawasan yang dinamakan Gheto. Contoh lain Jepun menakluk China, rakyat China memberontak dan mereka menggunakan kekerasan juga. Jerman menakluk Perancis dalam perang dunia kedua, rakyat Perancis memberontak, mereka mempertahankan juga. Lihatlah sepanjang sejarah Palestin dan Israel, mangsa (Palestin) yang dipersalahkan. Kita tahu yang mencabul gencatan senjata ini sebenarnya Israel, bukan Hamas. Gencatan senjata ini diisytiharkan pada 18 Jun 2008, enam bulan. Kedua-dua pihak melalui perunding iaitu Mesir selaku orang tengah gencatan senjata bermula dari tarikh itu. Dalam tempoh itu, secara keseluruhannya Hamas berpegang dengan gencatan senjata itu. Israel pula terus menyerang Gaza, mereka terus melakukan serangan tentera dan membunuh pemimpin-pemimpin Hamas dan mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan Hamas di Tebing barat selain di Gaza. Pada 4 November 2008 mereka membunuh beberapa pemimpin Hamas.

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa?

Satu lagi formula penyelesaian yang pernah dibincang banyak pihak dan dianggap satu yang lebih realistik iaitu tidak perlu bincang tentang dua negara. Mengikut formula ini, cuma ada sebuah negara yang akan diduduki oleh semua pihak termasuk rakyat Israel dan rakyat Palestin.

Membenarkan semua rakyat Palestin yang dianggap pelarian untuk kembali. Rakyat Israel yang ada kekal dan dirikan sebuah negara yang demokratik dan berperlembagaan yang tidak memihak kepada mana-mana agama atau bangsa, yang diduduki oleh kedua-dua bangsa. Mereka yang berpegang kepada formula ini mencadangkan satu negara, dua bangsa iaitu Yahudi dan Arab, dan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Antara pihak yang memperjuangkan idea ini ialah beberapa individu termasuk ahli sejarah Israel. Namun, pemimpin-pemimpin Israel tidak setuju dengan formula penyelesaian ini kerana ia boleh menghilangkan identiti. Mereka mahu kekal sebagai sebuah negara Yahudi yang total. Ini kerana mereka menanggap diri mereka yang terpilih kononnya mengikut kitab mereka, tidak boleh berkongsi dengan orang lain. Bagi saya, mungkin inilah penyelesaiannya kerana tidak nampak bagaimana untuk mendirikan dua buah negara. Penyelesaiannya akhirnya mungkin satu negara, dua bangsa dan tiga agama. Tidak perlu usir sesiapa, mereka harus terima realiti ini.

Wawancara Bersama S.M Mohamed

Tindak balas kekejaman Israel

Salah satu pendekatan untuk memberi kesan kepada Amerika Syarikat (AS) yang menjadi sekutu rejim Zionis ialah memboikot produk terbitan AS dan Israel. Langkah ini sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza yang mengorbankan orang awam yang tidak berdosa. Tetapi ada juga yang sangsi sejauh manakah keberkesanan kempen boikot produk AS dan Israel ini kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara ini.


Pengerusi Citizens International (CI), S.M. Mohamed Idris yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yakin boikot akan memberi kesan kepada AS sekiranya mendapat sokongan rakyat.

Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia ABU HAKIM TANZIMUDDIN KHAN dan NURUL HUDA HASSAN di Pulau Pinang, S.M Mohamed berkata kempen yang konsisten akan memberi kesan sebagai tindak balas terhadap sikap jahat Zionis.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia SAIFUL HAIZAN HASAM, mengupas falsafah gerakan boikot sebagai serampang banyak mata dalam usaha melahirkan usahawan Islam dan usahawan yang mesra Islam.

Beliau mewakili gabungan-gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu bersama PPIM menggesa orang ramai supaya melaksanakan jihad yang paling mudah iaitu memboikot produk AS dan Israel.


MINGGUAN: Bila kempen memboikot produk AS dan Israel ini dimulakan?

S.M.Mohamed: Usaha itu telah lama digerakkan dan kempen boikot secara rasmi bermula Jumaat lepas. Pelancaran dilakukan serentak dengan perhimpunan secara aman mengutuk kekejaman Israel selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling. Perhimpunan itu disertai ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan membawa sepanduk serta kain rentang mengecam Israel dan mengajak rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Yahudi dan AS itu. Kami rasa terpanggil untuk membantu dengan menggunakan segala cara semaksimum boleh bagi memastikan orang ramai mempunyai kesedaran berhubung perkara itu.

Selepas menyaksikan kejadian menyayat hati seperti yang dipaparkan di akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini, kami merasakan kita tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan yang keji itu.

Mengapa rakyat negara ini perlu memboikot barangan keluaran AS?

S.M. Mohamed: Kita semua mengetahui AS merupakan sekutu kuat Israel, malah mereka juga bersetuju segala tindakan rejim itu dan turut menghulurkan pelbagai bantuan termasuk kewangan dan senjata tanda sokongan. Dana yang diperoleh pula tentunya datang daripada hasil penjualan serta keuntungan pelbagai produk, perkhidmatan meliputi bermacam- macam bidang di negara mereka mahupun dari negara luar termasuk Malaysia.

Antara cara untuk melumpuhkan ekonomi AS itu adalah dengan memboikot barangan mereka supaya tiada lagi hasil dan keuntungan yang dijana daripada penjualan produk mereka di serata dunia dapat disalurkan kepada Israel. Malah, saya juga bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggesa supaya segala urusan perdagangan tidak menggunakan dolar AS.

Sebab itu, Bank Negara dan dewan-dewan perniagaan perlu mengambil langkah menggalakkan terutama ahli perniagaan supaya menggunakan mata wang lain selain dolar AS dalam urusan perdagangan.

Bukankah agak sukar untuk memboikot barangan terutamanya dari AS kerana terlalu banyak produk di negara ini?

S.M. Mohamed: Tidak dinafikan perkara itu tetapi jika setiap golongan masyarakat bersama-sama memainkan peranan masing-masing, kita percaya ia mampu dilakukan. Kita perlu mengambil langkah ketara dengan segera kerana rata-rata masyarakat menggunakan barangan keluaran AS, makanan dan minuman dengan label AS malah pakaian pun dibuat daripada AS.

Sehingga tahap manakah kempen boikot ini hendak dilakukan?

S.M. Mohamed: Tentu sekali ke seluruh negara. Kita akan cetak berjuta-juta keping risalah yang mengandungi maklumat serta senarai barangan keluaran AS dengan tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat. Pada masa sama, kita juga mengharapkan ada mana-mana individu atau syarikat yang sudi untuk menjayakan kempen ini bersama dengan membantu mencetak risalah dan kemudian diedarkan kepada semua.

Bukan negara ini sahaja yang menjalankan kempen seumpama ini, malah negara lain termasuk AS juga melakukan perkara sama kerana ini bukan sesuatu yang baru, boikot dilakukan di peringkat antarabangsa.

British Academy pernah satu ketika memboikot AS di semua institusi pengajian tinggi mereka dan Afrika Selatan juga pernah diboikot dengan tidak dilibatkan dalam sukan, aktiviti kebudayaan dan sebagainya kerana menindas penduduk kulit hitam yang akhirnya membuahkan hasil.

Cukupkah usaha yang dilakukan selama ini untuk membela rakyat Palestin?

S.M.Mohamed: Kita semua perlu bersuara dan masyarakat mesti berani untuk bantah kekejaman tentera Israel. Kecaman dan resolusi di atas kertas sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan tindakan ganas Israel. Sesiapa sahaja yang melihat keadaan di Gaza pasti akan tersentuh hati, satu suasana yang sungguh tragis dan menyedihkan. Sungguhpun begitu, kami gembira kerajaan Malaysia akan mula mengambil inisiatif bagi membantu memulihkan kesengsaraan yang dialami rakyat negara itu.

Usaha itu merupakan satu isu penting yang bukan hanya tertumpu kepada agama atau negara atau kaum tetapi ini adalah isu kemanusiaan.

Apakah implikasinya kepada rakyat negara ini sedangkan kita tahu ramai yang bekerja dengan francais makanan produk AS seperti KFC, Pizza Hut, Starbucks dan McDonalds?

S.M. Mohamed: Saya rasa kita mampu untuk menangani kesannya dan ia bukan sesuatu yang sukar. Kalau tiada KFC cuba hasilkan ayam goreng berjenama Malaysia dan kemudian gandakan usaha membangunkan produk-produk lain, jika negara lain mampu berbuat demikian saya yakin kita juga boleh. Sebenarnya, kebanyakan kita tidak sedar ada antara produk berlabel AS dihasilkan oleh Israel dan barangan itu pula dibawa masuk ke negara ini melalui negara lain.

Tetapi banyak kempen boikot sebelum ini menemui kegagalan?

S.M. Mohamed: Untuk menjayakan program seumpama ini memanglah susah tapi sekurang-kurangnya kita perlu cuba dan bukannya lakukan ia seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mulakan kempen kemudian berhenti, perkara ini memang berlaku tetapi apa yang kita perlu lakukan adalah memastikan usaha-usaha murni ini kekal dan berterusan. Tindakan memboikot ini juga perlu dilakukan secara teratur dan terancang barulah kita boleh berjaya, membuat demonstrasi dengan terjerit sana sini tidak akan memberi sebarang perubahan.

Seorang wanita Yahudi pernah memberitahu saya bahawa dia akan ke stesen perkhidmatan awam yang diusahakan sebuah syarikat Yahudi dengan membawa sepanduk pada setiap hari Sabtu.

Sepanduk itu tertulis menggesa orang awam supaya tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan syarikat tersebut dan dia melakukannya secara berterusan tanpa jemu, difahamkan usahanya itu berjaya. Cara sedemikian berjaya di sana, di Malaysia ia perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Bagaimana dengan penyertaan mereka yang bukan Islam dalam usaha memboikot ini?

S.M. Mohamed: Tentu sekali kita mahu mereka turut bersama-sama menjayakan kempen seumpama ini, pada saya ini bukan isu membabitkan orang Islam sahaja, ini soal kemanusiaan. Jika kita lihat, bukan negara Islam sahaja yang mengutuk serangan dan kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin tetapi rakyat negara lain juga pasti menggiatkan usaha yang sama. Walau apa pun, kita akan cuba mengajak mereka bersama-sama menjayakan kempen ini.

Berapa lama kempen boikot ini boleh bertahan?

S.M. Mohamed: Tentu sekali, saya sering berdoa kepada Allah S.W.T supaya AS dan Israel ini musnah satu hari nanti, rejim ini seperti sumpahan kepada dunia kerana mereka membunuh sesiapa sahaja. Negara ini juga jika dilihat seolah-olah telah menjadi seperti AS kerana di mana-mana sahaja ada barangan mereka, baju, makanan dan macam-macam lagi. Kita sepatutnya melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kita sendiri tetapi apa yang kita nampak sekarang adalah kebanyakan perkara hanya membawa keuntungan kepada AS sahaja.

7.1.09

13 SIFAT WANITA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN... JAUHILAH!


 
Sehingga tidak ada pertanyaan lagi oleh para isteri mulai saat ini, tentang sebab mengapa para suami mereka lari dari rumah. Kerana salah satu Pusat Kajian di Eropah telah mengadakan kajian seputar 20 sifat wanita yang paling tidak disukai lelaki. Kajian ini diikuti oleh 2000 peserta lelaki dari berbagai umur, wawasan dan taraf pendidikan. Kajian itu menguatkan bahawa ada 13 sifat wanita yang tidak disukai lelaki:

Pertama, wanita yang kelelakian, “mustarjalah”
Wanita sifat ini menempati urutan pertama dari sifat yang paling tidak disukai lelaki. Padahal banyak wanita terpandang berkeyakinan bahawa lelaki mencintai wanita “yang memiliki sifat perkasa”. Namun kajian itu justeru sebaliknya, bahawa para peserta kajian dari kalangan lelaki menguatkan bahawa wanita seperti ini telah hilang sifat kewanitannya secara fitrah. Mereka menilai bahawa perangai itu tidak asli milik wanita. Seperti sifat mununjuk-nunjuk diri lebih kuat secara fisikal, sebagaimana mereka menyaingi lelaki dalam berbagai bidang kerja, terutama bidang yang semestinya hanya untuk lelaki. Mereka bersuara lantang menuntut haknya dalam dunia kepemimpinan dan jawatan tinggi! Sebagian besar pemuda yang ikut serta dalam kajian ini mengaku tidak suka berhubungan dengan sifat wanita seperti ini.
 

Kedua, wanita yang tidak boleh menahan lisannya “tsartsarah”
Sifat wanita ini menempati urutan kedua dari sifat yang tidak disukai lelaki, kerana wanita yang banyak bercakap dan tidak memberi kesempatan orang lain untuk berbicara, menyampaikan pendapatnya, umumnya lebih banyak memaksa dan egois. Kerana itu kehidupan rumah tangga terancam tidak boleh bertahan lebih lama, bahkan berubah menjadi “neraka”.

Ketiga, wanita materialistis “maaddiyah”
Adalah sifat wanita yang orientasi hidupnya hanya kebendaan dan material. Segala sesuatu dinilai dengan harga dan wang. Tidak suka ada pengganti selain material, meskipun ia lebih kaya dari suaminya.

Keempat, wanita pemalas “muhmalah”
Sifat wanita ini menempati urutan keempat dari sifat wanita yang tidak disukai lelaki.

Kelima, wanita bodoh “ghobiyyah”
Iaitu sifat wanita yang tidak memiliki pendapat, tidak punya idea dan hanya bersikap pasif.
 

Keenam, wanita pembohong “kadzibah”
Sifat wanita yang tidak boleh dipercayai, suka berbohong, tidak berkata benar, baik menyangkut masalah serius, besar atau masalah remah. Sifat wanita ini sangat ditakuti lelaki, kerana tidak ada yang boleh dipercayai lagi dari segala sisinya, dan umumnya berkhianat terhadap suaminya.

Ketujuh, wanita yang mengaku serba hebat “mutabahiyah”
Sifat wanita ini selalu menyangka dirinya paling pintar, ia lebih hebat dibandingkan dengan lainnya, dibandingkan suaminya, anaknya, di tempat kerjanya, dan kedudukan material lainnya…

Kedelapan, wanita rasa jagoan, tidak mahu kalah dengan suaminya
Sifat wanita yang selalu menunjukkan kekuatan fisikalnya setiap saat.

Kesembilan, wanita yang iri hati dengan wanita lainnya.
Adalah sifat wanita yang selalu menjelekkan wanita lain.

Kesepuluh, wanita murahan “mubtadzilah”
Sifat wanita murahan yang menunjukkan kerendahan dirinya, perilakunya, menggadaikan kehormatan dan keperibadiannya di tengah-tengah masyarakat.
 

Kesebelas, wanita yang perasa “syadidah hasasiyyah”
Sifat wanita seperti ini banyak menangis yang mengakibatkan lelaki terpukul dan terpengaruh semenjak awal. Suami menjadi masyghul dengan sikap lemahnya.


Keduabelas, wanita cemburu yang berlebihan “ghayyur gira zaidah”
Sehingga menyebabkan kehidupan suaminya terperangkap dalam perselisihan, persengketaan tak berkesudahan.


Ketigabelas, wanita fanatis “mumillah”
Model wanita yang tidak mahu menerima perubahan, nasihat dan pengisian meskipun itu benar dan ia memerlukannya. Ia tidak mahu menerima perubahan dari suaminya atau anak-anaknya, baik dalam urusan peribadi atau urusan rumah tangganya secara umum. Model seperti ini memiliki kemampuan untuk terima dengan satu kata, satu cara, setiap harinya selama tiga puluh tahun, tanpa ada rasa jenuh! 

Sumber: Dakwatuna.com

Boikot Barangan Yahudi.......? Terlaksanakah Hakikat itu?


Semalam saya menerima SMS yang berbunyi:

"PLEASE ACT IMMEDIATELY!.... Starbuck and Mc Donalds in the UK, are going to give all their profits to the Israelis until next saturday. BOYCOTT Starbucks & Mc Donalds Wordwide"

Begitulah bunyinya..... kemarahan umat Muslimin atas kekejaman Israel yang men'jahanam'kan palestin dgn begitu tragis..... Insan yang tak berdosa dibunuh sesuka hati..... Bila bom yang digugurkan...yang tinggal hanyalah kepala kanak-kanak... sungguh tragis dan menyayat hati..... boleh menangis dibuatnya.







Namun begitu, bila saya bawa isu ini kepada beberapa rakan-rakan yang dikenali .... membincangkan tentang isu ini, ada beberapa pendapat yang boleh dibahaskan dgn penuh fakta dan bukannya emosi.....

Antara fakta tersebut ialah:-

Kalau ditanyakan kepada shareholder, pekerja, pemegang franchise induk Mc D, KFC, Starbuck dan seumpamanya di Malaysia ini.....

Mereka akan berkata ".... kami juga Orang malaysia.... kami juga orang Islam.... sebenarnya kami tiada kaitan dgn serangan tersebut atau derma yang diberikan oleh syarikat di US..... Kalau sales kurang akibat boikot.... macamana nak bayar gaji pekerja Islam yang bekerja...."

Kalau kita tengok KFC dan Pizza Hut serta Ayamas di Malaysia dipunyai oleh Johor Corporation sebagai master franchisee
Mc D pula dikuasai oleh Golden Arches Restaurant Sdn BHd
Starbuck kalau tak silap dimiliki oleh Berjaya Group.......

So camner tu......

Kalau dibuat pemerhatian ke restoren KFC, Mc D, Starbuck, Pizza HUt, Ayamas..... kita dapati masih ramai lagi umat Islam makan kat situ waktu pagi, tengahari dan petang.....
Sambil makan, sambil baca paper tentang kekejaman Israel ke atas Palestin.....


Syarikat MLM di malaysia juga banyak guna produk berasaskan buatan USA atau manufacturing di US atau bahan mentah dari sana terutama kosmetik, sabun, barangan penjagaan diri.... ada yang reproduce balik dan dicopkan dgn barangan buatan malaysia atau barangan keluaran malaysia.....

So camner tu........

PPIM hari ini dgn aksi yang menarik dihadapan kamera man.... memboikot barangan yahudi..... satu niat yang baik tapi bagaimana hakikatnya.... adakah setiap barangan di rumah mereka sekarang sudah tiada barangan yahudi atau barangan yang ada kaitan dgn yahudi terutama bahan mentahnya.......

PPIM baru-baru ini ada menyokong Uptrends sambil menyatakan bahawa Uptrends adalah MLM yang dibawah garisan syariah... adakah barangan jualan uptrends tiada kaitan dgn yahudi secara terus atau secara tidak terus....... adakah barangan jualan mereka tiada kaitan langsung dgn yahudi atau USA......
Begitu juga dgn mana-mana syarikat MLM yang diiktiraf oleh PPIM sebagai syarikat mlm yang mengikuti lunas-lunas syariah........?

So cmner ni?

Tanyalah diri kita sendiri.... tentang hakikat boikot ini.....? Camner ye?