UTM hasil yogurt dari santan
22 Mei 2013
PENGHASILAN produk berasaskan kelapa dipelbagaikan dengan memberi
suntikan komersil yang terbukti memberi khasiat buat pengguna.
Terkini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta yogurt berasaskan santan kelapa yang memberi pilihan kepada lambakan produk tenusu di pasaran.
Produk yang diberi nama Cogurt dan inovasi pertama di Asia selepas Eropah menggunakan 99 peratus santan kelapa dan satu peratus kultur pemula yang dikatakan mempunyai khasiat hampir sama dengan susu ibu.
Ketua Penyelidik Cogurt, Dr Harisun Yaakob menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun yang memberi pilihan alternatif buat penggemar yogurt yang alahan dengan produk tenusu.
Katanya, dengan menggunakan kaedah Matematik Response Surface Methadologi (RSM) iaitu respons permukaan untuk mendapatkan formulasi dan parameter proses yang optimum semasa penghasilan yogurt kelapa, memberi kesan baik kepada pemakannya kerana tidak terdapat asid lemak berantai sederhana sekali gus meningkat metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan.
“Pemilihan kelapa dibuat berdasarkan khasiat pemakanan yang tinggi di dalamnya dan ada kajian membuktikan bahawa santan kelapa mempunyai anti virus yang sangat bagus dan khasiatnya sama dengan susu ibu.
“Jadi dengan produk Cogurt ini, ia akan menjadi alternatif kepada penggemar produk tenusu yang lain selain kita membantu dalam mengoptimumkan penggunaan bahan tempatan dan sekali gus mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera,” katanya di Pusat Pembangunan Bioproduk, semalam.
Penemuan produk baru itu turut mendapat pengiktirafan dengan mendapat pingat perak sempena Pameran Seni Industri dan Teknologi (Inatex) 2012 dan pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013) baru-baru ini.
Cogurt dalam proses untuk dipatenkan itu mempunyai enam perisa iaitu asli, mangga, nanas, blueberry, strawberi serta coklat yang dijual dengan harga antara RM1.50 hingga RM2.20 setiap satu

No comments:
Post a Comment