24.11.08

Dengarlah Pandangan Tokoh INI..... Wahai Pencinta Bahasa!

Nik Safiah tidak setuju PPSMI diteruskan




KUALA LUMPUR - Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim (gambar) tetap tidak bersetuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.

Ini kerana beliau berpendapat, pendekatan untuk menjadikan pelajar mahir dalam bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kurang tepat.

"Matematik dan Sains ada banyak terma yang agak sukar untuk pelajar fahami, lebih-lebih lagi pelajar di luar bandar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberitahu PPSMI wajar diteruskan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan.

Dalam pada itu, tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris, Nik Safiah mencadangkan agar penggunaan bahasa itu digunakan dalam mata pelajaran lain melibatkan bahasa seperti Sejarah atau Sastera.

Beliau juga mencadangkan kelas Bahasa Inggeris dipertingkatkan mutu supaya bahasa antarabangsa itu dapat dikuasai oleh pelajar secara lebih berkesan.

"Jangan kacau Sains dan Matematik. Kelas Bahasa Inggeris sendiri perlu dipertingkatkan untuk mendapat kesan penggunaan bahasa Inggeris yang baik di kalangan pelajar," katanya.

No comments: