8.5.13

KENAPA HARUS KECEWA DALAM PRU 13

KUALA LUMPUR - Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.

Beliau berkata, apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam tadi.

=====================

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat menahan sebak apabila diminta mengulas tentang nasib parti itu yang terpaksa menghadapi cabaran sengit selepas mendapat keputusan yang layu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya parti itu telah berjuang selama 64 tahun dan kini pucuk pimpinan terpaksa mengharungi cabaran hebat bagi mengembalikan kerelevanan parti itu khususnya  kepada masyarakat Cina di negara ini.

"Kami telah berjuang selama 64 tahun dan kini menerima tamparan hebat selepas PRU13. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah semua anggota dan pemimpin dalam parti mesti bersatu untuk mendapatkan semula sokongan. Kita perlu bersatu padu semula.

========================

MELAKA - Anggota MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.  

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini...ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan
Negeri) semua akan letak (jawatan).
  
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

==============================

No comments: