Apa yang kita fikirkan menjadi apa yang kita percayai lalu berubah menjadi apa yang kita yakini...
Kuasa yakin akan membina tindakan kita...
Adakah tindakan kita berasaskan kekuatan emosi
Atau berasaskan kekuatan akal?
Kereta bawa peti undi kena serang
20 penyokong parti politik dipercayai bertindak ganas
Kota Bharu: Sebuah kereta yang membawa peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tumpat, diserang lebih 20 penyokong sebuah parti politik yang dipercayai mahu melarikan peti undi terbabit di sini, malam kelmarin.
Kota Bharu: Sebuah kereta yang membawa peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tumpat, diserang lebih 20 penyokong sebuah parti politik yang dipercayai mahu melarikan peti undi terbabit di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, dua petugas termasuk
seorang anggota polis cedera selepas kumpulan penyokong itu memecah
cermin kereta, mencabut kunci dan memanjat bumbung kenderaan terbabit.
Dua petugas iaitu ketua tempat mengundi dan anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan peti undi, cedera," Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kelantan
Bagaimanapun, peti undi yang sepatutnya dibawa ke pusat pengiraan di Sekolah Menengah Sains Tumpat (SMST), di sini berjaya diselamatkan polis yang bergegas ke lokasi kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila dua petugas yang dalam perjalanan ke SMST, tersangkut dalam kesesakan jalan raya lalu lalu mengikut laluan singkat dan terkepung.
Jalaluddin berkata, sekumpulan lebih 20 penyokong parti kemudian bertindak ganas sebaik dengan memecahkan cermin kenderaan menggunakan objek keras.
“Berikutan kejadian itu, dua petugas iaitu ketua tempat mengundi dan anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan peti undi, cedera,” katanya di sini, semalam.
Jalaluddin berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan pihaknya percaya kejadian itu didalangi lebih 20 penyokong sebuah parti politik.
Beliau berkata, polis sudah merakam beberapa keterangan dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 341, 427 dan 323 Kanun Keseksaan termasuk menghalang, khianat dan mendatangkan kecederaan. Gerakan memburu suspek sedang dibuat," katanya.
No comments:
Post a Comment