23.11.08

YOGA antara Halal Dan Haram.... Ada Beza Yoga dgn Tai Chi dan Chi Gong? Part 1

   Fatwa kebangsaan telah mengeluarkan hujah kenapa yoga perlu diharamkan. Pengharamannya lebih kepada Yoga Bersistematik iaitu Senaman Fizikal + Mentera+ Pemujaan + Keyakinan Bersatu Dgn Tuhan.

     Yoga secara senaman diharuskan selagi tidak bertentangan dgn ajaran Islam tetapi tidak digalakkan takut terpesong aqidah.

      Bagi pengamal Yoga daripada kalangan Muslim tentulah pengharaman ini sedikit mencetuskan "ketidakpuasan hati" melainkan orang yang faham dgn ajaran Islam. Sekadar Islam pada nama dan pada kelahiran maka mereka akan lahirkan kekejutan di atas pengharaman tersebut.

     Yoga tentulah daripada agama Buddha dan banyak diamalkan secara sistematik di India dan China. Hanya pure yoga yang saya perhatikan adalah dari India yang diamalkan dgn pemujaan, spiritual dan penyatuan dgn Tuhan. 

   Saya pernah mempelajari senaman Yoga, apa yang saya dapati ialah setiap gerakannya ada namanya sendiri...... kadang-kala nama setiap gerakannya itu ada juga yang meragukan kita.

    Pada mulanya kita belajar senaman fizikal..... tentulah satu senaman yang bagus pada kesihatan.... 
        selepas itu kita akan diperkenalkan dgn muziknya... yang ini kita kena sensitif sedikit kerana ada unsur-unsur yang sedikit seram.... yelah muzik ala kitaro sedikit.. muzik gelombang alpha ini kena perhatikan betul-betul... selain ianya menenangkan jiwa... ada juga yang seolah-olah memanggil jin...."kekasih kuseru"

       Pemujaan akan berlaku kalau kita percaya dgn adanya senaman dan muzik itu akan memberikan kesihatan kepada kita... bukannya dgn izin Allah sebagai pencipta...

      Penyatuan dgn Tuhan itu, saya tak pasti pula kerana tidak mencapai ke latihan tersebut.... alhamdulillah Allah tak izinkan saya melaluinya. Namun, apa yang saya agak ialah apabila peserta diminta membuat visualisation bersatu dengan Alam.... melalui kekuatan minda dan penghayatan pada muzik........

Jumpa lagi.... apa beza Yoga dgn Tai chi dan Chi Gong?


No comments: