14.11.08

Maths N Sains Dlm Bahasa Inggeris ...nak teruskan atau tak?

Result UPSR dah pun keluar mengikut data yang diberikan oleh Kementerian melalui media massa seperti berikut:- (petikan daripada Utusan dan Kosmo)

"Seramai 6,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya."

"Alimuddin berkata, hanya terdapat 4 mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman)."

"31.1 % calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains."

"Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding hanya 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya semalam.

Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.


Berdasarkan penyataan di dada akhabar seperti di atas kita boleh dapat maklumat iaitu

1. Penurunan bilangan pelajar yang mendapat A dalam Matematik Inggeris

2. Semua A dalam subjek meningkat dari 7.8% - 9.2%

3. Hanya 31.1% sahaja calon yang guna sepenuhnya Inggeris dalam jawapan Sains

4. Bila dibuat perbandingan jumlah pelajar yang jawab sepenuhnya maths dan sains dalam Bahasa Inggeris... pelonjakan begitu tinggi mencecah hampir 150% - 240% lonjakan bilangan pelajar.

Daripada keputusan itu, nampak macam ok je diajar Maths dan Sains dalam bahasa inggeris....


PERSOALANnya ialah BETUL KE?

Mari analisa secara ringkas....

1. Berapakah bilangan pelajar tahun lepas?

2. Berdasarkan peratus hanya 31% sahaja yang jawab BI sepenuhnya dalam Sains, ini bermakna ada 69% menjawab bukan sepenuhnya BI, may be bahasa campur atau BM sepenuhnya.

3. Berlaku penurunan A dalam maths, ini bermakna bilangan pelajar yang kurang fahami BI dalam Maths meningkat.

4. Walaupun dinyatakan sudah ramai yang jawab sepenuhnya BI dalam matematik dan Sains tapi itu yang menjawabnya.... result mereka macamana pula.... berapakah bilangan daripada mereka yang dapat A, B, C dan gagal?

Kita perlukan analisa yang lebih detail tentang pencapaian anak-anak kita dalam UPSR terutama berkaitan isu adakah wajar sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya? atau diajar campur-campur? atau BM sepenuhnya?


Penceritaan pencapaian pelajar dalam media .... adakah hanya tertumpu kepada kawasan bandar.... kawasan sekolah elit atau kawasan pinggir bandar atau kawasan kampung atau kawasan ceruk kampung atau kawasan terpinggir....


Semua sekolah perlu di check mengikut sektor geografi / demografi untuk keluarkan result kajian yang lebih realistik


Jikalau Sains diajar dalam Bahasa Inggeris... ianya hanya melibatkan penggunaan Istilah dan pelajar kena hafal terma, istilah dan apa jua perkataan BI dgn kefahaman BM lah.... maknanya pelajar guna otak kanan atau otak kiri untuk mengingatnya.


TAPI... bila matematik diajar dalam BI, pelajar kena libatkan Otak Kanan untuk kuasai Bahasa di samping kena guna Otak Kiri untuk Nombor dan pengiraan... maknanya pelajar kena kerah 2 otaknya bekerja serentak..... nak kena faham bahasa dan nak kena faham pengstrukturan matematik... itulah yang mencabar pelajar sebenarnya. Persoalan lain akan timbul : adakah pelajar 7 tahun sehingga 11 tahun mempunyai kemahiran dan kemampuan itu untuk menerimanya?


Timbul pulak persoalan yang lain, berapa ramai guru yang mempunyai kemahiran itu... kemahiran menjana kedua belah hemisfera itu bergerak serentak.. yang saya namakan "integrasi otak kanan dan otak kiri"....


Pihak kementerian juga kena nyatakan peratus kelulusan Matematik dan Sains bagi pelajar luar bandar disamping pecahan yang dapat A, B, C dan seterusnya beserta peratus yang gagal?


Kata-kata, pandangan sarjana bahasa, sarjana sains dan sarjana metematik perlulah diambil kira.... jangan biarkan media massa yangberbicara... kerana bicaranya mereka setakat di permukaan sahaja.... golongan ilmuan kena ambil kira semuanya terutama psikologi kanak-kanak dan bukan psikologi bapak menteri..........





No comments: