13.11.08

95% GAGAL HANYA 5% BERJAYA

Dalam menunggu download Program "KUBUNTU" linux, saya meneroka dunia maya mencari artikel dalam bahasa Melayu yang di bawah kategori "perancangan strategi". Ada beberapa artikel yang dibaca dan diolah semula dalam bentuk/form "mind mapping" atau dikenali "peta minda", tentulah menggunakan konsep peta minda Tony Buzan.... mudah, simple dan tepat aturan susunannya.

Ketika itu, terjumpa blog hasrul.net, beliau menyentuh tentang kekuatan mental dan peratusan yang berjaya dan gagal dalam bizness. 95% gagal, 5% berjaya

Ungkapan yang digunakan ialah

"Jika mengikut statistik, 95% (perniagaan internet) akan gagal."

“Mental nak kena jaga. Mental!!”

"Mental adalah ketua kepada anggota badan kita."

Ungkapan yang betul dalam apa jua bidang yang kita ceburi... tak kira dalam perniagaan, dalam kegiatan harian, dalam keinginan memulakan benda baru, projek baru, karya baru atau bidang baru.

Malah boleh diperluaskan dalam ibadat kita ketika hendak solat, ketika hendak membaca al Quran, hendak buat perkara yang baik, hendak meninggalkan perkara yang tidak baik.

95% akan gagal untuk itu dan hanya 5% sahaja yang berjaya melaksanakannya

Yang berjaya ialah manusia/insan yang banyak doanya kepada Allah, insan yang banyak munajatnya kepada Allah kerana semakin banyak kita berdoa dan mengadu kepada Allah, selain dimakbulkan sebenarnya kita telah memasukkan perkataan dan harapan yang positif ke dalam mental/minda kita sehinggalah minda/mental dibawah sedar menerima sepenuhnya tanpa prejudis dan mengubahnya menjadi sikap dan perbuatan kita secara tidak dipaksa untuk berjaya.

Kita tidak lagi membuat analisa, berfikir atau menggunakan aqal kerana sikap kita telahpun menuju ke arah itu tanpa dikawal oleh minda sedar kita.

"Kesimpulannya, walau apa pun rintangan yang datang, kita mesti hadapi. Jangan lari. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Uruskan masa sebaiknya. Cuba capai cita-cita secepat mungkin sebelum layu. Lebih pantas anda bergerak, lebih cepat anda mendapat hasilnya."

Hayati kesungguhan tentera Islam dahulu yang serba kekurangan fizikal tetapi punya kekuatan mental dan kreativiti serta tawakkal kepada ILAHI....







No comments: